Rasa letih dan lesu bagaikan asam garam dalam kehidupan. Pendek kata, lepas melakukan apa jua jenis pekerjaan terutamanya yang berat, mesti anda akan berasa letih. Dah guna banyak tenaga, kan? Normal la tu. :)
Justeru itu, kali ni saya nak berkongsi satu petua untuk menyegarkan urat saraf. Boleh lah juga dikategorikan sebagai petua kesihatan. Sebelum bermula, bahan-bahan asas yang anda perlukan adalah daun nangka, daun pandan dan juga daun serai.
Kalau anda tak kenal bahan asas di atas, meh saya tunjukkan dulu dengan lebih dekat;
Daun Nangka
Daun Pandan
Daun Serai
Sekarang anda dah cam bahan-bahannya, kan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah;
1. Rebus dulu 3 bahan asas tersebut iaitu daun nangka, daun pandan dan daun serai.
2. Setelah mendidih, biarkan dulu air rebusan itu suam. Lebih kurang suam-suam kuku gitu.
3. Kemudian, air rebusan tu anda buatlah sebagai air mandian. Lakukannya selama 3 hari tau.
Jika tiada sebarang aral, badan anda akan kembali segar dan bertenaga.
Selamat Mencuba!
Sumber imej - ms.wikipedia.org
8 komen on "Petua Kesihatan: Menyegarkan Urat Saraf"
agaknya kalau amalkan dalam pantangpun ok la yea...
Blog yang berinformasi dan sangat menarik untuk dibaca dan diamalkan segala petua yang disediakan.
@ Rock: Terima kasih banyak Rock.
tq atas informasi yg berguna kat blog ni. sbg penghargaan sy klik ad kat blog ni :)
@ Tanpa Nama: Sama-sama & terima kasih kembali di atas penghargaan yg awak berikan. Saya begitu menghargainya. Ishhh... rasa terharu pun ada.
Bg saya, apa yg lebih penting awak dpt maklumat yg dicari dlm blog ini. Saya akan cuba bantu sebaik mungkin.
Kalau saya tak dpt membantu, harap dimaafkan ya. Maklumlah, ilmu yg ada ni pun masih tak seberapa.
tq..nanti kena cuba ni.
@ Tanpa Nama: Sama-sama. Silakan mencuba. Moga berjaya ya. :)
slm..saya sekarang dalam pantang..tp hari yg ke 16 muka saya tarik sebelah kiri..urat saraf sebelah kanan x berfungsi..sblm tu,puncanya semut masuk dalam telinga sampai menanah kat dalam..adakah petua yg cepat untuk sembuhkan penyakit ni slain dr urut sahaja..
Catat Ulasan