Daun Sesudu Ubati Sakit Telinga

Posted by Unknown at Isnin, Oktober 05, 2009
Pokok sesudu (Euphorbia Nerrifolia) selalunya mudah ditemui di kawasan kampung. Daunnya sesuai anda gunakan untuk rawatan sakit telinga. Sama ada telinga bernanah ataupun sakit dalam telinga. Di samping tu, daun sesudu ni juga boleh dijadikan sebagai bahan penyedap untuk masakan tertentu tau. :)

gambar daun sesudu

Gambar daun sesudu



Baiklah, ayuh kita beralih terus ke cara merawat sakit telinga melalui penggunaan daun sesudu ni.


1. Memula, anda ambil beberapa helai daun sesudu yang masih segar-bugar.

2. Kemudian, layurkan daun sesudu di atas api sehinggalah keluar manik-manik air dari daun tu.

3. Titiskanlah air yang keluar dari daun sesudu tu ke dalam telinga anda yang sakit.

4. Buatlah sampai telinga anda rasa lega.


Mudah-mudahan petua di atas dapat membantu anda yang mengalami masalah berkaitan telinga.


Selamat Mencuba!


p.s: Bagi yang ingin mengenali lebih dekat pokok sesudu dan daun sesudu, diharap imej di dawah dapat membantu anda.

pokok sesudu

Pokok sesudu



imej tambahan sesudu

Imej tambahan daun sesudu



p.p.s: Maaf kalau imej di atas kurang jelas. Saya cuma sempat "scan" untuk tatapan anda.

18 komen on "Daun Sesudu Ubati Sakit Telinga"

sufian on Oktober 07, 2009 12:40 PG berkata...

macammana nak kenal daun tu..takde rupa sudu pun.hehe

oktant on Oktober 07, 2009 10:32 PG berkata...

@ sufian: Antara ciri2 lain daun sesudu ni; ia tumbuh secara menegak.

Nanti sy akan cuba letak gambo tambahan agar lebih mudah utk awak kenal daun sesudu. :)

Tanpa Nama berkata...

pokok sesudu ni adakah sama dengan pokok toyol...sebab daun n batang durinyer sama tp x lah besar sgt(seperti pokok renek)....cam ne ye nk kenal pasti....

oktant on Mei 18, 2010 11:07 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya tak pasti pula rupa pokok toyol. Apa yang penting awak catit atau ingat nama saintifiknya. :)

Tanpa Nama berkata...

kompem kew ley ubt tuk skit tlinga???????

Tanpa Nama berkata...

nak tanya, daun ni blh ubat masalah taik telinga keras tak????

oktant on Ogos 15, 2011 8:02 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Insya-Allah boleh. ;)

- Kalau masalah tahi telinga keras, saya kurang pasti sama ada petua ni boleh digunakan atau tak. Maaf ye.

Tanpa Nama berkata...

Klu trsalah titip air ke telinga dgn daun laen,de mslh ke?

oktant on September 04, 2011 5:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaf yea, saya kurang pasti pula kesan sampingan jika menggunakan daun lain.

Cuma salah satu kesannya mungkin rasa sakit telinga awak tak dpt dihilangkan.

Tanpa Nama berkata...

Apakah daun sesusudu ini boleh mengubat telinga yang bunyi berdensing

oktant on Jun 13, 2012 4:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Maaf, saya kurang pasti pula jika telinga berdesing.

Tanpa Nama berkata...

Kt mane ye bleh sy dpt daun ni.

Tanpa Nama berkata...

kat mana jual daun sesudu ??

Tanpa Nama berkata...

Sy sudah mencube petua ini.tbkti ia brhasil

Tanpa Nama berkata...

Dekat mana nk cari daun ni??susa nk cari daun sesudu ni

Unknown on Oktober 09, 2015 12:18 PTG berkata...

Saya pun cari daun ni tapi tak jumpa. Ada sesiapa tahu dimana boleh dpt

Tanpa Nama berkata...

Sgt berkesan untuk sakit telinga. Dulu2 kalau sakit telinga daun sesudulah ubatnya.

oktant on April 25, 2017 9:51 PG berkata...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah & pernah mencubanya serta atas maklumbalas yang diberikan. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez