Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.
Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)
Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?
Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.
Ohh... kalau begitu, bagaimana pula kaedah untuk saya mendapatkan khasiatnya?
Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sehingga anda sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)
Selamat Mencuba!
33 komen on "4 Khasiat Air Rebusan "Kucing Galak""
salam singgah. bagus kucing galak ni. boleh beli kat mana? saya tak pandai cari pokok ni.
yeah..nice info..blh try niey..
@ RozaniGhani : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab sudi singgah.
Nak beli kat mana saya kurang pasti pula. Tapi ia selalu tumbuh di tanah berpasir dan berhumus yang terbuka.
@ WaLk: Terima kasih. Silakanlah mencuba. Kalau tak keberatan, kongsikanlah hasilnya di sini nanti. :)
looks familiar.. but dont know where i seen that before =)
Tak ada jual ker benda nie...??
@ Mr. Kamikaze: Saya kurang pasti ia ada dijual di mana.
Tapi menurut info yang saya peroleh, benihnya ada dijual di petshop "Kedai Haiwan Kesayangan", seksyen 17, Shah Alam.
kenapa hanya perlu diambil secara sederhana atau perlu sahaja? ade kesan sampingan ke kalau diambil dgn kerap?
herba banyak dan tumbuh melata..
jika yg dok kt alor setar..di area surau taman cencaru alor setar byk
Paakcik saya ada tanam di senai...boleh dtg dan tanya rumah oh seman
Dah pernah try......memng mujarab utk penyakit kulit
@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman. :)
Nice Info - SaujanaPet.Com
@ Admin: Terima kasih. :)
Didaerah perkebunan jenis pohon inibanyak ditemukan misalnya didaerah bekasi dan sekitarnya sufah pasti ada .....nama lain pohon anting-anting (jenis rerumputan )....silahkan cari dech......yang membutuhkan......
@ asmari samin: Terima kasih atas info yang tuan berikan.
untuk peminat kucing bole dapatkannye drpd saya.sila hubungi 0176664482
sila dail 0176664482 untuk mendapatkannye
dulu gua ada tanam kat dpn rumah..dah xbela gua xtanam lg..bau akar tu mmg stim, xbusuk..kucing gigit smpai meleleh2 air liur dia dgn hingus..kalo angkat dia ikut kemana2..hehe
saya ada slalu sngtulser mulut..tapi bila guna ni mmg mujarab..thanks for the tips..!~LOVE~
Saya tumbuk dan campur sedikit air, perah dan ambil airnya dan beri kucing saya minum. Selsema dan sakit mata dia baik dan tidak melarat. Banyak tumbuh di halaman rumah di kampung saya. Bercadang nak tanam. berkilat
Semua benda dlm dunia ni mmg xbole diambil secara berlebihan....kalau ambik nasik secara berlebihan pun akan mengundang penyakit....guna sekadar perlu...
pokok kucing galak ni boleh bagi ka kat burung tak
@ Nizar Afiq: Maaf ya. Saya kurang pasti pula sama ada boleh diberi pada burung atau tidak.
pokok ni banyak tumbuh meliar ditanah kebun yg redup.tanah kosong.tanah gambut
kat mana nak beli pokok ini.
ada di rumah saya kol no 0182707959 benih pon ada tapi tak banyak
@ Tanpa Nama: Terima kasih atas info tuan. :)
kt umah sy brsepah tumbuh kt tepi umah
Dia tumbuh di tepi jalan..kebun2,dipersekitaran kampung2..
Persekitaran kampung2,atau di tepi jln kmpg2.semoga berhasil mencarinya.
Wasap kat Boss Halim 0134803962 Mayan Pensyarah Kolej Pertanian Dan Peracang Pertanian Daerah 2 Jempol Larut Matang Kulim ...Serawak Bruit Berunei ADA agric development area
Kucing Galak ada anti biotic meningkat darah jangan over nanti Sarah pekat dangat jadi pembekuan darah
Catat Ulasan