Anda Ada Penyakit Buah Pinggang?

Posted by Unknown at Rabu, Februari 03, 2010
Khusus buat anda yang ada penyakit buah pinggang, saya nak kongsi dua kaedah mengubatinya. Pertama, dengan menggunakan daun misai kucing. Keduanya ialah menggunakan daun pegaga.

Cara-caranya akan saya nyatakan sebentar lagi. Sebelum itu, saya sertakan dulu imej pokok misai kucing untuk rujukan anda (Sila klik kat gambar untuk paparan yang lebih jelas). Nama saintifik misai kucing ni pula adalah Orthosiphon Stamineus.

Pokok Misai Kucing - SmALl CloUd ...@Flickr



Kaedah Pertama

1. Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.

2. Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkannya suam.

4. Kemudian, anda minumlah air rebusan daun misai kucing ni 2 kali sehari.

5. Amalkannya setiap hari selama seminggu.


Kaedah Kedua

1. Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.

Daun pegaga



2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, anda tumbuk daun pegaga tadi dan perahkan airnya.

4. Perahkanlah air pegaga tu ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tapi anda hanya perlukan bahagian putih telur.

5. Kemudian, kacaukan campuran tersebut dan minumlah sekali sehari.

6. Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.


Selamat Mencuba!

65 komen on "Anda Ada Penyakit Buah Pinggang?"

salsabila on Februari 14, 2010 4:24 PTG berkata...

ada yang dah pernah try ke petua ni?
ok tak?

Tanpa Nama berkata...

sure ke bkesan..?? tp insyallah la sy akn cbe..

gadis lawas berkata...

susah lah nak cari pokok misai kucing tu........saye ade kucing,nak makai misai die,tp takut plak saye klau die tak de misai nanti..kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

hihihihi~ klakar la awak ni, gadis lawas..tp setahu sy, putih telur itik sgt tggi protein..kalo yg mengidap buah pinggang utk mkn telur itik, sy x brape syorkn..coz nnti muke jd bengkak..urin jd berbuih..boleh ganti putih telur itik tu dgn habbatus sauda..lg mujarab..insyaAllah cpt sembuh..

Tanpa Nama berkata...

ape2 hal pun kte kne cube..smue pnyakit ade ubatnye kcuali mati..insyaallah mnjadi klu kte yakin..

Tanpa Nama berkata...

jgn nk wt lawak bodoh la gadis lawas..klu dh kne kt salah sorg ahli keluarga awk sndri bru tau..mse tu bru la mengelupor cari cara merawat pnyakit tu..

Tanpa Nama berkata...

gadis lawas ni salah tempat untuk melawak...

Tanpa Nama berkata...

yela....gadis lawas ni... salah tmpat org yg ada d sini... btul2 nak cari penawar..

Tanpa Nama berkata...

assalamuailaikum, sy nak tanye minum ni hanya perlu amalkan selama seminggu ke?

Tanpa Nama berkata...

skarang dah tk yah susah2 nk carik daaun misai kucing skarang dah ada yg di paketkan,buat mcm air teh.

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya gadis lawas, ptuihh!

Tanpa Nama berkata...

teh jenama aper tu??

Tanpa Nama berkata...

Hanya telur putih, bukan telur merah dapat kurangkan protin ..itu yg di syorkan, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

nk tny kalau yg dh endstage bleh lg ker petua nie..?

oktant on Julai 12, 2011 1:52 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaf saudara/i. Saya kurang pasti sama ada ia sesuai atau sebaliknya utk endstage.

Tanpa Nama berkata...

petua ny tol ka mujarab

Tanpa Nama berkata...

kalo makn jea pegaga tuhh bole kea n taya cmpor gn telor tuhh.. bkesan kea??

nang berkata...

kaedah lain ada kah selain cara tu???

wanbrahim on Mac 31, 2012 6:28 PTG berkata...

saya nak berkongsi pengalaman. Dalam seminggu, saya makan ulam pegaga cicahs ambal kelapa buat sendiri, ulam daun raja, ulam daun kaduk, ulam daun selum dan ulam mentimun... TAMBAH IKAN SODAP. jaga2, ikan masin tersangat masin bahayakan buah pinggang. CARA BUANG MASIN, 1) Basuh bersih ikan masin. 2)rendamkan ikan masin ke dalam air basuhan beras selama mana yang kita suka. Secepat2nya 3 jam. Lepas tu, simpan atau boleh terus goreng. Gerenti, ikan masin tawar namun tak kurangkan kelazatannya. INSYA ALLAH membantu menjaga buah pinggang. PERLU DIINGAT, SUATU seorang pekerja farmasi bagi tahu saya supaya jangan kerap sangat makan daun misai kucing. Konon ada kesan ke kidney. Sekarang sy kurangkan makan daun misai kucing namun tetap on.. silahkan ikut petua saya ini... semoga anda sihat semua.

oktant on April 02, 2012 12:48 PG berkata...

@ wanbrahim: Terima kasih tak terhingga di atas perkongsian tuan.

Tanpa Nama berkata...

saya sakit pinggang, dan hilang selera makan. Itupun tanda2 sakit buah pinggang ke?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
ayah saya disahkan menghidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis untuk menyahtoksin dalam darahnya. Namun buah pinggangnya belum rosak sepenuhnya, adakah jika mengambil ubat misai kucing ini dapat membantu? terima kasih....

nur berkata...

salam...sy nk kongsi tentang tips ksihatan ni..skarang ayh sy sdang alami skit buah pggang..dah level ke 4,tp xda ubt cara untuk melegakan..almaklumlaaa...seblum ni xtahu ayh sy ada buah pggang,mmg faktor pnyabab buah pggang dtg dri BP tggi,diabetes,radang buah pggang,then klu thap protein trlalu tggi blh mnyebabkan metabolisma ayh sy terencat...so nk kongsi la pndapat cik...tq=)

Tanpa Nama berkata...

Ada x sapa2 pesakit buah pinggang yg berjaya sembuh drpd penyakit ni?....

phine berkata...

sye jgaq nk kngsi jga,,,keksh sye ada pnykitbuah pinggang...sye nk sngt dia smbuh..sye xsnggp tngok dia mrna skit...sye rsa mcm trut skit...sye nk cba ptua tu tp...btul ke dpt mmbntu...

orang lupus berkata...

Saya adalah pesakit radang buah pinggang..Lupus Nefritis (LN)stage 3>5..(CKD)..Misai Kucing adalah salah satu herbal yang tak boleh dikonsumi oleh pesakit buah pinggang ..risalah ini saya terbaca dipapan notis di klinik Nefro PPUKM. Dalam soal ini kita kena berhati-hati..sebab kita tak boleh mengkonsumi herbal ini kerana buah pinggang kita dah tak mampu berfungsi dgn baik atau disebaliknya..Sekian

oktant on Jun 09, 2012 6:13 PTG berkata...

@ orang lupus: Terima kasih di atas perkongsian tuan.


Begitu juga kepada rakan-rakan lain yang bertanya. Terima kasih saya ucapkan.

Sekiranya was-was dengan mencuba petua di atas, berjumpalah dengan doktor utk mendapatkan rawatan & pemeriksaan lanjut.

Harap maklum.

Midon74 on Jun 24, 2012 1:38 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Midon74 on Jun 24, 2012 1:42 PTG berkata...

Salam, saya nak berkongsi pengalaman. Beberapa bulan lepas saya mengidap sakit perut hingga ke pinggang belakang, rasa mual dan sukar untuk membuang air besar. Apabila dibuat pemeriksaan rupanya terdapat batu karang di buah pinggang saya. Atas nasihat kengkawan saya cuba amal minum air yang banyak sekurangnya 3liter sehari. kebetulan pulak tempat kerja terdapat Diamond Spring Water System. Alhamdulliah selepas sebulan batu tersebut telah hilang. Semoga pengalaman dan petua ini boleh memebantu anda. Elakkan air kencing anda berwarna kuning. Minum Habatus sauda juga boleh menyihatkan badan anda.

oktant on Jun 25, 2012 11:01 PTG berkata...

@ Midon74: Waalaikumussalam wbt.

Terima kasih di atas perkongsian tuan.

Tanpa Nama berkata...

salam ,saya pesakit sle dan drh tnggi.sy mendpt thu sakit ini semasa mngndungkn ank yg pertma.skit ini jga serng buah pinggan saya myebabkn air kencing sya kotor dan berbuih,Saya amt risau ttng kesihtn saya,dan tkut pkra yg teruk blku pd saya ank saya msih kecil..dgn petua ini sya akn cuba demi ank sya.

oktant on Ogos 17, 2012 9:18 PG berkata...

Waalaikumussalam wbt. Saya doakan awak lekas sembuh drpd sebarang penyakit sedia ada. Amin.

Tanpa Nama berkata...

sye prskit buah pnggang,cara trbaek mkan ubat dan krangkn air mnuman dan ikot nsihat doktor...prbagai cra tlah sye gnakn nmun tdak brksan.ina lah cra trbaek untuk mneruskn khidupan insan mcm kita!tpi sye akn mncri pnawar slagi hayat dikandumg bdan.jka ad insan yg tlah smbuh hebahkn pnawar itu kpada dunia.krana hanya mutu mngenal manikam...trimalah tkdir ilahi wasalam.

oktant on Ogos 27, 2012 11:24 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya amat bersimpati dengan awak. Apa yg termampu saya lakukan ialah mendoakan agar tahap kesihatan awak bertambah baik dari semasa ke semasa.

Terima kasih juga di atas perkongsian di atas.

Tanpa Nama berkata...

Sy pernah mngalami penyakit buah pinggang ktika berumur 10thn,skrg sy berumur 26thn .sy amalkn minum air lobak putih kna bland.dn bnyk kn mnum air putih..insyaallah bole sembuh.

oktant on September 05, 2012 5:31 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian. Saya doakan moga awak terus sihat walafiat.

Faiz berkata...

http://buahpinggang122.50megs.com/about.html

Saya ada terbaca satu artikel mengenai rawatan pesakit buah pinggang yang berjaya.. cuba la tgk.. Semoga setiap dari kita diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik

oktant on September 30, 2012 7:57 PTG berkata...

@ Faiz: Cuba tuan semak semula website tersebut. Pc saya detect ada trojan. Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi pengalaman. Sy pernah alami sakit ini pada tahap 4. Sy amalkan minum air rebusan barli cina(boleh dibeli d kedai sinseh cina) dan gamat healin hijau. --bergantung pada kesesuian badan sesorng. Sy hanya berkongsi.

oktant on Oktober 07, 2012 2:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih di atas perkongsian pengalaman awak. Ia sesuatu yang amat berharga.

Saya sentiasa mengalu-alukan perkongsian yang bermanfaat. Sudah tentu ia dapat menambah nilai hidup rakan-rakan kita yang lain.

Terima kasih sekali lagi. :)

DYSHA love on November 20, 2012 2:52 PTG berkata...

saya prnah dbritahu oleh nurse bhwa air kncing ada darah tp Dr ckp xde apa2..sy rsau dan akan cb amalkn ptua ni

oktant on November 24, 2012 1:34 PG berkata...

@ DYSHA love: Terima kasih atas makluman. Moga awak semakin sihat selepas mengamalkan petua ini.

Tanpa Nama berkata...

daun pegaga buat ulam terus tak boleh ke

Unknown on Disember 29, 2012 4:28 PTG berkata...

Sy pesakit buah pinggang.skrg jalani rawatan dialisis 3x seminggu.nak sgt cari penawar..kalau ada yg dpt tu hebah2knla...

Unknown on Disember 29, 2012 4:28 PTG berkata...

Sy pesakit buah pinggang.skrg jalani rawatan dialisis 3x seminggu.nak sgt cari penawar..kalau ada yg dpt tu hebah2knla...

oktant on Disember 30, 2012 1:29 PTG berkata...

@ rafiisa Isa: InsyaAllah tuan. Saya doakan moga ada rakan yang sudi kongsikan penawarnya di sini.

InsyaAllah jikalau ada petua lain tentang penyakit buah pinggang, saya akan siarkan di blog ini.

Saya doakan keadaan buah pinggang tuan Rafiisa kembali pulih sepenuhnya. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Assalam..just nk kongsi abah sy sakit b.pinggang juga dh bertahan 5thn..doc suruh buat dialisis but abh taknak coz takde tanda means takde bengkak n kuning...now doc ckp keratin de improved kit..abh pantang mkn garam n segala makanan yg ade kat carta kat spital tu yg patut dielak..now guna minyak zaitun n amalkan habatussauda n makanan sunnah yg lain..insyaallah kita usaha..tiap penyakit ada penawar...doctor hanye nasihat base on computer result..kite yg control ape yg kite mkn..insyaallah...

oktant on Januari 19, 2013 8:49 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Walaikumussalam wbt.

Terima kasih banyak di atas perkongsian awak. Moga ia membantu rakan-rakan kita terutamanya yang sedang berusaha menyembuhkan penyakit buah pinggang.

Unknown on Januari 19, 2013 10:46 PTG berkata...

Assalamualaikum, saya nmpk kesungguhan ramai org yg menghidapi penyakit, utk sembuh. selamat mencuba petua yg diberikan. tetapi, sekiranya anda xmempunyai masa untuk mencari/ sediakn bahan ramuan, mungkin anda boleh mencuba produk makanan kesihatan- nutrisi selular, yg menyingkirkan sel2 rosak serta menggantikan dgn sel baru yg lebih sihat. hasilnya, organ anda bebas penyakit. Ramai yg telah mengamalkan produk antarabangsa ini, terjamin halal & selamat krna telah berada di pasaran dunia melebihi 30 tahun.

Terhasil daripada gabungan herba cina & teknologi barat. utk keterangan lanjut, hubungi saya @ layari jomsihatseisikeluarga.blogspot

Tanpa Nama berkata...

In shaa Allah akan ada penawarnya..harap encik akan sembuh..amın

oktant on Februari 04, 2013 7:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Tanpa Nama berkata...

salam, sy pn nk berkongsi pengalaman saya..saya pn ada skit buah pinggang..sy dpt semasa mengandung ank no 2..sehingga skrg dh 7thn..skrg nie doc mcm nk sruh cuci buah pinggang sb keratine acid tinggi dlm buah pinggang.sekiranya ada petua yg blh menyelamatkan saya dari dicuci harap2 alhamdullilah ler sekiranya ada petua2 yg dapat membantu..

Unknown on Mei 09, 2013 5:12 PTG berkata...

saya pun harap sangat sape yang ada pengalaman dah sembuh sakit buah pinggangnya..saya sepatutnya kena dialisis kaedah CAPD bulan depan..takut sangat sebenarnya..

Unknown on Mei 09, 2013 5:13 PTG berkata...

saya pun harap sangat sape yang ada pengalaman dah sembuh sakit buah pinggangnya..saya sepatutnya kena dialisis kaedah CAPD bulan depan..takut sangat sebenarnya..

oktant on Mei 10, 2013 11:09 PG berkata...

@ Tanpa Nama & Norzaini Rahman: Waalaikumussalam wbt.

Mudah-mudahan ada yang sudi kongsi pengalaman mereka di ruangan ini.

Pun begitu, saya doakan segala urusan anda dipermudahkan-Nya. Aamin.

Tanpa Nama berkata...

Pinggang Bagian Atas Saya terasa sakit dan nyeri bila tertekan,kaedah diatas akan saya cuba,terima Kasih arahanya..

Tanpa Nama berkata...

Pinggang Bagian Atas Saya terasa sakit dan nyeri bila tertekan,kaedah diatas akan saya cuba,terima Kasih arahanya..

oktant on Mei 10, 2013 3:39 PTG berkata...

@ PRIYADI ADADIMANA: Iya, sama-sama. Silakan mencuba dan moga berjaya ya.

Tanpa Nama berkata...

sy setuju tu. Jg mkn... buah pinggang sy rsk sbb SLE tp skrg
x perlu dialisis sbb SLE sy dh x aktif. sy sempat rasa dialis ada la dlm 3 bln. dlm ms tu mcm2 dr suggest nk buat cr cuci drh atau CAPD tp kuasa Allahkn sy hya perlu pil yg drbekalkn dn sentiasa jg kandungan protein dlm setiap mknn yg d ambil tp d ms akn dtg wallahualam

oktant on Mei 15, 2013 3:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak. Saya doakan awak terus dikurniakan tahap kesihatan yang terbaik. Aamin.

Unknown on Februari 17, 2014 2:07 PG berkata...

Salam semua,kpd mereka yg inginkan penawar bg sakit buah pggng, disini insyallah saya akan kongsikan bersama anda semua, Pertama:tanda2 sakit buah pggng, kencing berkurangan, berbuih krn protein dlm kencing,gatal2 tubuh badan, bgkak kaki,sakit badan, sakit terutama dibwh tulang rusuk, dan lesu.

Kedua:Elak gunakan herba2 terutamanya akar kayu spt tgkt ali dll.spt misai kucing bole digunakan secara minima, iaitu berselang hari, rebus spt teh dan minum sedikit 1 cawan. ianya utk menstabilkan gula, hipertensi, dan sbg antioksidan, tapi tak disyorkan utk jangka masa panjang.bg pesakit yg tahap 4-5 tak disyorkan mengguna herba.

Ketiga:Spt karang dan kencing kotor, boleh guna buah tembikai dimakan sebegitu tp kuantiti yg agak byk,atau sengkuang cina/ water chestnut, direbus dan diminum airnya, atau lobak putih rebus dan minum.

Keempat: ad satu lagi terapi yg bole digunakan dan amat disyorkan sekali iaitu menggunakan terapi elektrostatik yg di sediakan di pusat perubatan Al Jabbar, ia dapat membantu membuang toksik dlm darah tetapi dlm jgkamasa tertentu, baik utk hipertensi,diabetes,stroke dan lain2.

Saya pernah menggunakan terapi tersebut selama 2 tahun dan masih menggunakannya lagi, skrg, BP saya normal dan stabil, blood sugar saya terkawal, bgkak kaki pun jauh telah pulih, buah pinggang juga stabil,saya juga pernah kena minor stroke, dan skrg telah pulih dan keadaan tubuh saya juga balance dan kekuatan pulih dan tanpa sbarang kecacatan anggota atau lumpuh, cuma sedikit nerve damage yg semakin pulih dan sihat.

Insyallah cuba lah saya syorkan terapi tersebut, dan anda akan dapat melihat sendiri kesannya and jua akan diperkenalkan dgn produk2 yg lebih baik dan berkesan, dan didalam bajet anda.

Sekian, semuga berjaya dan cepat sembuh!! Amin!!

oktant on Februari 18, 2014 12:46 PTG berkata...

@ MrRazie08: Terima kasih atas perkongsian tuan. Moga ia bermanfaat buat semua yang memerlukan. :)

Hitamputih kehidupan on Mac 14, 2016 2:22 PTG berkata...

Anak saya pernah kena buah pinggang bocor. Badan jadi bengkak dan air kencing ada darah. Saya dapat petua dari internet, makan tumbung nyiur(kelapa). setiap hari selama 14 hari. saya amalkan selama 7 hari.. alhamdulillah tiada lagi masalaha buah pinggang.. tapi masih lagi saya amalkan minum air kelapa dan jarang-jarang bai makan buah tumbung kelapa. Cuba lah.. insyallah

oktant on Mac 19, 2016 12:39 PTG berkata...

@ ummi soefya: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian puan.

Moga puan sekeluarga terus dikurniakan nikmat kesihatan. Amiin.

Man on April 19, 2016 4:04 PTG berkata...

Mak aku sakit teruk kerana buah pinggang rosak...camna...deritanya aku hanya allah yg tahu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez