Salam Sejahtera,
Saya sebagai manusia biasa amat memahami yang kita ni asyik jer lupa diri walaupun masih muda. Sebelum ni, saya pun ada tulis tentang "Manusia Memang Pelupa". Jika ada yang terlepas, boleh rujuk di sini. Hari ni, saya nak tambah lagi tip meningkatkan daya ingatan yang seterusnya mengurangkan risiko menjadi Si Pelupa yang tegar. Hehehe...
Untuk menguatkan daya ingatan, antara perkara yang perlu diambil berat adalah:
1. Waktu Tidur Mencukupi
Tidur yang cukup memang penting untuk kesegaran tubuh. Badan kita perlu rehat yang secukupnya. Keletihan hanya akan menganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak. Selain itu, ia juga akan menjejaskan kemampuan kita untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Jadi, amalkanlah tidur yang mencukupi di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
2. Cuba Mengawal Tekanan Sebaik Mungkin
Tekanan akan membuatkan jiwa kita rasa tidak tenteram. Akibatnya tahap kesihatan akan terganggu. Kemudiannya, kita juga akan kurang peka dengan keadaan persekitaran dan tidak dapat berfikir dengan baik seterusnya daya ingatan pun turut terjejas.
Jadi, mulai saat ini, cubalah kawal setiap tekanan yang dihadapi. Kita boleh cuba kawal tekanan dengan membaca Al-Quran, meditasi, sauna, aromaterapi dan seumpamanya.
3. Amalkan Bersenam
Dengan bersenam, kita dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Secara tak langsung, daya ingatan akan bertambah baik.
Bersenam bukan setakat pergi ke gym semata-mata. Tetapi dengan berjalan kaki, "jogging", berkebun dan mengemas rumah pun dikira sebagai senaman juga.
4. Elakkan Kemurungan
Usahlah bermurung kerana ia hanya membuatkan anda kurang ceria ataupun langsung tak ceria. Bila dah tak ceria, hidup ni pun kurang bermakna kan? Lama-kelamaan ia boleh menjejaskan daya ingatan.
Sebelum ia merebak lebih parah, elakkan kemurungan ni dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebagai usaha tambahan, berjumpalah dengan pakar yang berkenaan.
Sekian saja buat kali ni.
Selamat Mencuba!

13 komen on "Petua Buat Si Pelupa"
saya ada semua lima lima masalah tu?? alamak...
hai falcon,
ada empat jer kot :)
anyway, semua masalah tu
boleh diatasi pelan2.
cuba selesaikan satu masalah
dulu. lepas dah stabil, barulah
settlekan masalah seterusnya.
Selamat Mencuba!
hai........
lupa adlh penyakit utama manusia abad nie...
@ ana:
Hai... ana. Memang tak syak lagi.
Sebab itulah kita sbg manusia ni perlu sering mengingatkan antara satu sama lain, kan? :)
good luck
thanks. :)
sy pelupa juga akbt beberapa faktor yg cuba anda beritahu..selepas ini insyaAllah,sy akn m'cuba bagi mengatasi mslh pelupa ini..terima kasih ya..
Sama-sama Murni. Mudah-mudahan awak dpt mengatasinya dari semasa ke semasa. :)
saya memang seorang yang pelupa, saya rasa teruk sangat... kadang2 apa yang ingin disampaikan pada seseorang, pun boleh lupa bila ada sesuatu perkara yang mengganngu semasa proses menyampaikan maklumat berlaku. saya rasa saya terlampau stress dengan kerja.
Saya berharap petua di atas sikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah lupa awak. Saya akan turut mendoakan agar awak dapat mengatasinya dengan penuh kesabaran.
jangan makan monosodium glutamat [msg]
saya mahu bertanya tentang seorang pesakit yang menghidapi barah otak.jika pesakit barah otak tersebut adakah pesakit tersebut akan hilang ingatan.jika x mengamalkan makan ubat yang teratur.jika pesakit tersebut sakit ??bagaimana kita harus menyelesaikan???
Catat Ulasan