4 Khasiat Pucuk Betik

Posted by Unknown at Jumaat, Februari 12, 2010
Sebelum ini, saya pernah menyatakan yang buah betik mampu menghancurkan lemak pada tubuh jika anda memakannya setiap hari. Jika anda sudah terlupa, boleh rujuk semula di SINI. Untuk makluman anda, amalan memakan buah betik juga dapat mengekalkan kehalusan kulit serta membantu wajah anda sentiasa kelihatan awet muda.


buah betik



Baiklah, itu cerita mengenai buah betik. Kini, saya nak beralih kepada pucuk betik pula. Khasiat pucuk betik pun tak kurang hebatnya. Ia dikatakan mampu;

- Mengatasi sakit migrain.

- Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

- Menurunkan tekanan darah tinggi.

- Melangsingkan badan.



Terdapat 2 cara untuk anda memanfaatkan khasiat pucuk betik:


1. Memakan pucuk betik atau daunnya yang masih muda yang telah direbus.


ATAUPUN


2. Anda minum air rebusan pucuk betik dan daun muda tadi sebanyak 1 atau 2 gelas sehari.


Namun begitu, memang diakui yang daun betik ni rasanya agak pahit. Tapi saya harap anda dapat menahan kepahitannya jika benar-benar mahu menikmati khasiatnya.


Moga anda dapat memanfaatkan pucuk betik sebaik mungkin yea!


p.s: Oh, ya. Sebelum telupa, saya pernah menulis tentang cara menghilangkan rasa pahit daun betik. Anda boleh rujuk semula di SINI.

7 komen on "4 Khasiat Pucuk Betik"

ZUARDI ZAIN on Februari 21, 2010 8:00 PG berkata...

Assalamu 'Alaikum.W.W.Kami sangat berterima kasih kepada petua sejagat yang setia mengirim e-mail kepada kami tentang berbagai manfaat yang sungguh berguna bagi kami sekeluarga untuk hidu sihat semoga petua sejagat terus berjaya.Wassalam

oktant on Februari 23, 2010 9:59 PTG berkata...

Waalaikumussalam Tuan Zuardi.

Terima kasih kembali di atas segala-galanya ya.
Mudah-mudahan Tuan Zuardi juga terus berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Ape ape ulam memang bagus untuk kesihatan sebab makan begitu saje ,tak perlu dimasak (yang menyebabkan ape2 sayur pun akan hilang khasiat sebenar)secare tidak langsung menyumbang kepade diet yang sihat iaitu kurang lemak( x yah masak letak minyak/santan & masak tak yah garam )jadi sebab tu dikatakan boleh kurangkan risiko kencing manis ,kurang kolesterol dan darah tinggi.

oktant on Mac 09, 2010 11:44 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Betul tu. Saya setuju dgn awak. :)

akumann2803 on September 23, 2012 5:11 PTG berkata...

Tq

oktant on September 24, 2012 5:52 PTG berkata...

@ ummiaiman: Terima kasih. :)

Yahya Zainal Abidin on Jun 23, 2017 9:55 PTG berkata...

Saya suka makan ulam pucuk betik celur.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez