Ulam raja atau Cosmos Caudatus agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Biasanya ia dijadikan baik sebagai pembuka mahupun penambah selera. Namun, fungsinya tak terbatas setakat itu saja.
Khasiat lain ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung.
Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar. :)
Ulam Raja (Cosmos Caudatus) - photoblog.com
Ermmm... tapi, apa kaitannya pula dengan awet muda?
Begini, bila badan dah segar; kulit anda tentunya akan sihat dan tegang. Jadi, ketegangan kulit inilah yang menampakkan anda awet muda. Tak gitu? :)
Untuk itu, jika anda ingin kekal awet muda, ikutilah petua berikut;
1. Amalkan memakan ulam raja setiap hari.
2. Anda boleh memakannya secara mentah, dicelur dan kemudian cecah dengan sambal belacan, campurkan dalam masakan tertentu ataupun dibuat kerabu.
3. Namun begitu, pastikan anda memakannya kurang daripada secekak setiap hari. Ambillah ia secara sederhana saja ya.
3 komen on "Petua Awet Muda dengan Ulam Raja"
npe kurang drpd secekak je? ada side effects ke kalau amik lebih?
Yela, sy selalu makan lebih drpd secekak?patutlah x muda. hehehe
@ Tanpa Nama:
- Saya kurang pasti apa sebab sebenarnya. Sebab biasanya, pengamal perubatan menasihatkan sebegitu.
Sama juga situasinya jika kita makan ubat. Mesti ada aturannya, kan? Contohnya macam sukatan yang perlu dimakan dalam sehari.
- Kalau lebih sikit rasanya tiada masalah. Cuba lepas ni, kurangkan pengambilannya kurang daripada secekak.
Pun begitu, amalan makan ulam ni biasanya tak menampakkan kesan dalam masa yang singkat. Kebanyakannya amalkan daripada usia muda sehinggalah ke usia emas.
Selain pemakanan, gaya hidup pun turut memainkan peranan. :)
Catat Ulasan