Satu Lagi Petua Awet Muda

Posted by Encik Oktant at Rabu, Disember 16, 2009
Keinginan semulajadi untuk kelihatan awet muda bukan hanya diidamkan oleh golongan wanita saja. Malah, lelaki juga turut tak terkecuali, kan? Justeru itu, saya nak tampilkan satu lagi petua agar anda kelihatan lebih muda serta mengekalkan keadaan itu.

Petua awet muda ni ringkas dan mudah aje. Tetapi anda mesti janji pada diri sendiri akan mengamalkannya setiap hari tanpa jemu. Ini kerana, kalau setakat kejap makan dan kejap berhenti hasilnya pasti mengecewakan anda kelak. :(

Apa yang perlu anda amalkan ialah memakan pucuk cekur. Jadikannya sebagai ulam-ulaman sama ada ketika makan nasi di waktu tengahari mahupun malam.

gambar cekur (kaempferia galanga)
Gambar Cekur (Kaempferia Galanga) - www.deliciousmalaysia.com


Itu saja petuanya. Mudah-mudahan anda dapat mengamalkannya jika ingin kelihatan muda selalu. Maklumlah, cekur ni merupakan salah satu ulam yang kurang digemari oleh masyarakat kita. Tapi percayalah, ia dah terbukti mempunyai khasiat tersendiri. :)


1 komen on "Satu Lagi Petua Awet Muda"

Unknown on November 24, 2015 11:27 PG berkata...

pucuk cekur tue ape?x pnh dengar pun...kat mne boleh dapat tue?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez