Cara Mengatasi Kurang Darah

Posted by Encik Oktant at Isnin, Disember 13, 2010
Baru-baru ini, saya mengalami masalah kurang darah. Nak bangun pun tak larat. Kalau duduk pun, hanya sekejap. Lepas itu, terpaksa baring semula. Pada mulanya, saya memang tak tahu langsung apa puncanya. Hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya tika itu.

Beberapa hari kemudian, saya dibawa berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Dipendekkan cerita, beliau pun memaklumkan yang saya ni ada masalah kurang darah.


Selepas bersembang panjang, berikut adalah beberapa nasihat beliau kepada saya untuk mengatasi masalah kurang darah ni;



1. Amalkan memakan sup kambing setiap hari


Sup Kambing Chef Wan - blogresepi.com




Tapi saya ni memang tak makan kambing. Jadi, beliau pun suruh saya hirup kuahnya saja. Sebab yang penting ialah kandungan rempah sup itu sendiri. Kalau nak hirup kuah sup ayam, lembu dll pun boleh. Janji sup.

Kemudian, tambahkan dengan bawang goreng. Sebaik-baiknya ialah bawang goreng yang dibuat sendiri tau.



2. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk


Keduanya, elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk. Sebaik-baiknya dipanaskan dahulu sebelum makan.

Begitu juga dengan air. Elakkan meminum air sejuk dan berais. Minuman bergas atau air berkabonat pun sama.

Minumlah minuman panas seperti air limau kasturi ataupun limau nipis. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar bersukan. Air limau ni amat baik dijadikan minuman harian dan penambah tenaga katanya.



3. Urut tapak kaki


Bagi melancarkan perjalanan darah, urutlah bahagian kaki dan tapak kaki anda setiap hari. Cukup sekadar beberapa minit sehari.

Katanya, bahagian kaki ni perlu diurut dan disentuh setiap hari.


Alhamdulillah, selepas beberapa hari keadaan saya makin sihat dan kembali normal.


Begitulah beberapa cara mengatasi masalah kurang darah yang perlu diamalkan. Sekiranya ada tambahan, akan ditambah kemudian ya. Ataupun jika anda ingin berkongsi petua@pengalaman, saya amat mengalu-alukannya.

5 komen on "Cara Mengatasi Kurang Darah"

oktant on Disember 13, 2010 2:25 PTG berkata...

Sebelum ini, saya pernah gak kongsi petua berkaitan masalah serupa.

Anda boleh rujuk entri bertajuk Cara Mengatasi Masalah Kurang Darah


p.s: Tajuknya hampir sama, tapi petuanya berbeza sikit.

intankuterpilih on Disember 19, 2010 11:49 PTG berkata...

kurang darah dengan tekanan darah rendah berbeza kan??

oktant on Disember 20, 2010 10:31 PG berkata...

@ intankuterpilih: Aah... Hari tu, saya mengalami kurang darah.


p.s: Maaf. Kekadang tersasul gak. Huhu...

oktant on Disember 20, 2010 1:45 PTG berkata...

@ intankuterpilih: Lagi satu,masalah kurang darah ni pun merupakan salah satu penyebab tekanan darah rendah.

iman mutiara on Ogos 02, 2012 1:53 PTG berkata...

tekanan darah rendah dan kurang darah merah ini bersangkutan???????

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez