Atasi Masalah Kencing Tak Lawas?

Posted by Unknown at Isnin, Ogos 09, 2010
Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.

Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.

Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.


Imej Rumput Sambau

Rumput Sambau - oisat.org




Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;


Gambar Rumput Sambau

Rumput Sambau 2 - scsphotogallery.tamu.edu




Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;


1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.


Akar Rumput Sambau

Akar Rumput Sambau - davesgarden.com



2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.


Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.


Selamat Mencuba ya!



P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

13 komen on "Atasi Masalah Kencing Tak Lawas?"

aReLee.aCe on Jun 19, 2011 5:22 PG berkata...

adik saya penah der mslh ni..mak saya sapu dgn lendir lidah buaya kat bahagian ari-ari..

oktant on Jun 20, 2011 2:15 PG berkata...

@ lovely.fishy: Owh... terima kasih sekali lagi sbb sudi kongsi petua ni. Satu petua baru utk saya dan mgkn rakan-rakan lain gak. ;]

Tanpa Nama berkata...

masalah saya plk.. sering masuk tandas pada waktu malam... utk mmbuang air kecil.. : (

nyapo on Februari 27, 2012 5:42 PTG berkata...

sy penat bunag air kecil mengganggu nk study ..huhh..

oktant on Februari 27, 2012 7:13 PTG berkata...

@ Tanpa Nama & nyapo: Mungkin awak berdua perlu lebihkan meminum air kosong setiap hari.

Sambil tu, kurangkan minuman yg manis-manis dan juga yg berkafein.

oktant on Mac 23, 2012 3:40 PTG berkata...

anis:

sy selalu ada mslh kencing tak lawas setiap kali sy duduk kat kampus. stiap pagi sy mmg tak pernah miss minum kopi. every lunch minum teh ais. minum air putih mmg jarang. so ni salah satu sbb kencing tak lawas ke?


@ anis: Semasa buka emel tadi, sy nampak komen drpd anis. Tapi sy kurang pasti kenapa ia tidak muncul di blog.

Oleh itu, saya minta drpd anis utk sertakan komen anis di sini ya.


Ok, kalau anis penggemar kopi dan teh, cuba hadkan pengambilannya dalam sehari.

Sebagai contoh, dalam sehari cuba latih diri utk minum teh atau kopi hanya 2 kali sehari.

Elakkan terlebih. Kemudian, lebihkan meminum air masak.

Moga lepas ni masalah anis tu boleh diatasi sedikit demi sedikit ya.

Tanpa Nama berkata...

Masalah kencing tidak lawas..suda 2x saya mengalaminya..sakitnya hanya tuhan saja yg tahu,bisa sgt2 pada bahagian ari2..sampai ke tahap dah nk pengsan da menahan sakit..nak kata saya kurang minum air masak,1 hari berliter2 saya minum air..bila g jumpa doc,doc akan bg ubat lawas kencing,tahan sakit n antibiotik..saya xtaw pe punca sebenarnya kencing tidak lawas or kencing kotor nie..saya ingin amalkan petua2 tuk hilangkan kencing tidak lawas or kencing kotor..plzz help me!sebab rasa fobia,takut berulang kembali..

Ahmad Mustaqim on September 08, 2012 1:37 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Athirah Jinal on September 08, 2012 1:40 PG berkata...

apa benartanpanamaalami adalah kencing taklawas?
sampai sakit2 nakpengsan biar betul?

Athirah Jinal on September 08, 2012 1:41 PG berkata...

lovely.fishy,

menarik petua itu, kat rumah saya banyak ja pokok lidah buaya nih.

mak rajin juga potong n amik lendir dia,kemudian rebus dengan gula seb penyejuk badan. :)

Athirah Jinal on September 08, 2012 1:42 PG berkata...

apa benartanpanamaalami adalah kencing taklawas?
sampai sakit2 nakpengsan biar betul?

Unknown on April 25, 2014 4:05 PTG berkata...

hello, saya sekarang ni menghadapi masalah kecing tidak lawas lepas tu mak saya bagi minum air nenas 2 kali sehari n esok nak pegi jumpa doktor saya pon dah cuba sapu lendir aloe vera dekat ari ari kalau tak ok saya try petua admi doakan saya ye.. sebab saya tak boleh tahan la setiap kali pegi toilet moga moga Allah sembuhkan penyakit saya ni

Unknown on April 25, 2014 4:07 PTG berkata...

saya sekrang ni mengahadapi kencing tidak lawas saya baru berumur 13 tahun n admin tahu tak apa puncanya? saya kurang minum air masak n sekrang saya minum banyak sikit n mak saya bagi minum air nenas kalau tak jadi mak saya nak cuba try petua admin moga moga Allah sembuhkan penyakit ni

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez