Tips Menjaga Suara Anda

Posted by Unknown at Ahad, Oktober 18, 2009
Salah satu aset berharga anda ialah suara. Suara membolehkan anda berkomunikasi dengan pasangan, rakan taulan atau sesiapa saja. Melalui suara jugalah anda boleh terpikat atau terpesona pada seseorang, kan? Jadi, memang tak rugilah kalau anda berusaha menjaga suara dari sekarang.


Terdapat satu tips berkenaan menjaga suara yang ingin saya tampilkan untuk anda. Caranya adalah;


1. Ambil sebiji limau nipis dalah belah 2 atau 4 supaya ia lebih mudah untuk diperah.

2. Perahkan limau nipis tadi ke dalam sebiji gelas yang berisi air masak.

3. Seelok-eloknya air masak tu biarlah yang masih panas atau suam.

4. Lepas tu, campurkan sedikit gula batu dan kacau sampai larut.

gambar gula batu
Gambar gula batu


5. Minumlah air tersebut setiap pagi sebelum anda gosok gigi atau makan apa-apa makanan.


Amalkan tips menjaga suara di atas secara konsisten. Berikan diri anda sedikit masa untuk merasai kesannya serta usahlah cepat berputus asa.



Selamat Mencuba!


p.s: Tak lama dulu, saya pernah menyiarkan tips yang lebih kurang sama melalui artikel bertajuk "Petua dan Tips Agar Suara Merdu".

39 komen on "Tips Menjaga Suara Anda"

Motivasi Kerja on Oktober 29, 2009 1:58 PTG berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih tip suara ni sebab saya amat memerlukannya. Bukan kerana nak jadi penyanyi. Tapi kerja saya banyak berdepan dengan orang ramai. Menjadi speaker banyak bercakap dan berceramah. Tapi nasib baik ada petua ni.

oktant on Oktober 29, 2009 3:44 PTG berkata...

Waalaikumussalam. Sama2. Harap petua di atas benar-benar dapat membantu enta.

Tanpa Nama berkata...

Salam..ada tak tips bikin suara jadi serak2 basah?

oktant on November 19, 2009 5:43 PTG berkata...

W'salam. Buat masa ni takde la. Tapi kalo ade nanti, saya pasti akan kongsikannya ngan awak di blog ni, okay. :)

Tanpa Nama berkata...

saya nk tanya ckit... kalau nk baiki semula suara boleh tak?
contoh:saya selalu menjerit... so, suara saya jadi serak... / saya batuk terlalu kerap... so,otot pernafasan dan pita suara saya luka n suara saya jadi serak...
boleh tak kalau saya nak mendapatkan suara merdu or 'membaiki' suara saya??

Tanpa Nama berkata...

suara saya terlalu garau...
bolehkah saya mengunakan tips ini???

oktant on Jun 08, 2010 3:57 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya nasihatkan awak cuba saja dulu petua di atas. :)

Tanpa Nama berkata...

walaupon sy ni budak lagi boleh ker

oktant on Jun 15, 2010 3:45 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh dik. Amalkan sejak dari muda remaja, itulah yang sebaiknya. :D

Tanpa Nama berkata...

boleh mintak nmbr fon x???

oktant on Julai 14, 2010 11:54 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaflah ya.

Tanpa Nama berkata...

apakah masalahnya sekiranya setiap kali menyanyi terasa sesuatu di kerongkong seperti menyekat suara keluar dan adakalanya sukar untuk tetap pada not suara... dan kadangkala pula terasa bila not tinggi terasa sempit untuk mengeluarkan suara?.. tolong bagi tips ya

Tanpa Nama berkata...

b agai mana dengan asam jawa....
ia blh mmbantu menjaga suara jgk ke?

oktant on Januari 24, 2011 1:27 PG berkata...

Tanpa Nama:

- Maaf ya, saya kurang arif berkaitan dgn permasalahan awak.

Tapi, mungkin awak boleh dapatkan tips di SINI. :D

- Betul, minuma ir asam jawa pun salah satu cara untuk menjaga suara. Buatlah air asam jawa sendiri di rumah. Itu lebih baik berbanding yang dibeli di kedai.

Tanpa Nama berkata...

Ass ...
Terimakasih atas saran anda,
insyaallah mulai esok hari,saya akan mencoba tips dari anda!!
Wass ...

Ex:Sandi Insani

oktant on Mac 29, 2011 5:55 PTG berkata...

@ Sandi Insani: Waalaikumussalam. Sama-sama. Silakan mencoba ya. Saya doakan ia berhasil buat kamu.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana bagi tips mcm ni . mcm bagus je . nak try , hee

oktant on Ogos 26, 2011 6:07 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Silakan. Apa yang lebih penting ia perlu diamalkan yea. ;)

Tanpa Nama berkata...

ni just utk jaga suara je ke?? atau lama2 diamalkn, nanti suara kita jd lbih sedap?

Tanpa Nama berkata...

buduh kmu suma... karut!!!!
paluiiii
kalaw suara bida,,bida la tooooo!!!!!!!!
dupankkk

oktant on Oktober 27, 2011 5:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: InsyaAllah boleh digunakan utk kedua-dua tujuan.

Selain itu, utk menyedapkan suara perlulah diikuti dgn latihan-latihan lain.

Tanpa Nama berkata...

adakah orang berbadan besar ja...boleh mendapat nafas yg pnjang..???

oktant on Mac 17, 2012 5:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Tak semestinya.

sagittarius girl on Mac 19, 2012 8:52 PTG berkata...

selain gula batu..bley gna gula lain x?

oktant on Mac 23, 2012 11:38 PG berkata...

@ sagittarius girl: Sebaik-baiknya guna gula batu. :)

Jan (Sweet Demension) on Mac 31, 2012 12:13 PTG berkata...

salam,saya jan dari(sweet demension)melaka,hndak brtnya mngapakah bila sy melpskn suara yg brlbhan dan bila saya melontar suara trlalu kuat mnyebabkan badan dan otot2 mnjdi lemah??

fb.nukuto00000@yahoo.com

Doraidris on Mei 26, 2012 10:41 PTG berkata...

guna gulaa halus boleh :)

oktant on Mei 28, 2012 10:29 PTG berkata...

@ Jan (Sweet Demension): Waalaikumussalam Jan.

Maaf ya, saya kurang pasti dgn masalah yg Jan hadapi.

@ LoOlA iDoRa: Biasanya orang guna gula batu.

Tanpa Nama berkata...

assalam..kena minum sebelum gosok gigi?? bukankah air liur basi itu najis??

oktant on Jun 08, 2012 9:28 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Mengikut pandangan sebahagian ulama, air liur basi yg keluar ketika kita tidur tidak dikira najis.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

suara saya

Tanpa Nama berkata...

saya sukar sebut R,MACAM MANA SAYA NAK PERBAIKI NYA

oktant on Julai 03, 2012 11:34 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya tiada petua tertentu utk masalah sebutan huruf spt yg awak alami.

Cuma, saya cadangkan awak lakukan latihan menyebut huruf "r" yg betul setiap hari.

Amalkan sehingga awak berjaya memperbaikinya.

Tanpa Nama berkata...

salam,petua untuk kluar kn kahak pekat pda wktu pgi ade x?? adakah disbbkn bnyk kahak suara tidak dpt dilontarkn dgn smpurna?? hrp dpt jlaskn..

Tanpa Nama berkata...

boleh tnye? apa kesan jika stiap pgi mengamal tips ini?? sedangkan limau ni tajam.. x bahaye ke effectnyer?? bgaimana pula jika pgi mengamal kn tips ini dn malam amalkn mnum air asam jawa.. tlg jwab...

Tanpa Nama berkata...

suara boleh jadi merdu ke kalau kita amalkan minum air nie ??agak2 berapa lama kena buat benda nie ??

oktant on Februari 04, 2013 10:33 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Sekiranya tuan agak musykil, saya cadangkan tuan berjumpa dengan pakar perubatan untuk memastikan sama ada tuan boleh amalkan ataupun sebaliknya.

Ini kerana sekiranya tuan tiada sebarang penyakit yang serius, InsyaAllah boleh amalkannya.

Harap tuan jelas dengan serba sedikit saranan yang dapat saya kongsikan.


- InsyaAllah. Mengenai jangkamasa, agak sukar untuk saya tetapkan.

Sebab ia bergantung kepada individu. Kemudian, suka saya pesan bahawa hanya Dia saja yang berkuasa menentukannya.

Tuan berusahalah secara teratur dan berdoalah padaNya agar segala hajat yang diingini dimakbulkanNya. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Salam ...boleh tak kalau saya guna gula pasir????

oktant on Februari 11, 2013 9:39 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Sebaik-baiknya awak gunakanlah gula batu untuk kesan yg lebih baik ya. InsyaAllah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez