2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Posted by Encik Oktant at Khamis, Disember 23, 2010
Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada bahagian belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Mungkin ada sebahagian kita, lepas balik kerja atau bersukan suka baring dulu atas karpet, tikar mahupun sofa untuk menghilangkan penat. Tapi kekadang belum sempat mandi dah terlelap. Itu yang belakang badan mudah naik jerawat.

Ada juga yang cakap kalau basuh baju, elakkan guna sabun yang berlebihan. Sama ada betul atau tidak, saya pun kurang pasti.



Walau apa jua puncanya, saya pasti anda lebih berminat nak tahu petua untuk hilangkan jerawat belakang badan ni, kan?

Buat sementara ni, ada 2 petua yang boleh saya kongsi dengan anda iaitu;


1. Scrub Buah-buahan


Anda boleh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Moga Anda Berjaya Hilangkan Jerawat Belakang Badan!

57 komen on "2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan"

suraya berkata...

tq! ;>

oktant on Disember 29, 2010 3:33 PG berkata...

@ suraya: Sama2. ;)

Tanpa Nama berkata...

boleh berkesan ke ?

Tanpa Nama berkata...

yg kacang tu, masa nak kisar tu kena letak air ke?

oktant on April 24, 2011 9:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Tak perlu letak air masa kisar.

oktant on April 29, 2011 4:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Nak tambah sikit, gunakan pengisar yang jenis kering nyer.

Kalau pengisar yg biasa, awak perlu tambah air.

diha berkata...

selain kat belakang..kat dada boleh tak??

oktant on Mei 29, 2011 4:51 PTG berkata...

@ diha: Boleh juga.

Tanpa Nama berkata...

salam..mo tny blh ka? berapa kali sehari kena buat? sehari skali ka atau 2 kali sehari ..

oktant on Julai 05, 2011 12:14 PG berkata...

@ Tanpa Nama: 1 kali sehari pun boleh.

Tanpa Nama berkata...

selepas kisar pe jd ?? de kuar air ke nnt ??

oktant on Julai 13, 2011 11:03 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau yg scrub buah-buahan tu, ambil jus atau airnya.

Utk kacang hijau pula, tambahkan ia dgn sedikit air lepas mengisarnya. ;)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ya
saya dah cuba macam2 produk
tapi jadi lagi teruk
nak cuba petua ni plak
mudah2an ini cara terakhir saya bole amalkan sampai elok.
insyaAllah

oktant on Julai 19, 2011 11:25 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Oke, sesama. Harap ia baik utk awak.

Alia on September 10, 2011 11:04 PG berkata...

Salam,

Saya ingin kongsi info ini:

Dapatkan Laporan Khas Masalah Jerawat Badan.
Kaedah untuk menghapuskan Jerawat Badan Hanya dalam 2 Bulan Tanpa Ubat.
Juga berkesan untuk jerawat di bahagian lain (muka, badan).

Info lanjut layari http://www.jerawatbadan.com/

Tanpa Nama berkata...

macam mane nak panjangkan zakar ye? (open-minded la)

Tanpa Nama berkata...

cam mane nak buat scrub kiwi ye??

Adlina berkata...

salam..kalau jerawat badan 2 hilang,ada parut yg tinggal x??

oktant on Disember 23, 2011 4:34 PTG berkata...

@ Adlina: Waktu awal-awal, parut tu selalunya masih ada.

Tapi lama-kelamaan ia akan pudar dan hilang. Cuma dalam masa yg sama, kebersihan pakaian & persekitaran perlu dititikberatkan.

Lagi satu, kalau basuh baju, elak gunakan sabun terlalu banyak. Ia juga merupakan salah satu penyebab jerawat belakang badan.

Adlina berkata...

sy akan cuba..terima kasih..:)

oktant on Disember 30, 2011 9:49 PTG berkata...

@ Adlina: Okey, slmt mencuba. Sama-sama.

shue bukan nama sebenar berkata...

saya akan cuba sebab da makin teruk lah

oktant on Januari 07, 2012 11:44 PG berkata...

@ shue bukan nama sebenar: Okey, mudah-mudahan ia makin berkurangan.

Tanpa Nama berkata...

mcm mane nk buat scrub kiwi tu ekk ?

Tanpa Nama berkata...

kalau kita guna kacang hijau yg da siap diblender yang ade jual kt kedai 2 boleh x? ade x sesiapa yg da berkesan gune kaedah ni?

oktant on Februari 09, 2012 5:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Kisarkan saja buah kiwi tu.

- Boleh juga.

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak hilangkan parut jerawat dibelakang badan pula?

oktant on Februari 21, 2012 7:45 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh sapukan dgn lendir lidah buaya.

Tanpa Nama berkata...

saya dah try buat mcm petua guna kacang hijau tu.. tp kenapa ye muka sy gatal sgt2 mase tunggu kering?

oktant on Februari 21, 2012 10:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak sapu kat muka ke? Bukan ke sepatutnya dekat belakang badan?

Ok, rasa gatal tu adalah proses tindakbalas yg biasa berlaku. Lepas dah cuci, biasanya ia akan hilang.

Jika tidak, kulit anda mungkin alah dengannya.

Tanpa Nama berkata...

x bahaya ke kalo pakey kacang hijau...

oktant on April 06, 2012 5:29 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh saya tahu, bahaya yg bagaimana saudara/i maksudkan?

Tanpa Nama berkata...

Tok kasi petua ni dah cuba ms remaja hingga sekrng......dh bt kulit jd halus,lembut,jrwt kt blkng bdn blh hilang......bhn2 ni sng dpt.

1)Daun cermai 4 tangkai byk pun blh...
2)Kunyit hidup 2 inci....
3)Beras ( perlu remdam semlmam)
4)Ltk air sedikit semasa mengisar
- kisar bhn2 tersebut

- Masukkan dlm bekas dan simpan didlm peti sejuk...nk guna br ambil
-Tahan lama dan jimat duit
-Jadikn sebagai lulur badan.....Selamat Mencuba

oktant on April 17, 2012 12:38 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih Tok atas petua di atas. Insya-Allah sy pun akan cuba.

Tanpa Nama berkata...

sya da try gna kcang hjau npa x hlang lg????

Tanpa Nama berkata...

klu guna petua kacang hijau,brpe lama masa yg akan diambil utk hilangkan parut jerawat blkg bdn?

Tanpa Nama berkata...

salamm 1 malaysia.. cam mane nak hilangkan jerawat kat belakang badan.. naik sampai ke bahu depan .. ade petua? tolong bantu..time kaseh.

Tanpa Nama berkata...

sy da try gune kiwi..mmg brkesan tp memakan masa n perlu bersabar...papepun selawat dlu sblm mncuba...mmg akan gatal2 sbb itu adalah tndakbalas trhdap kulit....slmt mncuba

oktant on Jun 12, 2012 2:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Wallahu'alam. Bukan saya yg tentukannya. Maaf bebanyak ya.

- Jika parut jerawat, saya cadangkan awak sapukan dengan lendir lidah buaya. Amalkan setiap hari. Ataupun sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

- Waalaikumussalam wbt.

Awak boleh cuba & amalkan salah satu petua di atas. Paling penting, awak perlu berhati-hati dengan penjagaan kebersihan.

Maksud saya, sekiranya awak balik drpd kelas/pejabat/beriadah atau mana-mana saja, elakkan terus baring.

Pastikan awak bersihkan badan dulu yea.

Sama-sama.


- Alhamdulillah. Kesabaran mmg salah satu kunci kejayaan. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman.

Saya doakan moga kulit awak semakin sihat & cantik. Amin.

mira mie on Julai 10, 2012 10:12 PTG berkata...

sy pkai yg kacang hijau,semakin banyal la tumbuh jerawat

oktant on Julai 11, 2012 4:34 PTG berkata...

@ mira mie: Mungkin ia tak sesuai dgn mira.

Saya syorkan mira hentikan penggunaannya bagi mengelakkan ia bertambah teruk.

Aziz Gilerz on Julai 21, 2012 8:55 PTG berkata...

Jerawat punggung bleh hilang tk?...:')

oktant on Julai 23, 2012 12:08 PG berkata...

@ Aziz Gilerz: Boleh cuba petua di atas.

Tapi, boleh juga kalau nak cuba sapu dengan minyak gamat. :)

cik mek molek berkata...

wah, bagus petua nie. nak cuba la nanti. harap berkesanlah. terima kasih. :D

oktant on Ogos 02, 2012 9:56 PG berkata...

@ cik mek molek: Terima kasih ya. Saya doakan moga percubaan awak membuahkan hasil kelak. Amin.

Tanpa Nama berkata...

klau gne minyak gamat b'kesan ke ?

oktant on November 16, 2012 11:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaf ya, saya kurang pasti pula. Tapi awak boleh mencubanya.

Tanpa Nama berkata...

scrub buah2han 2 kalau pakai buah durian boleh x???

Tanpa Nama berkata...

Makan pisang

Tanpa Nama berkata...

kacang ijau toe ble gna tuk mka tak????

oktant on Disember 13, 2012 9:50 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Untuk muka, saya cadangkan awak gunakan petua yang dirumus khas untuk muka.

Contohnya awak gunakan minyak gamat, lendir lidah buaya ataupun bedak sejuk.

Harap awak faham ya.

Tanpa Nama berkata...

Mmang.... mkin alahan kot.... sbb pnah buat, tp dimuke... mkin naik ruam halus...

oktant on Disember 13, 2012 5:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh saya tahu bahan apa yang awak gunakan sampai naik ruam halus tu?

Tanpa Nama berkata...

Sy bru coba...gatal2 msa tgu kering.....

oktant on Disember 28, 2012 2:49 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Syabas kerana mencuba. Pada peringkat awal, biasanya memang akan rasa begitu kerana kulit sedang bertindakbalas.

Saya doakan moga usaha awak berjaya. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

saya akan cuba

oktant on Januari 05, 2013 12:46 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Silakan. Saya doakan awak berjaya. Aamiin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez