Cara Menghaluskan Kulit Wajah

Posted by Unknown at Selasa, Disember 22, 2009
Khusus buat anda yang menitikberatkan aspek kecantikan wajah, ada satu petua untuk menghaluskan serta melicinkan kulit muka. Caranya pun taklah sesukar mana. Kos untuk mengamalkan petua ni pun agak rendah. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan hanyalah;

~ Segenggam daun bayam


gambar daun bayam
Gambar daun bayam - TheDailyGreen.com


~ Sebiji kuning telur

~ Sedikit madu asli

~ Sedikit air mawar


air mawar



Cara untuk menghaluskan kulit anda dengan menggunakan daun bayam ni adalah;


1. Ambil segenggam daun bayam tadi dan bersihkannya dahulu.

2. Tumbuk kesemua daun bayam tu sehingga lumat dan halus.

3. Selepas itu, campurkan kuning telur, madu asli dan air mawar bersama dengan daun bayam yang telah ditumbuk halus tadi.

4. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Ia bertujuan menjadikannya sebagai topeng muka (masker).

5. Seterusnya, sapukanlah masker tersebut ke muka anda. Biarkannya di muka anda hingga kering.

6. Akhir sekali, cucilah muka anda dengan air bersih.


Anda perlu membuat petua ini hanya sekali dalam seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya, kulit muka anda pasti lebih halus dan licin kelak.


Selamat Mencuba!

33 komen on "Cara Menghaluskan Kulit Wajah"

eylis berkata...

Ollaah... nak tanya skit, air mawar tu nak dapt kat mana ek.. kat supermarket ada tak,

Tanpa Nama berkata...

ada je kat supermarket or pasaraya.. air mawar dalam rm2 je

pucuk berkata...

x kematu ke muka nanti?? guna daun pisang tak boleh ke??kat blakang umah bnyak pkok psag..hu5,,,

oktant on Mei 08, 2010 9:41 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sebab tolong jawabkan pertanyaan eylis.

@ pucuk: InsyaAllah tak kematu muka awak. :)

Mengenai guna daun pisang tu, saya kurang tahu pulak.

nana berkata...

hmmm...nak tanya ckit...air mawar tu mcmana??,,,air yg warna merah tu ka??...

oktant on Mei 20, 2010 2:42 PTG berkata...

@ nana: Kalo tak silap saya, air mawar ni warna putih.

Nanti saya update satu contoh gambarnya yer. :)

Tanpa Nama berkata...

princes diana: betul ker cara ni berkesan sb saya ntl nk try ni

Tanpa Nama berkata...

btol ke petua ney..nati kalo sy buat mke sy jdi mkin rosak cm mne pulak

ArtForAuction on Julai 22, 2010 4:18 PTG berkata...

insyallah tak kematu mukanya...bayam tu antioxidant, madu tu antimicrobial. Telur pun banyak khasiatnya. begitu juga ddengan air mawar--bahan asas dalam kebanyakan bahan kecantikan jugak.

oktant on Julai 23, 2010 1:23 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Cubalah dgn penuh yakin.

@ The Poyo Me: Terima kasih atas penerangan awak di atas. :)

Tanpa Nama berkata...

nak cube nt..muke da xsame ton warne..

Tanpa Nama berkata...

betul ea boleh licin kulit muka tanpa kering..?

oktant on Ogos 31, 2010 1:31 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Silakan. :)

- InsyaAllah ia boleh melicinkan kulit muka tanpa mengeringkannya. :)

Tanpa Nama berkata...

nk hilangkan jerawat boleh ker pakai petue ni?

Tanpa Nama berkata...

madu yg cmner eyh..?? boleh tnjukkn cth?

oktant on November 21, 2010 11:33 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Boleh gak tapi penggunaannya agak terhad. Sebab kalau petua yg guna kuning mahupun putih telur, sebaik-baik hanya perlu diamalkan sebulan sekali.

Untuk amalan harian, awak perlu cuba petua lain.

- Madu yg dimaksudkan ialah madu lebah. Harap maklum ya. :)

SAADIAH berkata...

Assalammualaikum...kepada semua pembaca blog ni. saya nak bagi petua tentang cara menghilangkan jerawat di wajah.saya dahulu di wajah memang banyak jerawat tumbuh..saya rasa x selesa n rendah diri, saya cuba amalkan pakai bedak sejuk nak kata setiap malam lah, alhamdulilah semua jerawat saya hilang smpi sekarang wajah saya susak nak tumbuh je

SAADIAH berkata...

selain itu amalkan selalu basuh muka sambil beselawat lagi2 lepas make -up or bangun tido. jgn biarkan wajah seharian tanpa dibasuh.insyaallah, muka akan bersih.

luhsry on Januari 13, 2011 12:38 PTG berkata...

wah, tips yang menarik dan sangat mudah untuk dilaksanakan

oktant on Januari 13, 2011 6:38 PTG berkata...

@ SAADIAH: Terima kasih banyak atas tips dan petua yg diberikan. ;)

@ lushry: Haha... Jikalau begitu, jgn lupa cuba tau. ;p

Tanpa Nama berkata...

bahasanya....eyyy

Diana Sesarin on Oktober 28, 2011 11:59 PTG berkata...

Terima kasih buat infonya.

oktant on Oktober 29, 2011 3:04 PTG berkata...

@ Diana Sesarin: Sama-sama. ;)

Tanpa Nama berkata...

air mawar ni susah nak cari tak

Tanpa Nama berkata...

kak na tanye air mawar nie ade x kat pasaraya...ank dare leh amlkn kak huhuhu

oktant on September 07, 2012 12:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kat tempat adik ada tak satu kawasan kedai yang kebanyakannya dimiliki oleh kaum India?

Biasanya kat situ ada jual air mawar. Kalau satu kedai tu tiada, cari pula kedai bersebelahan ataupun berhampirannya.

InsyaAllah ada.

Unknown on September 07, 2012 12:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Eh, terlupa plak nak jawab satu lagi pertanyaan adik.

Anak dara boleh amalkannya. Selamat mencuba & moga adik berjaya.

Tanpa Nama berkata...

slm,klu kite letak bedak sejuk dkt muka pd wktu malam sblom tidur , kulit muka boleh bernafas ke? .nnti ade effect la pulak. n,kite letak bedak sejuk tu mcm bedak biase la ? .*byk tak tahu .:(

oktant on November 29, 2012 2:43 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Waktu malam adalah salah satu waktu terbaik untuk awak membersihkan muka ataupun melakukan rawatan.

Jadi, usah risau ya. Awak teruskanlah pakai bedak sejuk. :)

Tanpa Nama berkata...

men better ek ? .bedak sejuk or masker?

oktant on Disember 01, 2012 3:30 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Bedak sejuk boleh dipakai setiap malam.

Manakala masker hanya dipakai sekali sekala saja. Contohnya seminggu sekali ataupun sebulan sekali.

Bergantung kepada bahan yang awak gunakan untuk membuat masker.

Harap ia membantu awak ya. :)

Tanpa Nama berkata...

Lelaki pun bleh nak melicinkan dan menghaluskan kulit?

oktant on Jun 04, 2016 8:34 PG berkata...

@ Tanpa Nama: In Sha Allah boleh.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez