2 Kaedah Elak Rambut Gugur

Posted by Encik Oktant at Rabu, Mac 03, 2010
Masalah keguguran rambut selalunya menghantui kebanyakan individu yang agak berusia. Namun, memang tak dinafikan ada juga golongan muda yang mengalami masalah serupa. Jadi, apakata anda yang sedang berhadapan masalah ini mencuba petua elak rambut gugur berikut.

Bahan utama yang anda perlukan ialah daun jeruju putih. Kaedah melaksanakannya pula ada dua. Pertama, dengan cara merebus dan keduanya dengan cara menumbuk halus.

Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius)

Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius) - swampythings.wordpress.com




Kaedah 1 - Merebus


1. Ambil beberapa helai daun jeruju putih dan bersihkan.

2. Rebus daun tersebut hingga mendidih.

3. Kemudian, biarkan air tersebut beberapa minit.

4. Akhir sekali, lumurkan air rebusan tadi ke seluruh kepala. Sambil tu, urutlah kepala anda sekali.

Pastikan juga ia membasahi keseluruhan bahagian rambut anda.


Kaedah 2 - Menumbuk halus


1. Ambil beberapa helai daun jeruju putih.

2. Bersihkannya dulu dan tumbuk sampai halus.

3. Setelah halus, pupuk daun tersebut pada seluruh bahagian kepala anda.

4. Kemudian, biarkannya dalam lingkungan 10 minit.

5. Akhir sekali, cucilah rambut dan kepala anda sampai bersih.


Kedua-dua kaedah ini perlu anda teruskan sehinggalah merasai kesannya. Itu saja. :)


Selamat Mencuba!

9 komen on "2 Kaedah Elak Rambut Gugur"

Tanpa Nama berkata...

hampa aku tak tahu btul pokok ni kbyakan petua kat sini sy nak try t[i masalahnya byk pokok atau tumbhn tu sy lgsung takkenal.... hampanya aku

Tanpa Nama berkata...

selai cara ni,xde ke cara yg lbh senang lagi????
sebab susah nk jmpa ndaun itu di dlm bndar

Tanpa Nama berkata...

adeh ,, mne mau cari daun jnis mcm neyy ? ? ?
cre laen ade takk ?

Tanpa Nama berkata...

nanti tunggu saya wat shampoo na..dah siap nanti nak masuk iklan,pastu kena lah beli,jangan x beli..

Tanpa Nama berkata...

satu petua yg sy naK KASI..GUNE SANTAN SEGAR LETAK KAT RAMBUT SEBAB SNTAN BERMINYAK BAIK TUK RAMBUT...FASHA SANDHA PON GUNE KAEDAH NEY...CUBE TANYER KAY DY KALO BERANI...NTY DY MESTI GTAU

oktant on Januari 18, 2011 10:57 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas petua awak.

p.s: Santan pun mmg bagus utk rambut. :D

Tanpa Nama berkata...

..hahaha.. santan letak kat rambut.. msti rmbt jd hlus dn sdp.. cm msk gulai.. :) just kidding..

Tanpa Nama berkata...

x faham lah.. yg mana satu betul ni

oktant on Februari 23, 2012 5:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh saya tahu, bahagian mana yg awak tak faham?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez