Masalah keputihan tentu sekali berkait rapat dengan kaum wanita. Mereka pastinya lebih arif bagaimana keadaan seseorang ketika mengalami keputihan nie, kan? Mengikut apa yang saya baca, keputihan adalah lembapan faraj yang dirembes secara berlebihan oleh badan.
Justeru itu, jikalau tahap keputihan anda amat membimbangkan, ikutilah 2 petua di bawah sebagai jalan penyelesaian.
Sebelum itu, bahan-bahan yang anda perlukan ialah daun tenggek burung dan daun pengaga. Imej di bawah ni merupakan pokok tenggek burung khas buat anda yang belum mengenalinya.
Pokok Tenggek Burung - www.ismail.com.my
Petua 1:
1. Ambil beberapa helai daun tenggek burung dan daun pengaga.
2. Kemudian, anda bersihkanlah daun-daun tu terlebih dulu.
3. Seterusnya, kisarkan daun tadi bersama dengan sedikit air masak untuk dijadikan jus.
4. Amalkan meminum jus tersebut sehingga masalah keputihan anda hilang.
Petua 2:
Amalkan memakan daun tenggek burung sebagai ulam-ulaman. Itu saja. :)
Mudah-mudahan cara yang dikongsikan ni dapat membantu anda mengatasi keputihan sekiranya ianya berada pada tahap yang membimbangkan.
P.S: Jika anda masih buntu mengatasi masalah keputihan, sila dapatkan panduan merawat keputihan di sini.
Selamat Mencuba!
16 komen on "Petua Mengatasi Masalah Keputihan"
good ;)
@ ░♥si lampu neon♥░ : Thanks.
saya tak kenal daun tenggek burung..mana nak cari..
@ Tanpa Nama: Cuba awak cari kat pasar tani.
terima kasih kerana beri saya info2 yang berguna ini...insyallah saya akan cuba amalkan....
@ Tanpa Nama: Sama-sama. Selamat beramal dan moga ia mujarab buat awak.
buku panduan lengkap mencegah keputihan blh didapati di mana??selain belian oline
@ Tanpa Nama: Jika tidak silap saya, ia hanya dapat dibeli secara online.
Sebab ia dalam bentuk digital (buku elektronik @ ebook).
Sekian, terima kasih.
apakah penyelesaian keputihan/
apakah penyelesaian keputihan/
@ Tanpa Nama: Puan boleh amalkan memakan sedikit serbuk buah manjakani sekali seminggu.
Ataupun boleh rebus buah manjakani tu dan buang kulitnya. Kemudian, gentel isinya kecil-kecil dan makanlah bersama nasi.
Jika puan tak tahan, boleh sumbatkan isinya tadi ke dalam pisang. Kuranglah sikit rasa pahitnya.
Selain itu, boleh juga minum air rebusannya. Puan boleh rujuk artikel terdahulu ~ Petua Suami Isteri: Setiap Malam Umpama Malam Pertama?.
Cuma seperkara yg ingin saya ingatkan. Walau apa jua cara pengambilan manjakani, puan makan atau minum mengikut keperluan saja.
Seminggu sekali dah memadai. Usah diambil berlebihan ya.
Harap ia membantu mengurangkan serta menyembuhkan keputihan yg puan alami.
Masalah keputihan adalah simptom awal kepada masalah sakit puan yang pelbagai...
Salah satu puncanya adalah daripada kekerapan memakai Tuala Wanita Kitar Semula yang berlambak dalam pasaran ketika ini...
Beralih kepada Tuala Wanita Kapas Berherba untuk memulih dan mencegah...
Lawati :http://herbamalays.blogspot.com
@ Nazeef: Terima kasih di atas perkongsian Nazeef.
cuba pad wanita beroksigen aktif & ion negatif bolah atasi pelbagai masalah dalaman wanita spt keputihan,segugut,kanser servik,haid x normal,mempersingkatkan tempoh period dr 7 hr kpd 4 atau 5 hr shj.hubngi d facebook rohaiza mohd ghazi atau layari www.tiens.com.
saya telah cuba menggunakan air rebusan pegaga untuk diminum alhamdulillah ternyata berkesan saya baru je mencuba sehari.....kesannya sgt bagus......terima kasih atas petua tu....
@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kembali atas maklumbalas yg diberikan. :)
Catat Ulasan