2 Petua Hilangkan Selsema

Posted by Unknown at Rabu, Oktober 07, 2009
Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).


Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih

Pokok sirih - www.pnm.my



2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup

Kunyit hidup - Wikipedia



2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.


Selamat Mencuba!

78 komen on "2 Petua Hilangkan Selsema"

Tanpa Nama berkata...

terbukti berkesan tq

oktant on Jun 15, 2010 3:34 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Terima kasih juga atas maklumbalas awak. :)

Tanpa Nama berkata...

terima Kasih atas petua.dah puas makan ubat klinik...

rosfazila on Ogos 12, 2010 12:14 PTG berkata...

rose@ila:syukran

Tanpa Nama berkata...

kena asah pd belakang pasu je ke

oktant on Ogos 30, 2010 3:50 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Ya, utk petua yg guna kunyit tu. :)

Tanpa Nama berkata...

Maaf nak tanya, keliru sgt2 ni...batang sirih yag mana? tangkai daun sirih kerr? tolong sesape jwp... sy dah lama selsema x baik2..
tq

oktant on September 17, 2010 12:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak gunakan batang pada daun sirih.

Qastalani® on November 25, 2010 7:46 PTG berkata...

alamak, dua-dua xda kat umah ni. Petua lain lagi ada x?

Tapi ni blm sesema lg. Bru tersumbat sblh hdung

Tanpa Nama berkata...

Belakang pasu ? Apa tu ?
x faham.

Tanpa Nama berkata...

Okey. sudah buat pun. thanks.
beransur pulih dah. ;)

oktant on Disember 27, 2010 8:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Orait... ssama-sama. =D

Unknown on Januari 16, 2011 12:29 PG berkata...

boleh cube nie..thankzz

oktant on Januari 18, 2011 11:05 PG berkata...

@ aku pencerita: Boleh. Silakan... ;>

Tanpa Nama berkata...

salam,saya ada beberapa soalan :
1. klu asah kunyit tue belakang lesung batu
boleh tak ?
2. bila masa kena letak kunyit tue pada bayi.
pagi ,petang @ malam ?

oktant on Februari 16, 2011 12:07 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam.

1. Boleh juga.

2. Sapukannya pada bayi beberapa kali sehari. Contohnya lepas mandikan @ bersihkan bayi tadi. Boleh dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam.

Tanpa Nama berkata...

nk try la. tp baru sakit tekak..

Tanpa Nama berkata...

nk tanya,kalo asah blakang pasu memang akan jd hancur ke kunyitnye?yang nk d sapu tu airnya atau kunyit yang dh hancur?

oktant on Mei 03, 2011 6:24 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Silakanlah mencuba yer. :)

- Air (cecair) asahan kunyit.

Tanpa Nama berkata...

nak tnye, bla sapu kunyit pd btg idung baby,akn mnjdi kuning?mmg mcm tu ke caranya?

Tanpa Nama berkata...

saye nk cuba la...dh lame sye slsma ni...btuk pun ade gak......

nur yean berkata...

memang kuning tu kan kunyit tapi petua ni betul ler saya dah banyak kali buat bila bayi saya selsema

oktant on Jun 16, 2011 5:38 PTG berkata...

@ nur yean: Betul. Terima kasih puan sbb tolong jawabkan. ;D

Tanpa Nama berkata...

pakai serbuk kunyit dlm peket bleh tak?

oktant on Julai 08, 2011 3:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh juga. Cuma seelok-eloknya pakai kunyit hidup.

Tanpa Nama berkata...

saya selesema sjak 1 thn yg lalu smpai skrg tnpa henti. di tgn saya sentiasa ada tisu. saya nk kerja kat restoran un xble. takut asyik bersin dan mgluarkn air hdg. nk bljar xble sbb kpala mcm beku. hidung tersumbat. tidur pula mcm org berdengkur. kdg kdg saya sesak nafas. sjak dlu b'nafas melalui mulut smpai skit tekak saya. saya baru 17 thn. hmmmm..mcm mn ni?

oktant on Ogos 13, 2011 6:23 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau begitu, adik perlulah buat pemeriksaan doktor supaya masalah ini tidak melarat.

Tanpa Nama berkata...

Saya selesema beberapa hari. Selepas tu pendengaran jadi kurang. Dr. kata kena radang telinga akibat selesema. Dah bagi ubat tapi slow sangat. Ada petua tradtional untuk hilangkan bengkak dalam telinga?

-Ida-

Tanpa Nama berkata...

terimakasih, akan cuba petang ni (22/11/2011) insyaallah

oktant on November 22, 2011 11:07 PTG berkata...

@ Ida: Rasanya belum ada. Maaf yea.

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Mudah-mudahan lekas sembuh. ;)

Tanpa Nama berkata...

saya akan mencubanye...:D :izan

oktant on Disember 18, 2011 10:37 PTG berkata...

@ izan: Silakan. Mudah-mudahan lekas sembuh. ;)

Tanpa Nama berkata...

mmg betul bg kanak2 bagus pakai kunyit hidup sbb kunyit tu lg asli dari kunyit serbut... mmg mujarad petua untuk kanak2... bg saya slalu buat kunyit yg sudah dkisar campurkan sdikit minyak masak... baru sapu pada hidung anak.. try la cuba

Unknown on Januari 04, 2012 3:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak puan di atas petua yg diberikan.

Tanpa Nama berkata...

Untuk kunyit 2 buat ape cra pun bleh ke,jnji kua cecair die ea??

uza berkata...

harus ke digenyeh pd belkg pasu?lau gune lesong batu xleh ke

oktant on Januari 17, 2012 7:58 PG berkata...

@ Tanpa Nama & uza: Rasanya awak boleh cuba gunakan kaedah lain spt gunakan lesung batu dll yg difikirkan sesuai.

Sbb saya pun belum pernah cuba kaedah lain spt yg uza tanyakan di atas.

Jika tak keberatan, harap awak sudi kongsikan hasilnya di sini kelak.


Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sy nk kongsi ubat yang paling mujarat untuk atasi selsema, tonsil, asma. Minum jea air Asam Jawa panas(ingat jngn minum sejuk taw). Insya Allah masalah selsema(resdung) saudara saudari akan berkurangan dengan kadar segera tanpa mengambil ubatan moden. Banyak khasiat asam jawa nie. kalau boleh amalkan tiap2 hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua

Tanpa Nama berkata...

sy nk kongsi ubat yang paling mujarat untuk atasi selsema, tonsil, asma. Minum jea air Asam Jawa panas(ingat jngn minum sejuk taw). Insya Allah masalah selsema(resdung) saudara saudari akan berkurangan dengan kadar segera tanpa mengambil ubatan moden. Banyak khasiat asam jawa nie. kalau boleh amalkan tiap2 hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua

oktant on Januari 20, 2012 11:15 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian saudara. Moga ia bermanfaat pd rakan2 yg menghadapi masalah tersebut.

Nazatushima on Januari 24, 2012 9:31 PTG berkata...

bg yg pernah selesema smpi berbulan2 x baik2 walaupun dah mkn ubat..lps tu telinga berdengung dan berdesing, mkn pun tak berasa..tu maknanya anda menghidap resdung yg agak kronik..krn dah terlalu byk lendir tersimpan. Cepatlah2 dptkan rawatan islam utk membuang lendir2 dlmn. Alhamdulillah lps buat rawatan tsbt selsema dan batuk sy terus hilang..

oktant on Januari 25, 2012 2:46 PG berkata...

@ Shima. From Kluang With Love: Terima kasih banyak atas perkongsian Shima.

uza berkata...

hai..uza da try guna lesong batu untuk dapatkan cecair kunyit 2 dan ianya berkesan...thanks

oktant on Januari 30, 2012 3:10 PTG berkata...

@ uza: Hai uza. Terima kasih banyak sbb sudi dtg ke sini lg.

Terima kasih juga atas maklumbalas yg uza berikan yea. Terbaikk! ;)

Tanpa Nama berkata...

salam,air kunyit tu sapu kat atas hidung tu je ke atau pun seluruh hidung coz anank saye da lame kene selsema

Unknown on Januari 30, 2012 5:01 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sapu kat atas batang hidung.

Tanpa Nama berkata...

sblum ni bg bby sy yg umo 4 bln ubt selesema ngan kahak tp x brkesan..sian tdo mlm tganggu..mlm ni nk try ltak kunyit plak..

oktant on Mac 02, 2012 4:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau macam tu, sy doakan selsema & kahak yg dialami oleh bayi puan agar sembuh secepat mungkin yea. Amin.

Selamat mencuba.

Tanpa Nama berkata...

Anak saya baru selsema...blh ke sapu kunyit kt btg hidung dia?

oktant on Mac 23, 2012 11:40 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh cuba guna kunyit. Mudah-mudahan dia lekas sembuh ya.

Tanpa Nama berkata...

salam...anak sy baru umur 2bln dan skrg menghidapi selesema..jadi bleh ke sy gunakan petua ni(air kunyit)letak kat btg hidungnya..

oktant on Mac 23, 2012 5:47 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
Boleh tuan/puan. Moga anaknya lekas sembuh yea.

suhaimi ms on Mei 17, 2012 2:56 PTG berkata...

dengan teknologi moden dan juga menggunakan kunyit kami telah berjaya mengeluarkan krim yang membantu untuk selsema dan tiada kesan mengantuk. Krim drsneez. Maklumat lanjut di http://www.drazma.com

oktant on Mei 17, 2012 10:42 PTG berkata...

@ suhaimi ms: Tahniah di atas penghasilan produk tersebut. Mudah-mudahan ia membantu rakan-rakan yg memerlukannya.

Tanpa Nama berkata...

Baby sy umor 1thn, sy guna petua ni jer ble die selsema.alhmdlh bkesan.tp sy wat cara lain, ketuk kunyit n isi myk msk skit n sapu pd hdg baby..alhmdlh bkesan.

oktant on Mei 23, 2012 1:32 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih tak terhingga di atas perkongsian puan. :)

Tanpa Nama berkata...

kalau d parut tu kunyit blh ka?

oktant on Jun 03, 2012 9:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam semua kalau sy asah kunyit kat batu sungai boleh ke???anak sy selsema agak teruk sampai nafas pun bunyi cam2 dah buat tak baik gak

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,anak sy selsema agak teruk mkn ubat pun tak baik so sy nk try petua kunyit ni tapi kalau asah kunyit kat batu sungai boleh ke??tQ

oktant on Jun 08, 2012 9:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt puan.

Boleh.

Tanpa Nama berkata...

salam..baby saya baru sbln lebih..tp dah selsema..da cuba dah petua guna kunyit..berkesan...tq

Tanpa Nama berkata...

Salam semua sy dah try petua kunyit tu asa kat batu sungai Alhamdulillah menjadi selsema anak sy kering tapi kene rajin sapu kit cpt je. Terima kasih😃

oktant on Jun 21, 2012 10:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam wbt puan.

Syukur Alhamdulillah jika ia berkesan. Terima kasih banyak di atas maklumbalas puan. :)

- Waalaikumussalam wbt puan.

Syukur Alhamdulillah jika ia berkesan. Terima kasih banyak di atas maklumbalas puan.

Sama-sama kembali. :)

Tanpa Nama berkata...

Brapa lama nak sembuh selepas sapu kunyit?cepat ke?or bhari2 jugak?

Lin jb berkata...

Kalo letak kunyit tadi, x kuning ke idung bby?... Btol2 letak pada batang hidung ker???

oktant on Julai 18, 2012 10:36 PTG berkata...

@ Lin jb: Warna kuning tu boleh dihilangkan kemudian. Ya, sapukan saja di situ.

Tanpa Nama berkata...

salam, jika gunakan petua kunyit utk org dewasa boleh x? kat umah xde daun/pokok sirih.. lagi satu.. mcm mane nk buat air asam jawa ye? x pernah cuba sblum ini.. selsema dh beberape hari.. kpale dh sakit dan tekak pun mula nk sakit... lg satu... air asam jawa tu boley hilanhkn kahak juga ke? t.kasih byk2

Tanpa Nama berkata...

hohohohohohohohohohoho

Unknown on Oktober 04, 2012 12:26 PTG berkata...

Bahan-bahan yang terkandung dalam DrSneez:
i. Curcuma Longa (Kunyit)
ii. Nigella Sativa (habbatus sauda)
iii. Foeniculum Vulgare (jintan)
iv. Coffea Arabica

Soalan : Apa perbezaan applikasi DrSneez ini berbanding dengan aplikasi cara lama dengan menyapukan terus kunyit hidup ke kawasan hidung ?

Jawapan : DrSneez menggabungkan bahan-bahan tersebut dengan teknologi THRUDERMAL yang mampu membantu resapan yang tinggi, bahan aktif dapat meresap ke dalam kulit di kawasan yang dikehendaki. Applikasi tradisional memerlukan jumlah yang lebih besar dan resapan bahan aktif tersebut tidak dapat dipastikan.

http://amninaeim2011.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

time kasih atas info dr puan,dpt membantu sy bile ank kena selsema.insyaalah moga petua ni dpt membantu sy.k

oktant on November 18, 2012 1:49 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam wbt. InsyaAllah. Awak boleh mencubanya dahulu & lihat sama ada ia berkesan atau sebaliknya.

Pastikan tangan awak bersih. Ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan segelas air suam.

Kacau dan minum. Awak boleh campur dengan gula batu jika mahu.

Biasanya air asam jawa digunakan untuk mengembalikan suara, mengubati sakit tekak dan jaga badan.

Jikalau awak nak hilangkan kahak, campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan perahan 1 biji limau nipis bersama-sama setengah gelas air suam.

Kacau bahan-bahan tersebut dan minumlah perlahan-lahan.

Harap ia membantu awak.


- Sama-sama. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

Tanpa Nama berkata...

badi sape2 yg xde pasu kat umah tu, sapu je kat buntut korang.lagi mujarab.kuangx3

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah,petua yg diberikan akn b'kesan...

oktant on Mac 23, 2013 10:02 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan mujarab untuk yang mengamalkannya. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

yang lendir batang sirih tu nak sapu kt sekitar hidung ke kt dalam lubang hidung?

oktant on Ogos 17, 2014 3:19 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sapu pada bahagian luar hidung iaitu di sekitar hidung.

Tanpa Nama berkata...

maaf tnye tanpa nama masih kene selseme ke? sye pun dekt 2bln selseme suare pun mcm sengau je.....mlm n pg je mulela sumbat sume sungguh xselesa...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez