Petua Kesihatan: Nak Tidur Lena?

Posted by Unknown at Isnin, Ogos 18, 2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kat tempat saya ni tengah hujan. Kalau tidur time hujan ni memang nikmat. Opps...tapi tak elok tidur pada waktu Asar ni. Kata orang, kalau terkena penyakit susah nak sembuh. Ada sesetengah pendapat pula mengatakan akan menjadi gila. Kesimpulannya, elakkan tidur pada waktu Asar selama 44 hari berturut-turut.

Baiklah, saya nak sambung petua kesihatan berkaitan cara nak tidur lena. Kat sini saya akan kongsikan 2 cara iaitu:


Cara #1

Sejam sebelum tidur, anda minumlah 2 sudu makan apple cider yang dicampurkan dengan satu sudu madu asli dan setengah cawan air.

gambar hiasan apple cider
Gambar hiasan apple cider


Amalkan setiap malam sebelum tidur. Mudah-mudahan lepas mengamalkannya anda akan dapat tidur lena dan berasa segar di pagi hari.


Cara #2

Ambil 10-12 biji kurma cina dan sedikit biji manjakani. Rebuskan kedua bahan ini sehingga mendidih.

Amalkan meminum air rebusan ni setiap pagi dan malam. In Sha Allah anda akan rasai hasilnya.


Selamat Mencuba!

6 komen on "Petua Kesihatan: Nak Tidur Lena?"

pacak on Ogos 21, 2008 7:19 PG berkata...

sye sudah ade penawarnye..hehe
yahoo id:pacak335

i have linked u

Unknown on Ogos 21, 2008 3:39 PTG berkata...

ok, tq pacak :)

kalo dah ada penawar, tahniah!

saya berkongsi di sini bg yg
masih tercari-cari "solution"nya.

kalau pacak tak keberatan, apakata
kongsi saja di sini :)

Tanpa Nama berkata...

Err, apple cider tu ape ek? mcm mane rupenyer?
saye slalu terjage tgh2 mlm. kdg2 3,4kali sampai mengantok sgt bile bgn.

oktant on Januari 08, 2010 3:53 PG berkata...

Ianya sejenis cuka. Atau biasanya dikenali dengan "apple cider vinegar (ACV)".

Saya juga dah update satu contoh gambar apple cider vinegar tu. Awak boleh mendapatkannya di pasaraya.

Tapi, jika awak beragama Islam pastikan ianya halal ya.

Sebab saya baru saje baca satu artikel (dlm Bahasa Indonesia) yg berkaitan dengannya dan mungkin ia dapat membantu awak.

Sila rujuk di pautan ini (klik) untuk mengetahui maklumat tersebut.

wwwDarkchocolatewww berkata...

Apple cider vinegar (cuka epal) yang paling terbaik untuk diamalkan ialah jenis raw, organic, with the mother dan unfiltered. Jenama seperti Bragg atau Solana Gold. Ada dijual di Carrefour, Giant, Guardian Pharmacy, Nature's Farm dan General Nutrition Centre (GNC)

oktant on Mac 03, 2010 3:24 PTG berkata...

@ wwwDarkchocolatewww : Terima kasih di atas info tersebut. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez