Khasiat mengkudu (Morinda Citrifolia) teramatlah banyak sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Betul, buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun anda sebenarnya boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan.
Pokok mengkudu - Wikipedia
Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu lebih baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.
Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu seperti yang dinyatakan di atas adalah;
1. Ambil beberapa buah mengkudu yang dah masak ranum macam dalam gambar kat bawah.
Buah mengkudu - Wikipedia
2. Kemudian, bersihkan dulu kesemua buah mengkudu tersebut.
3. Kisar buah mengkudu tu bersama dengan sedikit air masak.
4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.
5. Campurkan jus mengkudu tu dengan bahan perasa lain seperti madu sidr. Sebab rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu saja.
6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.
Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari. Amalkan petua di atas secara berterusan. Sebab kalau setakat minum sekali, usahlah berharap terus nak dapat hasilnya. Ini kerana ia memerlukan masa yang lama untuk anda merasai kesan khasiatnya. Biar lambat asal anda kekal sihat, ok. :)
Selamat Mencuba!
3 komen on "Buah Mengkudu Baik Untuk Kesuburan Lelaki?"
dr ade ubatnyer....sila email di drgamatemas@yahoo.com
Mengkudu memang ternya berkhasiat. terima kasih diatas tips ini.
@ Busanashafika: Ya, betul tu. Sama-sama. :p
Catat Ulasan