Tongkat Ali atau nama saintifiknya "Eurycoma Longifolia" acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.
Pokok Tongkat Ali - Wikipedia.org
Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;
i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.
ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!
Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:
1. Ambil akar tongkat ali.
2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.
3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.
4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.
5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.
6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.
Proses penapisan ini bertujuan mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya. Ini kerana serbuk tersebut memang tak sesuai untuk diminum.
Sebabnya, serbuk tersebut sifatnya tak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap dalam buah pinggang anda.
7. Setelah menapis air tersebut, barulah anda boleh meminumnya secara perlahan-lahan.
Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya tegaskan yang petua ini hanya patut anda amalkan sekiranya perlu saja. Iaitu sewaktu anda melakukan aktiviti lasak atau kerja-kerja berat. Ingat ya!
Selamat Mencuba!
0 komen on "Khasiat Sebenar Si Tongkat Ali"
Catat Ulasan