Cengkam Kuku?

Posted by Unknown at Isnin, Ogos 23, 2010
Kebiasaannya, pemakaian inai sinonim dengan pasangan pengantin. Di sesetengah tempat, memang ada satu majlis yang dinamakan "Malam Berinai". Tapi, inai memang banyak khasiatnya dari sudut perubatan tradisional. Antaranya ialah merawat sakit kuku atau cengkam kuku. Ataupun ada juga yang sebut cagu.


Cuba anda ikuti langkah berikut jika ingin merawat cengkam kuku;


1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu.

2. Masukkan juga sedikit kunyit dan kapur sirih.


Kunyit - cantikbahagia.wordpress.com



3. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.

4. Kemudian, tempel atau letakkan bahan tadi pada kuku anda yang sakit atau cengkam.

5. Jika mahu, anda boleh balut bahan yang telah diletakkan pada kuku tadi dengan kain bersih.


Bila dah kering, anda boleh gantikan dengan campuran inai, kunyit dan kapur sirih yang baru. Ulangilah proses di atas sehinggalah kuku anda pulih.


Sebelum ini pun, saya pernah kongsikan petua yang hampir sama. Anda boleh rujuk pada artikel bertajuk "3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?" di sini.



Selamat Mencuba!

5 komen on "Cengkam Kuku?"

Tanpa Nama berkata...

:) akan segra di coba..
klu obat untuk kuku yg mudah patah ada ke?
tq

oktant on Ogos 25, 2010 1:36 PG berkata...

@ akademikata: Setakat ni, saya belum jumpa lg ubat utk kuku yg mudah patah.

Sekiranya ada, InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian.

Terima kasih. :)

Tanpa Nama berkata...

salam.laki bleh ke pkai inai?tp law ad sbb xpe ke??

oktant on Ogos 12, 2011 9:33 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Pakai inai sbb nak merawat cagu atau tujuan perubatan adalah dibenarkan.

Tanpa Nama berkata...

saya da 3 tahun da knw cagu..da cabut kt hospital tp lpas 6-8 buln kne lg..da buntu nk ubati...skit y tramat...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez