Daun Mengkudu Menghilangkan Jerawat Batu?

Posted by Unknown at Ahad, Disember 06, 2009
Anda yang mengalami masalah jerawat batu tentunya tengah risau sekarang ni, kan? Sebab saya dapati ramai benar yang inginkan petua menghilangkan jerawat batu. Malah kalau anda nak merawat jerawat biasa pun boleh. Takde masalah. Kali ni bahan utama yang anda perlukan adalah daun mengkudu. Tapi anda perlu pilih bahagian pucuknya yer.


gambar daun mengkudu
Gambar daun mengkudu - adeanto.com



Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:


1. Anda ambil segenggam pucuk mengkudu dan bersihkannya.

2. Kemudian, tumbuk pucuk mengkudu tu sampai lumat.

3. Bila dah lumat, anda campurkannya dengan minyak zaitun dan sedikit garam.

4. Gaulkan bahan-bahan tersebut hingga rata.


5. Sekarang, anda picitlah jerawat tu untuk keluarkan nanah. Pastikan anda gunakan hujung jari tau, dan elakkan daripada terkena kuku.

6. Bila dah selesai picit semua jerawat di muka, basuh muka dengan air suam dan lap dengan kain lembut.


7. Baiklah, sekarang anda letakkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi (pucuk mengkudu, minyak zaitun dan sedikit garam) kat tempat jerawat yang telah dipicit.

8. Biarkan ia meresap kat situ lebih kurang dalam jangka masa 5 minit.

9. Sebagai langkah terakhir, cucilah muka anda sekali lagi.


Amalkanlah petua ini sehingga jerawat anda tu sembuh. Mudah-mudahan masalah jerawat anda tu dapat diselesaikan.


Selamat Mencuba!

7 komen on "Daun Mengkudu Menghilangkan Jerawat Batu?"

Tanpa Nama berkata...

betol kew niyh ty wt krang tak mnjadi mcm mnew?

Reza Khoirullah on Mac 25, 2011 2:55 PTG berkata...

Cmane cara hilangkan ktoran mcam kasar,yg nampak kasar kat wajah..??
Timaksih..

oktant on Mac 25, 2011 4:38 PTG berkata...

@ Reza Khoirullah: Cuba Reza lihat senarai petua melicinkan kulit pada pautan Licinkan Kulit Muka

Harap ianya membantu. :)

www.oksida.com on Mei 11, 2011 2:09 PTG berkata...

jangan lupa gaya hidup bersih..!!
handuk, sarung bantal, dll yg berhubungan dengan muka harus sering dicuci

oktant on Februari 01, 2012 7:57 PTG berkata...

@ www.oksida.com: Terima kasih di atas peringatannya. ;)

Baby on Januari 08, 2013 11:16 PTG berkata...

Sy Mkn pucuk ni utk kurgkan kencing manis

oktant on Januari 10, 2013 4:02 PTG berkata...

@ Baby: Banyak juga khasiat pucuk mengkudu ni, kan?

Terima kasih atas perkongsian Baby. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez