3 Surah Amalan Pada Waktu Malam

Posted by Unknown at Jumaat, Disember 18, 2009
Sempena menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah, saya tujukan tulisan ini khusus buat anda yang beragama Islam. Iaitu berkenaan 3 surah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar anda membacanya setiap malam. Surah yang dimaksudkan adalah Surah Yasin, Surah Al Mulk dan juga Surah Al Waqiah.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ini kerana, ketiga-tiga surah ini mengandungi ayat-ayat yang mengajak manusia menginsafi akan keagungan Allah dan segala ciptaan-Nya di samping sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya.

Malah, ia juga mengandungi khabar gembira dan khabar duka mengenai keadaan di syurga mahupun neraka.


Sebenarnya, membaca setiap surah yang dinyatakan kat atas mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dengan membaca Surah Al Mulk ni dapat menghindarkan diri anda daripada azab kubur serta akan memperolehi pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda.


Mengenai Surah Al Waqiah pula, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan mengenainya"

- Riwayat Al-Baihaqi, dari Abdullah bin Mas'ud

Walaubagaimanapun, kalau anda tak mampu nak membaca kesemuanya sekaligus, memadailah dengan membaca salah satu daripadanya.


Mudah-mudahan, dengan mengamalkan bacaan 3 surah ini setiap malam bermula tahun baru ni dapat menambahbaik diri anda dan saya berbanding tahun lepas.


Sekian.

4 komen on "3 Surah Amalan Pada Waktu Malam"

Dhea Ahmad on Disember 19, 2009 10:29 PG berkata...

InsyaAllah sama2 kita amalkan...

oktant on Disember 19, 2009 4:12 PTG berkata...

Terima kasih Adya A. Mudah-mudahan semua yang mengamalkan salah satu atau 3 surah tersebut mendapat keberkatan-Nya. Amin.

miya_nisa berkata...

Alhamdulillah... elok juga diamalkan bersama...

oktant on Disember 21, 2009 12:34 PTG berkata...

Betul tu miya-nisa. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez