Cara Mengatasi Masalah Kurang Darah

Posted by Unknown at Sabtu, Ogos 15, 2009
Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.


Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini. Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;


1. 2 biji telur ayam

2. 1 sudu makan madu asli

3. 1 biji limau nipis

4. Segenggam daun bayam


Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;


1. Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.

2. Masukkan madu asli ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.

3. Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi. :)

4. Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.

5. Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.

6. Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.


Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.


Selamat Mencuba!

3 komen on "Cara Mengatasi Masalah Kurang Darah"

Tanpa Nama berkata...

akan ku cuba

gadis_anemia berkata...

hurm... dah 4 tahun ada masalah ni... darah x pernah naik, tetap dalam lingkungan 6.2-6.5 je.. risau sbb dah cuba mcm2 tapi x berjaya. ferum yang doktor bagi tu, kalau makan terus muntah. obimin plak, pening kepala lepas makan. dah cuba tumbuk jadi serbuk n masukkan dlm makanan, jadi pahit... doktor kata x cukup iron dlm badan, tp saya pelik sbb apa yg saya makan sama je dgn kawan2, tapi cuma saya sorang ada masalah ni.. tlg bantu?

Tanpa Nama berkata...

Admin,

terima kasih sebab sharing resepi best begini.

Selalunya saya, kalau ada customer yang mengadu mengenai masalah kurang darah/hb terlalu rendah tidak kira hamil atau tidak, saya akan cadangkan mereka mengambil vitalea iron formula.. Alhamdulillah, memang banyak membantu.

nak tahu lebih info, silalah datang blog saya.. di harap dapat membantu. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez