3 Petua Mengawal Nafsu Makan

Posted by Encik Oktant at Jumaat, Disember 24, 2010
Mengawal nafsu makan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat. Setakat cakap memang la senang. Lebih-lebih lagi bila tengah ada selera. Liat betul mulut ni nak berhenti mengunyah. Kalau mengunyah makanan yang sihat ada gak faedahnya, kan?

Untuk makluman semua, selera makan anda boleh dikawal tau. Caranya?? Ambillah makanan yang meregangkan usus dan berupaya membuatkan anda rasa kenyang.


Tapi kenapa ada kalanya perut aku ni asyik lapar jerk?


Rasa lapar tahap melampau



Hahha... Rasa lapar akan timbul sekiranya ada ransangan dari perut. Jika perut kosong, ia akan menghantar mesej ke otak agar segera mencari sesuatu untuk dimakan lar.


Sehubungan itu, bagi yang teringin sangat nak kawal nafsu makan tue, petua berikut mungkin boleh membantu;


1. Tingkatkan Motivasi dan Kuatkan Semangat


Dalam apa jua perkara yang anda lakukan, motivasi diri adalah penting. Melalui motivasi yang tinggi, anda berupaya mengawal pola pemakanan dan nafsu makan. Di samping itu, anda perlu membiasakan perut agar tak mudah berasa lapar.


2. Makanan Kaya Serat atau Tinggi Kandungan Air


Pilih makanan yang kaya dengan serat. Bijirin, buah-buahan, gandum dan sayur-sayuran adalah contoh terbaik.

Ataupun makan saja buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Betik dan tembikai boleh anda masukkan dalam senarai. Sebabnya, kandungan air yang tinggi akan membuatkan perut anda terasa penuh, berisi dan mengenyangkan.


3. Makan Buah-buahan sekali dengan Kulit dan Serat Putihnya


Jikalau anda memakan buah oren mahupun limau, makanlah sekali dengan seratnya yang berwarna putih tu. Ia boleh membuatkan perut anda kenyang.

Limau Mandarin



Bagi anda yang gemarkan epal, saya sarankan anda makan sekali dengan kulitnya. Banyak faedahnya tau. Antaranya;

~ Melambatkan kenaikan kadar gula dalam darah

~ Ia mengandungi kadar indeks glikemik (GI) yang rendah


Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang kadar "GI" nya rendah, ia akan mengurangkan kadar peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Selain memakan epal beserta kulitnya, kebanyakan sayur-sayuran mengandungi kadar GI yang rendah dan kaya dengan serat. Terutamanya pada bahagian batang dan daun.


Sekarang anda dah tau petua untuk mengawal nafsu makan, kan? Lepas ni jangan lupa untuk mengamalkannya tau. Terima kasih juga sebab sudi membaca sampai ke penghujung. (^-^)

10 komen on "3 Petua Mengawal Nafsu Makan"

Cik Ila on Disember 24, 2010 9:20 PTG berkata...

nice info....:)
salam perkenalan..jumpa kat innit td..

oktant on Disember 26, 2010 1:28 PG berkata...

@ Cik Ila: Terima kasih Cik Ila. Salam perkenalan gak yer. =)

yatie berkata...

saya akn cuba......

oktant on Jun 25, 2011 1:47 PTG berkata...

@ yatie: Ok. Good luck yer. ;)

cik aletheea: on Januari 08, 2012 9:09 PTG berkata...

tengah nak kurus la ni.... kn ikut info ni la ....baru bleh slim ;p

oktant on Januari 09, 2012 2:52 PG berkata...

@ cik aletheea: Boleh jadikan info ini sbg langkah permulaan untuk menurunkan berat badan.

Saya doakan mudah2an hasrat murni aletheea berjaya direalisasikan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Tengs :))

oktant on Januari 29, 2012 9:30 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. :D

Tanpa Nama berkata...

Sya dah cuba tapi blm berhasil ada cara yang lain tak

oktant on April 06, 2012 5:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Lakukan secara perlahan-lahan. Jika rasa lapar sewaktu waktu makan yg sebenar, makan buah-buahan seperti epal. Sama ada 1 atau 2 biji.

Jika dah jemu dengan epal, boleh tukar buah-buahan lain spt pear, lai dll.

Semoga berjaya tau. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez