Cara Mengubati Gusi Berdarah

Posted by Unknown at Jumaat, Mac 12, 2010
Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.

b. Kurang menjaga kebersihan mulut.

c. Diabetes.


e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).


Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:


1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.

Pokok Macang/Bacang (Mangifera Foetida)

Pokok Machang/Bacang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



2. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.

Daun Bacang/Macang (Mangifera Foetida)

Daun Bacang/Machang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.

4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.

5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.

6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.

7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.

Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.


Selamat Mencuba!

17 komen on "Cara Mengubati Gusi Berdarah"

Ken Wooi on Mac 12, 2010 12:16 PTG berkata...

thanks for sharing the tips.. yeah smoking can cause this, which is bad =)

Ahmad Tarmizi on Mac 14, 2010 1:06 PG berkata...

Aku lain pulak. Gusi amat mudah berdarah selepas aku berhenti merokok on the spot. Alhamdulillah dah 3 tahun lebih berhenti merokok, gusi dah tak berdarah tapi gigi mula goyang. Sebelum ini OK.Tak kan faktor umur kot. Umur aku nak masuk 50. Mungkin Tuan ada tips atau petua untuk gigi goyang?.

Thanks

Tanpa Nama berkata...

waaaa...ak langsung x mrokok

Tanpa Nama berkata...

gigi aku sllu berdarah... tensionnyer.............

Tanpa Nama berkata...

mcmn ni arrrrrrrr

Awang Fauzi on Januari 18, 2012 2:04 PTG berkata...

Gusi ku selalu berdarah, nak cuba petua ni kot boleh baik..

oktant on Januari 18, 2012 2:45 PTG berkata...

@ Awang Fauzi: Mudah-mudahan ia mujarab utk Tuan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

sye kalO gOsOk gigi msti de kuar darah,,cmne plax tue

oktant on Januari 18, 2012 5:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau tak silap saya, keluar darah masa gosok gigi tu adalah perkara biasa.

Tetapi, awak boleh merujuk kpd doktor gigi utk kepastian yea.

Tanpa Nama berkata...

kalau pakai braces, and then gusi berdarah sebab pe plak...?? bnyk plak tu, smpai dkt 15 min dlm t0ilet ofis...

oktant on Januari 19, 2012 7:43 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau masalah pakai braces, sy kurang pasti. Maaf ya.

Tanpa Nama berkata...

gusi aku berdarah tahap kronik..time tido,darah meleleh kluar dr mulut..

Tanpa Nama berkata...

gusi sya krap berdarah,adakah pnca myebabkn gigi rengang?

Unknown on Ogos 02, 2012 12:25 PTG berkata...

kan gusi bdarah sbb toksin yg dhasilkan drpd plak. so, kalo lpas kita kumur dgn air 2, plak 2 hilang ke? kalo x hlang mcm mn lak gusi nak benti bdarah sdangkan ia trjd dsebabkan plak2 2?

Tanpa Nama berkata...

gigi brdarah punce mkn tahi

Tanpa Nama berkata...

gosok gigi selalu ok arrr

Tanpa Nama berkata...

sya mngalami mslh plx ketika skolh . tp sdh mndpt rwatn . lpZ tmt prskolhn sy mrokok . sye gosok gigi n jga sprt biasa . tp sejak akhr2 ni sy dpti gusi sye bgkak berdrh ktika brus gigi n ada kesan plax brwna hitm . sy tkut utj bjmpa dktr kerna rwtn ktika skoh mmbt kn sy tringt akn kskitn yg sy llui mse dktr cuci plx . ada x cara yg blh sy rawat sndrii tnpa cucian yg mnyktkn tu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez