Pada zaman yang serba moden ni, kebanyakan daripada kita kalau nakkan sesuatu tu, mesti nak dapatkannya dengan cepat. Sepantas kilat yang boleh. Lebih-lebih lagi orang muda! Biasalah, darah mudalah katakan. Hehe :)
Tapi macamner pulak dengan penyakit. Memang takder sape pun yang sudi mengundang penyakit tu datang. Lebih-lebih lagi orang yang dah berumur. Kalau boleh, mestilah nak sentiasa kelihatan muda ataupun jelita.Ajal Penyakit ni sebenarnya tak mengenal umur. Sesiapa pun layak dijangkiti dengan kehendakNya. Memang takder benda yang boleh menghalangnya.
Tapi kita perlulah berusaha menghindarinya. Betul tak? Salah satu daripadanya ialah dengan cara pencegahan. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan?
Okay, kali ni saya nak bawakan petua kesihatan iaitu petua mencegah kanser. Anda semua bolehlah mengamalkannya dari sekarang sebelum terlambat.
Asasnya, anda haruslah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang. Antara gaya pemakanan sihat yang boleh diikuti adalah:
1. Memakan bijan, kekacang, makanan berakar dan berubi lebih daripada 7 set hidangan sehari.
2. Memakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lebih daripada 5 set hidangan sehari.
3. Hadkan pengambilan gula yang diproses dan elakkan dari memakan semua makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nugget.
4. Meminimakan pengambilan daging masak merah, makanan berlemak, makanan bergaram dan garam itu sendiri.
5. Lakukan senaman yang konsisten setiap minggu. Kalau boleh setiap hari. Sehari dalam 20-30 minit pun dah cukup. :)
6. Jauhi alkohol dan tembakau. Dalam ertikata lain. Jangan minum minuman beralkohol dan berhenti merokok.
Dengan mengamalkan petua kesihatan kat atas ni, anda sebenarnya dah selangkah ke hadapan dalam usaha mencegah kanser.
Tahniah dan teruskan usaha anda!
Khamis, 2008 Ogos 14
Petua Kesihatan: Mencegah Kanser
Salam Sejahtera,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Artikel berkaitan Petua Suami Isteri
Artikel berkaitan Penjagaan Muka
- 1 Lagi Petua Hilangkan Jerawat Batu
- 2 Cara Asam Jawa Hilangkan Parut
- 2 Cara Menghilangkan Jerawat dan Melembutkan Kulit Muka
- Cara Menghaluskan Kulit Muka Anda
- Cara Menghaluskan Kulit Wajah
- Cara Penjagaan Muka Dengan Sayur-Sayuran
- Cara Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis
- Daun Mengkudu Menghilangkan Jerawat Batu?
- Hilangkan Parut Jerawat Kat Muka Anda
- Kulit Lebih Lembut, Parut Jerawat Pun Hilang
- Menghilangkan Jerawat dan Jeragat di Muka
- Minyak Zaitun Melicinkan Kulit Kering
- Ubat Menghilangkan Jerawat


4 ulasan on "Petua Kesihatan: Mencegah Kanser"
alkohol... memang tak pernah ambil.. rokok... no komen... :P
hehe...
part rokok ni mmg susah skit.
kalo nak stop gak, mesti ada
tekad yg btul2 kuat. :p
dah pernah berhenti 5 tahun...
tapi start balik masa kerja ladang kambing.... rugi.. rugi..
5 tahun...lama jugak tu bro. :)
mesti ada sebab tertentu sambg
balik ni....
anyway, next time boleh try lagi.
Good luck eh!
Catat Ulasan