Segarkan Bau Nafas dengan Daun Beluntas

Posted by Unknown at Rabu, Ogos 25, 2010
Sepanjang bulan Ramadhan ni, anda yang berpuasa pasti mengalami masalah nafas berbau. Hal ini memang tak dapat dielakkan. Sebagai alternatif, terdapat satu amalan yang boleh anda cuba bagi menyegarkan nafas. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat daun beluntas.


Daun Beluntas - medicineisanart.com



Caranya mudah saja. Iaitu anda amalkan memakan daun beluntas secara mentah. Atau dengan kata lain, jadikannya sebagai ulam-ulaman ketika berbuka mahupun bersahur. Anda akan dapati rasanya agak kelat dan berangin.

Selain berfungsi menghilangkan bau nafas, ia turut berkhasiat bagi menghilangkan bau badan serta sebagai penawar sakit tekak.


Sebenarnya, petua ini bukannya khusus untuk bulan puasa saja. Anda boleh amalkannya pada bulan-bulan lain. Sekiranya anda memang sedia ada masalah bau nafas, cubalah petua di atas ya.


Selamat Mencuba!

11 komen on "Segarkan Bau Nafas dengan Daun Beluntas"

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih , satu petua yg baik

oktant on Ogos 27, 2010 1:46 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)

Tanpa Nama berkata...

bagus ni...nk cba ah..

Tanpa Nama berkata...

daun sireh yg pedas tu boleh tak?

oktant on Januari 21, 2011 10:55 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Daun sireh tu selalu orang dulu2 suka makan, kan? Saya kurang pasti pula. Maaf ya.

Tanpa Nama berkata...

seeep .. bsa lah d pkek bwat lap.proposal akk .. thks

Tanpa Nama berkata...

bau mulut boleh dielakkan dengan bunga cengkih

oktant on April 09, 2012 7:11 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sama-sama akak. :)

- Iya betul. Spt yg pernah dikongsikan dulu ~ Atasi Masalah Bau Mulut dan Nafas Berbau.

Tanpa Nama berkata...

umah sy ada daun beluntas...cuma x lalu mkn ja..pas ni nak try la..

Tanpa Nama berkata...

mak sy selalu srh mkn daun beluntas wat ulam tp sy x lalu la.....

oktant on Ogos 02, 2012 6:49 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Wah, baguslah kalau macam tu. Lagi mudah untuk awak amalkannya.

- Mula-mula mungkin begitu. Maklumlah, daun-daun ni rasanya memang kurang enak. Tetapi banyak khasiatnya.

Kalau tak lalu makan begitu saja, mungkin awak boleh gaulkan dulu dengan nasi.

Ataupun cicah saja dengan sambal belacan atau sebarang jenis sambal@sos yang membuatkan awak lalu untuk makan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez