Petua Lelaki: 7 Penyebab Zakar Menjadi Tegang

Posted by Unknown at Khamis, Mac 04, 2010
Keadaan zakar yang tegang, pejal dan bertenaga merupakan isyarat utama bagi sang suami sebelum memulakan hubungan dengan si isteri. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan zakar menjadi tegang.


Antaranya adalah;


1. Zakar menjadi tegang disebabkan oleh anda memakan ubat kuat. Ubat kuat biasanya akan membangkitkan gelora nafsu anda.

Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilihnya. Jika tidak, anda mungkin berisiko merana seumur hidup. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor atau pihak yang bertauliah terlebih dahulu ya.


2. Oleh kerana pengaruh hormon. Ianya dikeluarkan oleh buli-buli jantina ke dalam darah dan membuatkan zakar tegang.

Hormon-hormon akan bergerak ke otak, seluruh anggota badan dan tulang belakang. Kemudiannya, zakar akan hidup dan tegang secara tiba-tiba sehinggalah anda berkeinginan untuk melakukan persetubuhan.


3. Akibat kepanasan. Biasanya setelah anda meminum atau memakan dari jenis rempah-ratus seperti lada hitam, kayu manis, bawang dan halia.

Rempah-ratus tersebut akan hancur di dalam darah. Kemudian, ia mempengaruhi otak, sum-sum tulang belakang dan akhirnya selaput pundi kencing. Hal ini juga menyebabkan rasa panas pada selaput lendir.

Rasa panas pada saluran kencing tadi seterusnya membuatkan zakar menjadi tegang.


4. Isi perut kembang.

Makanan seperti keju, telur dan sayur-sayuran apabila dimakan boleh mengembangkan kisaran makanan dan usus.


Gambar Keju
Gambar Keju - breakfastwithspanky.site50.net


Seterusnya, ia boleh mendatangkan ketegangan pada saraf jantina sehinggalah zakar menjadi tegang.


5. Pundi-pundi kencing penuh.

Apabila pundi-pundi kencing ni penuh dan berisi air, zakar akan menjadi tegang. Hal ini biasanya terjadi sewaktu bangun pagi. Malah, kanak-kanak pun turut mengalaminya.


6. Gelora nafsu di dalam otak.

Zakar juga mudah tegang apabila timbulnya gelora nafsu dalam otak. Gelora nafsu ni timbul akibat pengambilan alkohol atau meminum arak.

Namun anda harus ingat bahawa alkohol dan arak memang akan menguatkan nafsu. Tapi kekuatannya sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. Pada akhirnya nanti, kekuatan tenaga batin itu akan lenyap sama sekali.

Malah, arak bukan hanya membunuh syahwat tetapi turut membunuh jiwa dan rohani anda. Huhu...

Lagi satu, menurut kajian yang dijalankan mendapati individu yang meminum arak lebih cepat kehilangan tenaga berbanding mereka yang tidak pernah mengambilnya.


7. Sudah tentu kerana bersentuh anggota jantina.

Ini kerana, bahagian hadapan zakar (kulit kepala zakar) terdiri daripada rangkaian urat halus dan kuat serta terasa geli.

Pada bahagian hujungnya pula terdapat anggota-anggota khas yang dinamakan saraf kelazatan. Saraf kelazatan ini boleh diumpamakan sebagai alat elektrik yang mengeluarkan api bila bersentuhan dengan sesuatu benda.


Begitulah serba sedikit info yang menyebabkan alat kelelakian menjadi tegang. Sebaik-baiknya anda jauhilah arak kerana ianya lebih banyak membawa mudarat daripada memberikan faedah.



Akhir kata, mudah-mudahan perkongsian ini sikit sebanyak meningkatkan pengetahuan serta menambahkan kesedaran terutamanya buat kaum lelaki tentang alat sulit anda.

13 komen on "Petua Lelaki: 7 Penyebab Zakar Menjadi Tegang"

kisahsensasi on Mac 04, 2010 7:23 PTG berkata...

Ubat kuat seks sentiasa menjadi kegilaan orang ramai sekarang....

oktant on Mac 05, 2010 3:29 PTG berkata...

@ kisahsensasi: Huhu... betul tu. Jangan tersilap pilih sudah.

analyzer on Jun 11, 2010 7:41 PTG berkata...

1 lagi sy tambah utk di kongsi bersama.ssembahyang 5 waktu.mandi awal pagi sebaik2 nye di waktu subuh.insyaallah berkesan.solat adelah senaman fizikal dan rohani.lagi 1 cube la setia pada 1 pasangan sahaja yaitu isteri anda.elak dan jauhkan seks luar nikah kerana kesannya amat besar.mudah2 mudahan kita semua dirahmati allah.

oktant on Jun 13, 2010 5:46 PTG berkata...

@ analyzer: Memang tak syak lagi. Itulah yang sebaik-baiknya. Terima kasih atas tips tambahan tu ya. :)

Tanpa Nama berkata...

salam..sy nk brkongsi soalan ttg zakar...tiap kali bgn pagi jrg skali zakar sy ikut bangun..msti lmbik..apabila ingin berasmara dgn isteri zakar sy akn jd keras tp bila trpikir hal lain zakar sy akn trus lmbik wlaupon sdg dimainkn oleh isteri,utk pngetahuan,sy juga jnis cpt klimaks,tp kdg2 lmbat juga,spt tak mnentu,apakah pnyebab pada mslh ni,harap dpt krjasama anda.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

ada petua tk mcm mn nk panjangkan zakar?zakar sy pendek...

oktant on Ogos 05, 2011 4:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam. Bila tumpuan tuan dialihkan ke arah lain, itu yg menyebabkan ia mengendur semula.

Sama ada cepat atau lambat klimaks, tuan perlu mengawal minda. Jika minda dpt dikawal dgn baik, ia akan lambat klimaks.

Untuk penjelasan yg lebih tepat, mgkn tuan boleh berjumpa secara personal dgn pakar sakit tuan yg bertauliah.

Harap membantu.


- Insya-Allah kalau ada lepas raya saya kongsi yea.

oktant on Ogos 05, 2011 4:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Tapi kalau tuan perlukannya dlm kadar segera, boleh rujuk panduan yg disusun dalam Teknik Arab Sudan [<- Klik]

Harap ia membantu tuan.

Piotelly on Januari 13, 2014 4:13 PG berkata...

salam sy seorg gadis naif bertubuh rendah dan chubby..masa dlm kelas, sy ade discussion dgn sorang lect lelaki ni..umor dlm 30 an..scara x sengaja tgn kami bersentuhan....dia malu2 tersipu..masalahnye skrg dia juga kkadg suke sentuh tgn sy atau jari sy..juga suke pandgn tgn sy..memandangkn sy menutup aurat.. pernah dia pandang punggung sy..sy xpernh kawan dgn lelaki bah kn berkapel sb mostly semua xleh caye..so ape pendapat korang? adakah dia bernafsu dan zakar dia boleh tegang masa bersentuhan dgn sy..walaupun itu xsengaja...korang terutmanya lelaki tolong jawab pless..and satu ag..ape yg menaik syahwat lelaki terhadap golongn wanita...sy takot ar dgn kaum lelaki ni..sampai bila2 la sy susah nak dpt jodoh.

Tanpa Nama berkata...

Ko n caby........die xnk punyelar

Zack on Julai 28, 2016 11:16 PG berkata...

Mungkin teman lelaki anda sudah mengeleluarkan lendir(air mazi)
Sebab tu dia malu...pasal terangsang ni..laki cepat terangsang..pegang skit batang dah bangun..sbb tu teman lelaki anda malu..

Unknown on September 30, 2016 12:15 PTG berkata...

Salam,sye umur 22 thun skrng zakar sye kurang tegang seperti dlu lgi.. ape sebabnye..

Tanpa Nama berkata...

mybe sbb smoking kot. sbb ade fakta mngatakn smoking xelok utk zakar..ia xmlancarkn peredaran darah di pmbuluh zakar

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez