Daun Setawar Ubat Demam Panas?

Posted by Unknown at Rabu, Februari 10, 2010
Adakah anda sedang tercari-cari petua mengatasi gejala demam panas? Kalau ya, apa kata anda cuba kaedah tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun setawar. Selain pokoknya yang sering dijadikan hiasan, daunnya memang diakui boleh mengurangkan rasa panas badan.

Daun Setawar - filipinoherbshealingwonders.filipinovegetarianrecipe.com



Cara-caranya:


1. Anda dapatkan beberapa helai daun setawar yang masih segar.

Daun Setawar 2 - Jeremy-G @ flickr.com



2. Seterusnya, ramaskan kesemua daun tersebut.

3. Lepas tu, ambil pula sehelai tuala bersih dan basahkannya dengan air bersih.

4. Kemudian, anda letakkanlah daun setawar yang telah diramas tadi ke atas tuala basah tadi.

5. Akhir sekali, letakkan pula tuala tersebut di kepala anda sehinggalah rasa panas badan tu berkurangan.

Anda juga boleh mengulangi proses di atas sehinggalah ia benar-benar reda. Semoga ubat tradisional ni mampu menyembuhkan demam panas anda ya.


Selamat Mencuba!

2 komen on "Daun Setawar Ubat Demam Panas?"

MalaysianPharma.com on September 01, 2011 6:45 PTG berkata...

Untuk bertanya mengenai ubat dan apa sahaja mengenai ubat dan menyakit boleh la melawati website ini. Ahli farmasi sedia membantu anda

oktant on September 04, 2011 5:40 PTG berkata...

@ MalaysianPharma.com: Terima kasih kerana sudi singgah ke sini yea. ;)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez