Segmen petua suami isteri kini menemui anda semula. Masih lagi dengan hubungan suami isteri di ranjang. Tulisan kali ni membongkarkan sikap kebanyakan suami yang pentingkan diri sendiri. Akibatnya, si isteri la yang terpaksa menanggung derita! Betul ker macam tu?
Sedar atau tak, isteri yang berdepan dengan perangai suami sebegini sering kecewa walaupun suaminya hebat ketika di ranjang. Kalau suami tu tak hebat, lagilah sakit hati dibuatnyer. Suka atau tak, terpaksalah dipendamkan aje.
Justeru itu, hubungan di ranjang haruslah memberi kepuasan kepada kedua belah pihak. Tak berat sebelah atau dimonopoli oleh satu pihak jer. Dalam usaha merealisasikan kepuasan suami isteri, buatlah persiapan rapi sebelum bermula. Jangan biarkan mood pasangan anda hilang tiba-tiba. Anda gak yang susah nanti!
Imej - DiRanjang
Persiapan rapi yang dimaksudkan kat sini adalah; anda sebagai suami perlu mengekalkan ketahanan tanpa mencapai orgasm (kemuncak) sebelum tiba masanyer!
Sehubungan itu, ada 8 rahsia yang anda mesti tahu sebelum bersama;
1. Buatlah persiapan fizikal dan mental. Pastikan tubuh badan anda sihat, tenangkan fikiran serta hilangkan dulu segala rasa penat lelah.
2. Kenali titik atau bahagian sensitif pasangan isteri anda. Banyak lagi bahagian yang perlu anda terokai untuk meningkatkan ghairah isteri selain bahagian genital.
3. Sebelum bermula, lakukan pemanasan atau foreplay dulu. Berikan masa agar kedua-dua pihak bersedia. Lakukan peringkat demi peringkat untuk menikmati sensualnyer.
4. Berani bereksperimentasi dengan melakukan pelbagai gaya, posisi dan teknik yang selesa bagi kedua-dua belah pihak. Kalau sebelah pihak menolak, anda perlu akur dan janganlah memaksa!
5. Rancang, kawal atau mengatur rentak permainan anda. Applikasikan teknik kawalan supaya dapat bertahan lama. Usah tergesa-gesa mencapai orgasme. Cuba jadikan ia suasana yang santai dengan bergurau senda.
6. Gunakan fungsi seluruh anggota tubuh badan anda untuk membangkitkan ghairah pasangan. Anda boleh cuba melakukan hubungan intim ni tanpa seurat benang. Tapi jangan lupa menutupinya dengan selimut putih tau.
7. Usahlah ego dalam mengakui kehebatan pasangan anda. Berikanlah pujian sebagai tanda penghargaan. Ini akan membuatkan pasangan anda lebih bersemangat untuk meneruskannya serta memberikan yang terbaik!
8. Selesai melakukan hubungan intim tersebut, bersantailah terlebih dulu bersama pasangan. Relaks dan luangkan masa bersama jap. Bincangkanlah tentang kualiti permainan anda sebentar tadi. Luahkan sebarang perkara yang disukai dan sebaliknya. Cuba cari jalan penyelesaian supaya lain kali permainan anda bertambah menarik! :)
Begitulah sebahagian kecil rahsia yang kini bukannya lagi rahsia pada kaca mata anda. Namun, tak dinafikan bahawa banyak lagi rahsia kepuasan seksual yang perlu anda ketahui bagi mengeratkan hubungan suami isteri.
Jika anda betul-betul sayangkan isteri, panduan hubungan suami isteri ini mungkin dapat meningkatkan kemesraan anda berdua :).
Moga Anda Bertambah Bahagia!
10 komen on "Suami Pentingkan Diri, Isteri Tanggung Derita"
agree agree !! Nice post bro
thanks eldy. :)
apa pun bertolak ansur ke dua belah pihak
@ Tanpa Nama: Itulah yang sebaik-baiknya. :)
Tapi mcmmn pula kalau suami tu sendiri yg x berminat nak buat hubungan dgn si isteri? Mengamalkan semua yg di atas tu pun x guuna juga...bila suami mmg x berminat dgn isterinya.
@ Hati Luluh: Mungkin puan perlu atur strategi lain agar suami berminat dan tergoda dgn puan.
Contohnya dengan menghias diri mengikut citarasa suami (menjaga penampilan diri luar dalam) ketika di rumah walaupun tengah memasak @ buat kerja rumah.
gondoL said..
akak pakai skirt nipis kompom suami cair
@ gondoL: Wow! Akak mmg hebat. :D
Saya nk tnya,bdosakh isteri menggalkan suami disbbkn suami tlalu pntgkn diri,.sdgkn istri sdh bthun2 tnpa blnja,anak dn istri krg msa bsma suami.suami plak bfoya2 mcm org bjang,??
@ Tanpa Nama: Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan puan sepenuhnya. Ini kerana saya tidak tahu sepenuhnya apa yang telah berlaku di antara puan dan suami.
Pun begitu, saya nasihatkan puan mendapatkan nasihat mereka yang lebih arif seperti peguam syarie ataupun ahli kaunseling yang arif dalam bidang ini.
Kemudian, kemukakan dan luahkan segala yang terpendam di hati puan.
Ini kerana sebelum puan mengambil sebarang keputusan seperti menuntut cerai, rujuk dulu pada mereka yang pakar. Sebab ia bukanlah perkara yang boleh diambil mudah.
Saya faham perasaan puan. Namun, mintalah pertolongan daripada-Nya. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.
Saya doakan puan segera menemui jalan penyelesaian terbaik.
Wallahu'alam.
Catat Ulasan