Bagi yang masih mengalami tekanan darah tinggi, sekali lagi saya bawakan alternatif untuk merawat darah tinggi anda tu. Sebagai makluman tambahan, ini adalah kali keempat saya paparkan petua berkaitan darah tinggi. Sebelum meneruskan pembacaan, anda boleh lihat petua terdahulu yang berkaitan di sini.

Sekiranya anda dah cuba petua yang lepas tapi belum berhasil atau kurang serasi dengannya, apakata anda cuba amalkan meminum air limau nipis. Seperti biasa, minum 2 kali dalam sehari.
Untuk lebih terperinci, jom kita sama-sama sediakan air limau nipis ni. :)
1. Memula, ambil 1 biji limau nipis dan perahkan jusnya ke dalam gelas.
2. Masukkan juga 1 gelas air sejuk ke dalam gelas yang berisi perahan air limau nipis tadi.
3. Jika mahu, anda boleh campurkan sedikit gula.
4. Kacau semua ramuan tadi hingga sebati dan minum.
5. Amalkan meminumnya sehinggalah tekanan darah tinggi anda menurun dan kembali ke paras normal.
6. Anda boleh meminumnya pada setiap pagi dan petang.
Jika tiada aral, anda akan memperolehi hasilnya.
Selamat Mencuba!
Gambar: teknosains.info
20 komen on "Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi"
salam..sye baru berumur 18..sye ke klinik 2hari lepas akibat demam dan sakit kepala..dan doktor memriksa tekanan darah sye..dan tekanan tinggi dan tidak sesuai mngikut umur sye iaitu 150..dan hari ini sye kembali ke ke klinik dan memriksa tekanan darah dan menurun sedikit iaitu 146..punca tekanan ini adalah dri daging..kerana sebelum ini sye kerap memakan daging dan sup secara kerap..maklum larh daging agihan korban..adakah ini punca tekanan darah sye tinggi..dan cara untuk menurunkannya..kerna sye perlu memeriksa tekana darah sye selama seminggu..tolong nye..wasalam..
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Cuba adik amalkan minum jus timun.
Selain minum jus timun (cucumber), boleh makan lobak merah. Kedua-duanya baik utk menangani darah tinggi.
amalkan makan epal hijau.insyallah berhasil dengan kehendakNya.
@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian. Moga bermanfaat utk rakan2 kita. :)
cuba amalkan minum misai kucing atau pun air rebusan serai. Cuba elakkan makan daging secara kerap. Makan pisang sebiji tiap hari insyaallah darah tinggi akan hilang.
@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian anda. :)
rebusan daun dan belimbing besi amalkan ....mudah-mudahan kencing manis dan darah tinggi akan berkurangan dan hilang
@ Tanpa Nama: Terima kasih kerna sudi kongsi petua.
sy brumur 48 th, hr doc nasihatkan mula mkn ubat darah tinggi, ader alternatiff lain tak
@ Tanpa Nama: Selain mengamalkan petua di atas, tuan/puan boleh cuba alternatif lain melalui pautan ini -> Ubat Darah Tinggi.
Terdapat beberapa alternatif melalui pautan di atas. Saya harap tuan/puan sudi luangkan masa utk meneliti setiap satunya.
Sekian, terima kasih.
Saya doakan tuan/puan berjaya mengatasi masalah darah tinggi.
Saya berumur 29 tahun dan menghadapi tekanan darah tinggi selepas ja saya melahirkan anak kedua.....sehingga la doktor menyuruh saya menggambil ubat saya sangat rirau dengan keadaan sya kerana saya terlalu muda untuk penyakit seperti demikian apakah yg perlu sya lakukan.tq
@ Tanpa Nama: Pertamanya, saya amat bersimpati dgn keadaan puan.
Justeru, buat permulaannya saya cadangkan puan amalkan petua di atas. Kemudian, lihat bagaimana perkembangannya. Jika bertambah baik, teruskan.
Selain di atas, berikut adalah ~ senarai petua darah tinggi yang boleh puan amalkan.
Di samping mengamalkan petua-petua, puan boleh amalkan membaca;
- Surah Al-Anbiya (ayat 62-73) dan
- Surah An-Nahl (ayat 66-74)
Bacalah ayat-ayat di atas dengan penuh ikhlas dan niatkan agar penyakit darah tinggi puan sembuh.
Saya pun doakan agar puan sembuh daripada darah tinggi secepat mungkin. Amin
tapi jikalau semua petua di atas tidak berkesan apa yang harus saya lakukan selain berserah pada allah dan redha je lah
apa yang menimpa pada diri sye nie kasihanilah sye.........
cubalah bagi sye petua yang lain
please....
@ Tanpa Nama: Saya harap awak tidak berputus asa. Lakukan sesuatu petua yang diamalkan dengan konsisten.
Sebagai contoh, petua di atas merupakan salah satu petua tradisional yang baik untuk diamalkan. Tidak kira sama ada tiada darah tinggi ataupun ada darah tinggi.
InsyaAllah tekanan darah awak kembali normal dan saya sentiasa doakan kesihatan awak. Aamiin.
p.s: Awak boleh juga berjumpa dengan pakar perubatan tradisional jika inginkan lebih kepastian.
p.p.s: Mereka biasanya akan dapat mengenalpasti penyakit yang awak alami melalui urat saraf di kaki ataupun tangan.
AsSalaamu'Alaikum..
Salam Sejahtera..
~
bagi yg muda2 tapi dah ada darah tinggi tue boleh jumpa doktor, saya dulu pun sama..
~ doktor kata ia adalah kerana perubahan hormon dalam badan sebab perubahan dari kanak-kanak menjadi dewasa..
~ yg penting jumpa doktor ek..
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
Terima kasih atas nasihat dan perkongsian tuan.
terima kasih perkongsian dan info berguna ini.
@ kak nora: Sama-sama Kak Nora. :)
askum...bru bru buat pemeriksaan.tekanan darah saya 138/92.adakah ini di kategorikan saya mengahadapi tekanan darah tinggi.dan klu bleh saya x mau makan ubat2an dr hospital...
Catat Ulasan