7 Khasiat Daun Kaduk Untuk Anda

Posted by Unknown at Sabtu, Februari 06, 2010
Pokok kaduk (Piper Sarmentosum) lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Mungkin juga ada di antara anda tahu sebenarnya pokok kaduk ni fungsinya bukan setakat hiasan semata-mata. Lebih-lebih lagi daunnya, kan?

Pokok Kaduk



Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masak lemak, khasiat lain yang boleh anda manfaatkan terhadapnya adalah merawat;

- sembelit

- sakit gigi

- demam malaria

- lemah dan sakit dalam tulang



Langkah-langkah merawatnya:

1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.

2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.

3. Rebuslah pokok kaduk sehingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.

5. Tuangkan air rebusan yang telah suam ke dalam gelas dan minumlah perlahan-lahan.


Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau pun boleh dirawati. Cuma caranya yang berbeza sikit. Sebab kali ini anda hanya perlukan daun kaduk saja. Langkah-langkah untuk 3 masalah yang terkemudian ni akan saya nyatakan satu-persatu di bawah.


Cacing Dalam Perut

1. Ambil beberapa helai daun kaduk yang masih segar.

Daun Kaduk



2. Ramas-ramaskan daun tersebut.

3. Kemudian, campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan kira-kira sebaldi air.

4. Akhir sekali, siramkan air tersebut ke seluruh badan anda.


Batuk

1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.

2. Kisar daun kaduk tadi hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.

3. Akhir sekali, sapukanlah pada bahagian leher anda.


Panau

1. Ambil beberapa helai daun kaduk.

2. Tumbukkan ia sampai lumat.

3. Kemudian, sapukanlah pada kawasan tubuh badan anda yang mengalami panau.


Selamat Mencuba!


Imej: toptropicals.com

p.s: Sila klik imej jika mahukan paparan yang lebih jelas.

15 komen on "7 Khasiat Daun Kaduk Untuk Anda"

Tanpa Nama berkata...

ee...tak kenal la daun kaduk tpi tgok kat sni mcm daun sireh je spesis daun sireh ke?

Tanpa Nama berkata...

ya, rupa daun kaduk seakan2 daun sireh..

Tanpa Nama berkata...

sng je nk knal kaduk naik junjung ni...daun kaduk xliat..tapi daun sirih agk tebal dn liat sdikit...

Tanpa Nama berkata...

nk tnye bleyh x??daun kaduk pown bleyh kuruskan bdan jgk kew??

oktant on Disember 23, 2010 1:00 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya kurang pasti. Maaf ya.

Tanpa Nama berkata...

pe jadi pada cacing perut kalu kita ikut petua tersebut ya? http//www.acaiviehebat.com

akmal on Februari 16, 2012 4:30 PTG berkata...

Oh ya, saya nak tanya. Apakah sama di antara beruas dengan bebuas?

oktant on Februari 16, 2012 6:28 PTG berkata...

@ akmal: Kalau tak silap saya, ia tumbuhan yg berbeza.

Tanpa Nama berkata...

oooooo..ulam kegemaran saya.....eeeee sedap

oktant on April 21, 2012 11:19 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Baguslah kalau macam tu. :)

Tanpa Nama berkata...

SAYA NK TNYA SKIT..KNP DAUN KADUK INI BERBAU BUSUK JIKA DIREBUS...

Tanpa Nama berkata...

boleh x daun kaduk hilangkn ketagihan minum ketum?

oktant on Ogos 02, 2012 8:05 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaf ya. Saya kurang pasti mengenainya.

Nutrisi Harian Anda on Mei 11, 2013 9:39 PTG berkata...

Adakah daun ni dapat mngubati pnyakit kencing manis????

Tanpa Nama berkata...

kat belakang rumah saya memang banyak pokok kaduk ini, kalau sesiapa yang mahu boleh ambil

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez