Petua Hilangkan Tumit Pecah

Posted by Unknown at Isnin, Januari 05, 2009
Cuba tengok jap tumit kaki anda tu. Ada tak pecah-pecah? Kalau ada, bende ni selalunya terjadi disebabkan oleh ulat air. Ataupun ada sesetengah daripada kita alah terhadap bahan kimia seperti sabun pencuci lantai.

Mungkin ada yang tercari-cari cara nak hilangkan kesan tumit pecah tu. Caranya tak susah manapun dan anda semua boleh merawatnya sendiri.

Ada 2 cara kat sini. Pertamanya, anda pakai jer selipar dalam rumah. Khaskan selipar khusus hanya untuk kegunaan dalam rumah. Tapi rasanya cara ni lebih kepada mengelakkan dan memelihara tumit kaki daripada pecah, kan?

Apakata kita beralih ke cara ke-2 pula. Apa yang anda perlukan adalah beberapa keping asam gelugor. Kita lihat dulu macamner rupa asam gelugor.


Rajah 1: Pokok Asam Gelugor



Rajah 2: Buah Asam Gelugor



Rajah 3: Kepingan Asam Gelugor




Apa yang perlu anda lakukan dengan asam gelugor ni adalah;


i. Isikan dulu sebuah besen dengan air suam-suam kuku.

ii. Masukkan beberapa keping asam gelugor kat dalam besen tu.

iii. Kemudian, rendamkan kaki anda ke dalam besen tu selama 30 minit.

iv. Amalkannya setiap hari yer.

Jika tiada aral, tumit pecah kat kaki anda tu akan beransur pulih.


Selamat Mencuba!



Sumber gambar: www.epu.jpm.my dan asia.travel.ru

3 komen on "Petua Hilangkan Tumit Pecah"

Tanpa Nama berkata...

nanti nak cuba la petua ni.

Power J on April 16, 2010 2:39 PG berkata...

oo mcm tu eh, boleh pecah tumit keras? yg bab nak bagi tumit nampak cantik dan putih mcm baby ada ke? kulit di tgn juga kaler dah lain. maybe sbb driving , masak etc..huhu. ada petua yg kena tak? lagi satu, mcmne nak contact admin utk iklan banner ke, dropship ke etc ya? nak mencuba lah..huhu leh tolong saya?

Tanpa Nama berkata...

saya ade ubat nyer dengan menggunakan krim gamat...jika berminat boleh membeli dengan saya...rm30.00 + postage rm6.00 = rm36.00
jika berminat sila email di drgamatemas@yahoo.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez