Masalah kesuburan sering ditimbulkan bila mana sepasang suami isteri yang telah agak lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan cahayamata. Situasi ini bertambah sukar sekiranya si suami dan isteri enggan duduk berbincang bagi menangani situasi ini. Sebaliknya, hanya meletakkan kekurangan pada bahu pasangan mereka.
Alangkah indahnya jika anda dapat membuang yang keruh dan ambil yang jernih, kan? Usahlah menyalahkan sesiapa lagi. Ayuh berikhtiar bersama-sama agar hajat untuk nak dapat anak tercapai.
Bagi anda yang mengalami situasi sebegini, saya ingin berkongsi satu petua yang telah diperolehi bagi meningkatkan kesuburan suami isteri. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat kulit pokok durian belanda (Annona Muricata).
Pokok Durian Belanda(Annona Muricata) - ubcbotanicalgarden.org
Caranya adalah seperti berikut:
1. Anda dapatkanlah kulit pokok durian belanda.
2. Bersihkan ia terlebih dahulu.
3. Kemudian, anda hancurkan kulit pokok durian belanda tadi.
4. Seterusnya, anda rebuskan kulit tersebut sehingga airnya tinggal lebih kurang dalam secawan.
5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut secara perlahan-lahan.
Anda (suami dan isteri) boleh amalkan meminumnya sekali sehari. Dengan cara ini, tahap kesuburan anda dapat dipertingkatkan, InsyaAllah. :)
Malah, selain baik untuk kesuburan, air rebusan kulit pokok durian belanda ini juga dapat mengubati;
- Batuk,
- Kencing manis,
- Ulser malaria,
- Ulser perut,
- Penyakit jantung
dan
- Penyakit hati.
Selamat Mencuba!
19 komen on "Petua Suami Isteri: Bagaimana Cara Meningkatkan Kesuburan?"
boleh caye ke
kulit pokok durian belanda ke atau kulit buah belanda?
atau dgn kata lain pokok buah lampun bah nie
nape la tanpa nama nih asyik nk kondem jerrrk...tkasih la ade yg sudi nk bantu mengatasi prob....bsyukurla...ade yg nk ussha ke arah kbaikan...lain kali klu x suke..wat x nampak jer...klu x suke jgn try...kn senang..ape2 pm thank's a lot pd u coz wat ruangan ni...dpt gak ilmu
@ nurin: Terima kasih nurin atas sokongan awak. Saya memang menghargainya. Tuhan saja yang tahu.
Apa-apapun, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak dan keluarga serta semua yang sudi mengunjungi blog ini. :)
terima kasih atas petua ini
@ Tanpa Nama: Ok, sama-sama. :D
trima kasih utk info ni...
@ anis: Sama-sama yea. ;)
petua ni sangat berguna kpd sesipa y memerlukanny...trm ksh...
@ Tanpa Nama: Syukur, Alhamdulillah... baguslah kalau begitu. Sama-sama. ;D
bagus juga petua ni..sudah ada yang cuba?? macamana hasilnya........
bnyk mana kulit buah nk guna? sebijik buah sekali rebus atau pun sikit jer?
@ Tanpa Nama: Awak perlu ambil kulit pokoknya, bukan kulit buah.
Rasanya kalau awak ambil lebih kurang dlm segenggam pun dah memadai utk direbus dlm periuk yg kecil.
ada yg kata kulit buah durian belanda...bagus info ni, tak salah mencuba...
@ Tanpa Nama: Betul. Terima kasih bebanyak yea. ;)
ok..
terima kasih atas info yang diberi. sangat berguna sekali. thanks... :)
@ Tanpa Nama: :)
@ Rohana: Sama-sama Puan Rohana.
Saya doakan moga ia berkesan untuk puan.
Catat Ulasan