Sambungan 7 Cara Hilangkan Selulit

Posted by Encik Oktant at Jumaat, Disember 31, 2010
Sebentar tadi, saya hanya sempat menulis 3 cara hilangkan selulit. Jadi, cara selanjutnya ada di bawah ini. Sila teruskan bacaan anda ya. ;)



4. Urutan


Anda boleh mengurut tubuh anda untuk melancarkan aliran darah. Boleh gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut.

Melalui cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak degil dalam saluran darah anda.



5. Menyikat badan




Anda boleh menggunakan sikat untuk menyikat memana bahagian tubuh yang biasanya timbul selulit. Sikat tubuh anda dengan gerakan secara melurus tau. Amalkan setiap hari lebih kurang dalam 5 minit.



6. Banyakkan minum air masak


Air masak dapat membersihkan sistem pencernaan anda. Secara tak langsung menyingkirkan racun pada sel-sel tubuh.



Ada pendapat mengatakan anda patut minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari. Namun, ia bergantung pada aktiviti harian anda juga. Bagi memudahkan anda, minumlah air masak bila terasa haus. Itulah tandanya anda memerlukan air. =)

Selain itu, kurangkan juga meminum kopi, teh dan jauhi minuman beralkohol jika anda mahu mencegah pembentukan SELULIT.



7. Nyah lemak secara semulajadi


Anda nak buang lemak dan racun dalam badan? Kalau NAK, amalkan meminum air suam yang ditambah dengan sedikit perahan lemon setiap pagi. Boleh diamalkan lepas bangun tidur ya.



Lengkaplah sudah cara mengatasi selulit yang dapat saya kongsi dengan anda. Jika anda sudi menambah, saya amat mengalu-alukannya. Mudah-mudahan rakan-rakan lain turut mendapat manfaatnya.

5 komen on "Sambungan 7 Cara Hilangkan Selulit"

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
cara yang paling mudah,semasa tiap kali anda mandi dan sabunkan badan,urutlah secara bulatan di tempat yang ada selulit..urut setiap kali anda mandi..insyaAllah selulit itu akan berkurangan..selamat mencuba

~syaqeeb~

oktant on Mei 30, 2011 2:49 PTG berkata...

@ syaqeeb: Waalaikumussalam syaqeeb. Terima kasih sudi kongsi petua. :D

McNa on Mac 02, 2012 11:15 PG berkata...

Assalam..
Salam kenal
yg penting nk kena kurangkan lemak la kiraa nyer huhu

oktant on Mac 02, 2012 12:18 PTG berkata...

@ McNa: Waalaikumussalam wbt. Salam perkenalan drpd saya gak. ;)

Ya, betul. Lagi satu, pastikan jika kita makan berlebihan, senaman @ aktiviti fizikal pun mesti dilebihkan.

Kalau tak, itu yg akan menjadi lemak dlm badan.

Afiq on Ogos 26, 2012 1:00 PTG berkata...

Assalamualaikum
boleh tanye?
Saye dulu gemok , skang dh kurus (tahap normal)...
Tapi saye musykil ngan kate orang yg minum banyak minuman berais mmg susah nk kurus and xbagos utk proses nk kurus, betul ke? (hope u know what I meant..)
And ape fungsi losyen pati halia?


THX.
-Afiq-

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez