Petua Menyembuhkan Penyakit Mata

Posted by Unknown at Jumaat, Mei 22, 2009
Khusus buat anda yang ingin menyembuhkan penyakit mata dan memulihkan penglihatan, saya akan berkongsi satu amalan bagi merealisasikan impian tersebut. Seperti yang anda maklum, anugerah penglihatan yang sempurna memang tidak ternilai. Betapa nikmatnya dapat melihat perbezaan antara siang dan malam, keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan dan juga dapat membaca pelbagai petua kat sini, tak gitu? :)


gambar mata sihat
Gambar hiasan - Health.com



Petua kali ini khas buat anda yang beragama Islam saja, ok. Sebabnya, ia melibatkan pembacaan ayat suci Al-Quran. Baiklah, cara mempraktikkannya;


1. Bacakan surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali kepada si empunya diri yang mengalami masalah penglihatan tu.

2. Di samping itu, niatkan sama ada untuk tujuan menyembuhkan penyakit mata atau pun untuk memulihkan penglihatan.

3. Lakukan amalan ini selama 40 hari berturut-turut.

4. Waktu membacanya adalah di antara selepas solat sunat Subuh dengan solat fardu Subuh.


Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar anda diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa. Amin.


Selamat Mencuba!

7 komen on "Petua Menyembuhkan Penyakit Mata"

Mard on Mei 23, 2009 8:42 PG berkata...

Mengenai mata, saya ada sedikit pengetahuan: urat mata terletak di sekitaran mata. Oleh itu, perlu mencuci urat mata dengan cecair herbal yang berkesan. Di website Firnena, merawat masalah resdung dan jerawat, mampu memulihkan penyakit mata walaupun ianya kronik. Ini kerana dalam usaha mengubati jerawat dan resdung, mata tidak terlepas dari terkena kesannya. Cecair yang disyorkan Firnena mampu membuatkan ia mengalir ke dalam urat mata, seterusnya membaikpulih liang-liang urat mata bagi melancarkannya semula. Cubalah!

firnena.com

oktant on Mei 23, 2009 8:01 PTG berkata...

@ Mard: Okay, terima kasih atas info saudara.

Tanpa Nama berkata...

solat subuh ke fardu subuh kalau buat sendiri ok lah tapi kalau solat berjemaah tak sempat,tok bilal dah qomat.

oktant on Jun 20, 2011 9:17 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Insya-Allah kalau solat sendirian pun boleh diamalkan. Mudah-mudahan usaha anda diperkenankan-Nya. Amin.

Tanpa Nama berkata...

x adil...

Tanpa Nama berkata...

sempat la nak buat w/pun di masjid/surau...datang ja la awal dan buat solat sunat.

Tanpa Nama berkata...

klau prmpuan mcm mna nk ckup 40 hari berturut2 tu?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez