Madu asli ni dah diketahui umum memang mengandungi pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Cuma bau madu asli ni agak tengik sikit. Terutamanya yang baru diambil dari sarangnya. Ditambah lagi kalau ia dah disimpan berbulan-bulan lamanya, kan?

Tapi anda tak perlulah khuatir sangat. Ada satu petua untuk mengatasi masalah madu yang berbau tengik ni. Agar madu tu awet dan segar, sila ikut langkah-langkah berikut yer.
1. Pertama skali, tuangkan madu tersebut kat dalam periuk. Saiz periuk tu agak-agak bersesuaian dengan kuantiti madu yang anda ada.
2. Panaskan madu tersebut sampailah mendidih.
3. Kemudian, dinginkan madu tadi.
4. Lepas tu, simpan madu tersebut dalam botol dan tutup rapat-rapat.
5. Simpan kat tempat yang dingin dan elakkan daripada terkena cahaya matahari.

Jika tiada aral melintang, madu ini akan tahan berbulan-bulan lamanya dan baunya pun tak tengik lagi. :)
Kepada penggemar madu lebah, cubalah petua ni!
Sumber gambar: malay.cri.cn

3 komen on "Petua Awet Madu Asli"
Salam...
Terima kasih untuk petua ini. Rasanya mudah untuk dilakukan.
Jumpa lagi.
@ lunaticg:
w'salam. sama-sama.
kalau ada madu kat rumah tu, bolehlah ikut petua ni. :)
salam.adakah Madu mempunyai tempoh
hayat tertentu didalam mengekalkan khasiat didalam madu tersebut?
Catat Ulasan