Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula

Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.

Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Perbanyakkanlah berdoa. Terutamanya ketika hendak berbuka. Sambil meyiapkan juadah berbuka pun boleh berdoa. Gunakan peluang yang diberikan-Nya sebaik mungkin yea. ;)

Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.


gambar gula pasir


Proses ini dinamakan pengelupasan atau "exfoliating". Di mana ia diyakini membantu mencerahkan kulit anda serta kelihatan berseri-seri. chewwahhh macam nak kawin la plak


Oke. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;


1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.


Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Mudah dan ringkas, kan?


Selamat Mencuba!


261 ulasan:

  1. nice sharing dear...
    gula juga bagus untuk scrub badan
    yang berdaki.. memang halus dan lembut..

    BalasPadam
  2. @ Nur Misnan: Yea... betul tu. Banyak lg kebaikan gula sebenarnya. Cuma mgkn belum diketahui ramai.

    Terima kasih. =)

    BalasPadam
  3. post terbaru dan maklumat terbaru http://zulzol.blogspot.com/2011/08/minyak-wangi-mengandungi-alkohol-dalam.html

    BalasPadam
  4. @ Muhamad Zulkarnain: Oke. ;)

    BalasPadam
  5. petua ni bley x putihkan kulit badan..??

    BalasPadam
  6. da x yg ble memutihkan kulit badan? tangan saya dh gelap sbb kena chya matahari setiap hari. plik benar kulit saya skrg. muka pth. tgn gelap. :(

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Boleh juga kalau awak nak sapukan pd bahagian badan yg lain.

    Selain gula, kalau ada hampas kelapa ataupun serbuk kopi, boleh lumurkan pd seluruh badan.

    BalasPadam
  8. gula ke..bukan pencuci muka brand susu kambing..he..he..gurau je..saya akan coba sambil berdoa agar petua ini mendatangkan hasil yg baik kepada org yg mencobanya..

    BalasPadam
  9. @ suzan: Susu kambing pun boleh juga. Hehe. It's ok. Memang banyak petua lain yg boleh digunapakai.

    Saya cuma berikan lebih pilihan untuk kita semua. :D

    BalasPadam
  10. o..mcm tu..apa2 pun tq..he..he...

    BalasPadam
  11. @ suzan: Orait. No problem. You're welcome. ;)

    BalasPadam
  12. berapa lama cara ini dapat menunjukkan kesannya?

    BalasPadam
  13. Ley x amalkn setiap hari

    BalasPadam
  14. nak ltak brapa sudu?? sudu besar/kecik??

    BalasPadam
  15. macam mana nak campurkan pencuci muka dgan gula?
    kalau saya pkai pencuci muka sabun MAY tuu mcam mana nk cmpurkan dgan gula? TEHEE :')

    BalasPadam
  16. @ wan rabiatul: Ia bergantung kepada keadaan kulit cik rabiatul.

    Apa yang penting, amalkan hingga awak puashati dgn hasil yg diperolehi.

    @ Cenation: Cukup sekadar seminggu sekali. Spt yg disarankan. Ok. ;)

    @ Tanpa Nama:

    - Satu sudu kecil/camca teh sudah memadai.

    - Letakkan kat tapak tangan & campurkan dgn pencuci muka.

    Tapi elakkan drpd memakai sabun mandi utk mencuci muka. Gunakanlah pencuci muka yg bersesuaian.

    BalasPadam
  17. Boleh percaya tak petua ni? kalau bolah saya nak cuba ;D

    BalasPadam
  18. saya nak cube lahh

    BalasPadam
  19. petua ni sesuai tak untuk remaja berumur 13 tahun ke atas?

    BalasPadam
  20. @ Tanpa Nama:

    - Terpulang pd awak. Sy sekadar berkongsi. ;)

    - Silakan. ;)

    - Boleh. Malah pd usia mcm adik (awal remaja), adalah waktu yg baik utk amalkan petua penjagaan muka, badan & petua lain2 berkaitan kecantikan & kesihatan. ;)

    BalasPadam
  21. cam mane law sye x gne mne2 pncuci mke...(ceh bajet)...juz letak gule 2 je ke????hope ad rspon....

    BalasPadam
  22. waaa , trma kasih ya kak ;D

    BalasPadam
  23. petua ni utk memutihkan muka jer ke? tak menghilangkan jerawat???

    BalasPadam
  24. @ Tanpa Nama:

    - Takde masalah jika tak gunakan pencuci muka.

    Cuci muka dengan air biasa pun boleh sekiranya kulit awak tak bermasalah. ;)


    - Sama-sama. Tapi sy bukan kak. ;)


    - Ya. Kalau jerawat, awak boleh rujuk pd petua yg berkaitan jerawat.

    BalasPadam
  25. klau pkai serbuk kopi je blh ke memutihkan badan?

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Boleh juga. Selain kopi, hampas kelapa pun boleh.

    BalasPadam
  27. Langkah ketiga perlu air ke tidak ye?

    BalasPadam
  28. @ Tanpa Nama: Kalau dah lap muka dengan tisu basah@lembap, tak perlu campur air.

    Sebaliknya awak dah lap muka dengan tuala biasa, boleh tambah sikit air sbb keadaan muka dah agak kering.

    Harap ia membantu yea.

    BalasPadam
  29. ianye mengambil mse yg lme x klau sye pkai kopi je untuk memutihkan badan.....

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama: Kalau konsisten, mungkin dalam 2-3 bulan boleh nampak perubahannya.

    BalasPadam
  31. akak...umr sye 16taun..tp kulit sye x sekata d sbbkan chya mthari...ptua nie bleh membntukan...?bleh pkai ary2 x?klu pkai ary2x cpt berkesan x???

    BalasPadam
  32. lau guna gula ni ley ke hilang an bekas jerawat yg belobang..

    BalasPadam
  33. bleh wat setiap ary x ptua nie??atw 1mggu sekali je..

    BalasPadam
  34. @ Tanpa Nama: Bekas jerawat berlubang agak sukar utk dipulihkan.

    Sy mgkn boleh cadangkn awak satu cara. Iaitu sapukan muka @ kwsn yg berlubang tu dgn minyak gamat setiap malam.

    Buat aje setiap hari.


    p.s: Sekadar cadangan drpd sy. Harap membantu.


    @ gegurLhaniEy: Buat 1 minggu sekali aje. Tak perlu lakukan setiap hari.

    Cuma muka mmg perlu dicuci 2 kali setiap hari dgn pencuci muka. Selebihnya cuci dgn air bersih saja, ok.

    Harap Haniey tak harapkn ia mmberikn kesan yg cepat. Sbb biasanya benda yg cepat hasilnya takkan bertahan lama.

    Harap Haniey faham yea.

    BalasPadam
  35. langkah last tu air sejuk yg betol2 sejuk tu ker..??ke air paip bese je..?

    BalasPadam
  36. @ miss achik: Tak kisah. Janji keadaan air tu agak sejuk.

    BalasPadam
  37. PENIPU..HABISSSS KULIT MUKA AKAK NYH ROSAK JDI NYE...BENDA APE NYH AWAK HU//ENTAH AJARAN SESAT MANE LGI NYH ..

    BalasPadam
  38. mutiak bha yearek sama tatalul dia tu.....

    BalasPadam
  39. Salam .. Kalau tak da pencuci muka boleh ke ????

    BalasPadam
  40. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Boleh.

    Cuci muka awak dulu dgn air bersih & lap dgn tuala lembut yg bersih. Spt lgkh 1 & 2 di atas.

    BalasPadam
  41. tipz nier sesuai untuk smua jenis kulit ker ,,cam maner klu ade affect sampingan ,,leh gerenti ker ,,hrp2 ade kesan terbaik ,, selamat mencuba smua ,,

    BalasPadam
  42. salam nak sikit .. berapa lma petua nie b'kesan ??

    BalasPadam
  43. mcm mne dgn muke sye ??
    sbb hari2 sye pegi sekolah....
    untuk pengetahuan sye sekolah petang...
    mcm mne dgn sye kan petang panas terik...
    dan boleh merosakkan muke...
    tolongla sye...

    BalasPadam
  44. boleh percaye ke

    BalasPadam
  45. @ Tanpa Nama & Nana: Kepada Nana & kengkawan yg bertanya, saya harap anda dapat mencubanya.

    Insya-Allah kulit anda akan menikmati perubahannya. Cuma berapa lama masanya, ia bergantung kepada kulit individu itu sendiri.

    Ingat satu aje, 'FAST ACTION, FAST RESULT".

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  46. palirmu kulup wang

    BalasPadam
  47. mudaha-mudahan berhasil apa yang kena ajarkan disini.kalau nada berhasil ingat 'u8fhu

    BalasPadam
  48. kalau berhasil alhamdulilah
    nada guna kalu inda berhasil

    BalasPadam
  49. Boleh tak kalau saya amalkan petua nie setiap hari ???

    BalasPadam
  50. @ Tanpa Nama: Tak perlu pakai setiap hari. Ia umpama kita pakai skrub muka. Hanya pakai 1-2 kali seminggu.

    BalasPadam
  51. @ Tanpa Nama: Sesama dik. ;)


    p.s: Tapi saya bukan kak... hehe

    BalasPadam
  52. @azizul halim : marambang saja..nda tantu2 wah..ilaaa anak ani...lahanat ko...

    BalasPadam
  53. boleh ker percya dgn cra nie.....sblm nie ad x orng yg gne cra nie...ianya berhasil??

    BalasPadam
  54. agak agak boleh percaya ke tak ek ?
    kenapa ada yang kata penipu ??

    BalasPadam
  55. saya dah cuba.. ternyata berkesan dengan kulit muka saya.. terima kasih ya?

    BalasPadam
  56. @ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Sama-sama.

    Terima kasih tak terhingga juga atas maklumbalas yang awak berikan. :)

    BalasPadam
  57. @ Marul Nan: Silakan. Mudah-mudahan mendapat hasil spt yg diingini. Amin.

    BalasPadam
  58. gula kasar atau gula merah boleh tak ?

    BalasPadam
  59. @ KhairunNisa': Nisa, awak guna gula pasir yg biasa tu aje.

    BalasPadam
  60. kalo guna scrub mcm sy guna garnier light turbo boleh ke campur gula?

    BalasPadam
  61. @ Tanpa Nama: Kalau awak gunakan skrub, tak perlulah tambah gula.

    Hanya tambah gula bila awak gunakan pencuci muka saja ya.

    Harap maklum.

    BalasPadam
  62. kulit saya terbakar akibat terkena cahaya matahari,,adakah dengan cara ini berkesan ??

    BalasPadam
  63. @ Tanpa Nama: Bagi mengatasi masalah ini, pakailah krim pelindung matahari yg sesuai dgn kulit awak sebelum keluar rumah.

    Bagi menghilangkannya, awak boleh cuba petua ini. Tapi, lakukan hanya 1 kali seminggu saja ya.

    BalasPadam
  64. kenape lakukan seminggu sekali je??

    BalasPadam
  65. @ Tanpa Nama: Sebab fungsinya macam skrub muka.

    Skrub biasanya dipakai 1-2 kali seminggu. Kalau terlalu kerap menggunakan skrub, kulit muka boleh melecet. :(

    BalasPadam
  66. agak2 bper tempoh untuk mndapat hasilnya ?

    BalasPadam
  67. kalau buat petua nie, kulit mke kiter mengelupas x

    BalasPadam
  68. @ Tanpa Nama: Cuba buat dalam 1-2 bulan dulu.

    @ ManJer: Masa saya buat, tak mengelupas. Campurkan dengan pencuci muka yg sesuai dgn kulit muka saudari.

    BalasPadam
  69. boleh saye tau

    mengapa kiter perlu menggunakan gula

    aper die punye keistimewaan

    harap ade org yg menjawab soalan saye

    BalasPadam
  70. Salam.. boleh tak kalau saya lakukan ini 1-2 kali seminggu?

    BalasPadam
  71. @ aereakidz: Waalaikumussalam wbt.

    Paling kerap 2 kali seminggu. Elakkan lebih drpd tu. Saya bimbang nnti kulit muka awak melecet.

    BalasPadam
  72. terima kasih ya.. saya dah lakukan selama sebulan dan kulit muka saya semakin putih..

    BalasPadam
  73. @ aereakidz: Sama-sama.

    Alhamdulillah sbb ia sesuai dgn awak. Terima kasih juga sbb sudi kongsi pengalaman di sini. Saya benar-benar menghargainya. :)

    BalasPadam
  74. Petua nie memang mudah..sye akn cuba buat..:)

    BalasPadam
  75. @ Tanpa Nama: Iya. Silan mencuba. Moga berjaya. Amin.

    BalasPadam
  76. askom..sy x gune pncuci muke krim...tapi saye gune pncuci sabun...mcm mane e :)

    BalasPadam
  77. sy gune sabun maxi peel

    BalasPadam
  78. remaja 13 thn boley gne x cara nie

    BalasPadam
  79. boieh jadi keeee:)

    BalasPadam
  80. @ Tapa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Biasanya, kulit muka akan jadi kering kalau cuci pakai sabun biasa yg digunakan utk mandi.

    Melainkan sabun tu mmg khas utk mencuci muka. Contohnya mcm sabun taharah yg dlm kotak hijau.

    - Maaf, saya tak pasti dgn penggunaan sabun maxi peel.

    - Boleh dik. Mmg daripada awal remaja dah boleh amalkan.

    BalasPadam
  81. kalau guna setiap hari boleh tak ?
    malas tunggu seminggu sekali :D

    BalasPadam
  82. @ Tanpa Nama: Saya cadangkan awak agar tidak terburu-buru utk memutihkan kulit muka. Lakukan spt yg disyorkan.

    Apa yg lebih penting ialah konsisten. Jika awak konsisten mengamalkannya itu lebih baik.

    Sebab jika terlalu kerap melakukannya, sy bimbang ia akan menjejaskan kecantikan kulit awak.

    Harap awak memahaminya ya.

    BalasPadam
  83. gila aeiiiiii.....rosak!!

    BalasPadam
  84. lw gna pencuci muka fair&lovely ble ka 2 arrh.???????

    BalasPadam
  85. @ Tanpa Nama: Jika ia sesuai dgn kulit muka awak, tiada masalah.

    Sebab bg sesetengah individu, jenama tersebut berkesan. Manakala ada sebahagian individu lain pula, mungkin ia tidak begitu berkesan.

    Harap maklum.

    BalasPadam
  86. Salam, nk tnye skit nie..
    Klau sya gunakn petua nie agk2nye berkesan ke tidak ea ?
    sbb kulit muka sya memang x cerah sejak dri kecil lgi :-(
    Pls, need reply .. thanks

    BalasPadam
  87. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalm wbt.

    Sebenarnya, saya tidak mampu nak pastikan sama ada ia berkesan utk awak ataupun sebaliknya.

    Sebabnya, ia mungkin berkesan buat sesetengah individu dan begitu juga sebaliknya.

    Namun, saya cadangkan awak cuba dulu dalam 1-2 bulan. Lihat bagaimana perkembangannya.

    Jika positif, teruskan dgn yakin.


    Saya doakan moga awak berjaya mencerahkan kulit muka setelah mengamalkan petua ini dgn izin-Nya. Amin.

    BalasPadam
  88. klu guna 2 hari sekali boleh ka tu...

    BalasPadam
  89. maksud saya 2 kali dalam se minggu

    BalasPadam
  90. cam ni...ada anak jiran sy gelap sangat muka dye umurnya persekitaran 11 tahun...nak tanya budak2 boleh x guna cara nie???Harap maklum...Tq

    BalasPadam
  91. @ Tanpa Nama:

    - 2 kali seminggu kira maksimum. Elakkan lebih drpd tu yea.

    Sebab saya bimbang nanti kulit muka akan bermasalah. Cthnya macam mengelupas ataupun masalah lain yg mungkin timbul.

    Harap awak faham yea.


    - Boleh. Rasanya tiada masalah di situ.

    Sama-sama.

    BalasPadam
  92. xapa lah..krg na try..doa kn yg tbaik oke..

    BalasPadam
  93. @ Tanpa Nama: Oke. Mesti cuba. Buat cuma seminggu sekali. Paling penting, lakukan dengan konsisten.

    Moga berjaya. Amin.

    BalasPadam
  94. gula biasa boleh ke kak??

    BalasPadam
  95. @ Tanpa Nama: Memang guna gula biasa @ gula pasir yg kita guna utk buat air minuman.

    BalasPadam
  96. bena endak kah??!!

    BalasPadam
  97. hm..kalau muke ade bekas jerawat..kalau amal kan petua ni agak2 bekas jrawat 2 leh ilang x??

    BalasPadam
  98. nak tanya nie ..
    ada sesiapa tak yg tau cara or petua nak hilangkan bekas kudis kat kaki? saye nak sangat ... urgent pls ..

    BalasPadam
  99. @ Tanpa Nama:

    - Maaf, saya kurang faham.

    - Untuk bekas jerawat, saya cadangkan awak gunakan lendir lidah buaya.

    - Cuba awak sapu dgn madu lebah ~ Sembuhkan Kudis.


    Harap ia membantu kalian.

    BalasPadam
  100. boleh berkesan kew???

    BalasPadam
  101. sembuhkan bekas kudis yg dah bertahun menggunakan madu lebah ble ker?

    BalasPadam
  102. @ Tanpa Nama:

    - InsyaAllah boleh. Cubalah.

    - Saya harap awak mencubanya dulu ya.

    BalasPadam
  103. assalammualaikum. . .
    Bole prcya ka ne??
    Klau lelaki p0n bole guna ka??hurm?tapi kenapa gula??apa kelebihan gula?.

    BalasPadam
  104. Kalau gune pencuci muka jenis sabun camne?

    BalasPadam
  105. @ Djalzad: Waalaikumussalam wbt.

    Sebenarnya ia terpulang pada diri awak sama ada nak percaya ataupun sebaliknya.

    Baik lelaki mahupun perempuan, boleh amalkan petua di atas.

    Kenapa gula? Sebenarnya jawapannya ada di atas. Harap maklum ya. :)


    @ Tanpa Nama: Jika pencuci muka yg direka khas dalam bentuk sabun, awak boleh gunakannya.

    Tetapi kalau sabun yang biasa tu, elakkan tau. Sebab ia boleh menyebabkan kulit muka awak jadi kering.

    BalasPadam
  106. Kalau buat seminggu 2-3 kali boleh tak??atau buat setiap malam??

    BalasPadam
  107. @ Tanpa Nama: Fungsi petua di atas umpama skrub muka.

    Jadi, saya sarankan awak amalkannya hanya sekali seminggu. Paling kerap pun 2 kali seminggu.

    Usah lebih sebab ia mungkin boleh merosakkan atau mengeringkan kulit muka awak.

    BalasPadam
  108. kalau amal kan tiap2 hari boleh ke ?

    cara ke 3 tu masa kita nak sapu ke muka cmpuran tu nk kene letak air sikit ke ?

    BalasPadam
  109. huhuhuhuhu thank youuu for sharing, kawan pun dah pujii, kulit saya makin cerah, pastuu dia tanya saya pakai olayyy eh? heheheh

    BalasPadam
  110. huhuhuhuhu thank youuu for sharing, kawan pun dah pujii, kulit saya makin cerah, pastuu dia tanya saya pakai olayyy eh? heheheh

    BalasPadam
  111. @ sam: Dalam 1 minggu, amalkan 1-2 kali saja.

    Tak perlu, sam.

    @ syifamort: Syukur, Alhamdulillah.

    Tahniah ya syifa. =)

    BalasPadam
  112. kak , muka sy ne da kesan-kesan merah akibat terpakai mekap yg telah expired , hahaha xD .. ade tak cara na kmbalikan muka sa ke asl?

    BalasPadam
  113. @ Tanpa Nama: Maaf, saya kurang pasti tentang kesan drpd memakai mekap yg dah luput tarikh.

    Tapi, muka saya juga pernah mengalami kesan kemerahan dulu semasa menjalani latihan praktikal di sebuah kilang elektronik.

    Alhamdulillah, saya dapat mengatasinya dengan menyapu muka dgn minyak gamat setiap malam sblm tidur.

    Keesokan paginya barulah saya cuci muka. Namun, masa memulihkan sepenuhnya mungkin memakan masa 2-3 minggu.

    Harap ia membantu.

    BalasPadam
  114. muka sy jg ada kesan2 kemerahan d pipi , ia sngt kasar jika dipegang .. slain gamat ada tak cara lain?? minyak kelapa dara ble erk? krna i2 shja minyak yg sy ade .. huhu

    BalasPadam
  115. @ Tanpa Nama: Kalau begitu, awak boleh cuba gunakan minyak kelapa dara.

    Sebab setahu saya, minyak kelapa dara pun baik untuk kulit.

    BalasPadam
  116. 0ke , thx response .. hrp dpt smbuh dlm brpa mnggu ne ,. klu kte gna minyak klpa dara prlu ke pkai krim muka??

    BalasPadam
  117. n pkai minyak klpa dara tu sesuai digunakan pd wktu mlm or siang???

    BalasPadam
  118. Muke saya tak de masalah tp just nk putihkan.. boleh ke nk gune petua ni?

    BalasPadam
  119. Parut kt muka akan ilang tak klau gune petua ni?

    BalasPadam
  120. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama. Awak boleh pakai minyak kelapa dara pada waktu malam. Lebih selesa. Keesokan paginya barulah dicuci.

    Ketika siang, tidak perlulah memakai minyak kelapa dara tu. Saya bimbang nanti kulit muka awak terlalu berminyak pula. Hal tersebut mungkin menyebabkan awak berasa tak selesa.

    Kesimpulannya, waktu siang awak boleh pakai sama ada pelembap, toner ataupun gunakan krim yg biasa awak pakai.

    Pada sebelah malamnya, barulah awak pakai minyak kelapa dara tu.

    Moga kulit awak segera bebas drpd kemerah-merahan.

    p.s: Pastikan awak tidak ulangi kesilapan sama memakai mekap yg dah "expired" ya.


    - InsyaAllah boleh.

    Moga kulit awak semakin putih dan bersih ya. :)


    - Jika parut, awak sapukan bahagian berparut tu dengan lendir lidah buaya.

    Selamat mencuba & moga parut di muka awak dapat dihilangkan.

    BalasPadam
  121. klau gune ais untuk gantikan air sejuk tu boleh?

    BalasPadam
  122. @ Tanpa Nama: Boleh juga. :)

    BalasPadam
  123. thank ye ... I like it .... I hope this tips can help me .... thank sekali lg ... lau ade tipss yg lain lagi share2 ckit .....hehehehex .....

    BalasPadam
  124. @ sis chris: You're welcome. Ok. I will. :)

    BalasPadam
  125. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  126. air sejuk 2,mksd nya air batu ke???
    ag 1 lau amalkn tiap2 hri blh ke?? xbhaya ke?? huhhuhu..maaf bnyk soalan lak..

    BalasPadam
  127. kak , merah2 kat mka sye dah hilang ;D sye gna tu jerr minyak klpa dara .. mslhnya skg , ada kulit yg kasar2 kat bhgian pipi .. mcm mna ek nak hilangkan?? kulit2 yg kasar tu tak kasar jika di siram gna air sejuk tp ia mula ksar jika terdedah pada pnas .. :( sy ne bru b'umr 14 hihihi

    BalasPadam
  128. @ kisah hidup ku..: Tak semestinya air batu. Air sejuk yg disimpan dlm peti ais pun boleh.

    Ataupun air yg disimpan semalaman di dalam baldi @ sebarang bekas yg bertutup juga boleh.

    Seperti yg saya nyatakan di atas, amalkan hanya 1-2 kali seminggu.

    Harap maklum & bacalah "post" serta ruangan komen dengan sebaik mungkin. :)


    @ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah jika kemerahan tu dah hilang.

    Utk kulit kasar, adik boleh rujuk artikel bertajuk Merawat Kulit Kasar Serta Bintik Hitam.

    Harap ia membantu menghaluskan kulit muka adik.

    BalasPadam
  129. kalau warna kulit muka xsekata bole guna x,contohnya kt pipi cerah,kat dahi dn bawah mulut smpai dagu tu hitam sikit.. cm daki lama gitu? atau bgaimana nk hilangkannya...hrap dpt membantu~

    BalasPadam
  130. trime kasih. sy pn nk try la. :)

    BalasPadam
  131. @ sherri: Sherri boleh cuba cara di atas. Amalkan sekali seminggu.

    Kemudian, amalkan pemakaian bedak sejuk setiap malam. Keesokan paginya, barulah cuci muka.

    Harap ia membantu Sherri & mudah-mudahan kulit Sherri menjadi sekata kelak. :)


    @ Tanpa Nama: Sama-sama. Selamat mencuba & moga berjaya. :)

    BalasPadam
  132. nak cuba tp nak ltak sudu bsar/kecik...

    BalasPadam
  133. @ Tanpa Nama: Cukup sekadar 1 sudu kecil.

    BalasPadam
  134. tak mengelupaskan? insyaalah kalau kita amalkan dan yakin. Allah akan bantu, btol tak akak :D

    BalasPadam
  135. sy ada bekas kudis/melecur kat kaki ,, =( huhu , ia sngt menjengkelkan .. ade tak ptua hilangkn bkas kdis ne erk??? =(

    BalasPadam
  136. @ Tanpa Nama:

    - Bilas muka adik sebaik mungkin.

    InsyaAllah tak mengelupas.


    - Cuba awak amalkan petua Jika Anda Ingin Menyembuhkan Kudis.

    Moga ia membantu awak & saya doakan bekas kudis awak tu lekas sembuh.

    BalasPadam
  137. sy cube kat tangan, dlm masa 2minggu tgn sy jd cerah. tp kat muka masih xnampak perubahan :( xpe.. teruskan mencuba .

    BalasPadam
  138. @ anna: Terima kasih anna. Teruskan amalan tersebut. Usah berputus asa ya.

    Saya doakan moga kulit muka anna makin cerah dan bersih.

    BalasPadam
  139. tapi klu kita tdk gna pencuci muka??

    BalasPadam
  140. @ Nurul Pevensie: Mungkin Nurul boleh gunakan cara lain.

    Antaranya seperti gunakan serbuk/hampas kopi ataupun teh.

    Memula, basuh muka awak dengan air bersih dulu. Kemudian, lumurkan hampas teh atau kopi tadi secara perlahan-lahan ke muka. Elak sental telalu kuat, nanti kulit melecet pula.

    Akhir sekali, bilas muka dengan air bersih seklai lagi.


    Selamat mencuba & moga Nurul berjaya. :)

    BalasPadam
  141. kulit akan menggelupas ke kalau buat bnda ni?

    BalasPadam
  142. @ Nur Aqilah: Ia bergantung kepada kulit seseorang.

    Cuma sepanjang mencubanya, kulit saya belum pernah mengelupas. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  143. assalaimualaikum....ni sesuai untuk semua jenis kulit x?

    BalasPadam
  144. assalammualaikum,nk tanya. benda ni nk buat bila ? malam ke pagi? dia kene buat pagi pastu malam tu pakai bedak sejuk ehh? camtu ke? tolong bagi respon. hehe. :D kalau malam,sebelum tidur ke? sory banyak tanya.

    BalasPadam
  145. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Jika awak gunakannya bersama pencuci muka yang bersesuaian, InsyaAllah ia sesuai dengan kulit awak.

    @ emma: Waalaikumussalam wbt.

    Waktu yang sesuai, sama ada awal pagi ataupun malam sebelum tidur. Pilihlah waktu yang mudah untuk emma amalkannya.

    Cuma pastikan emma amalkannya 1 kali dalam 1 minggu sahaja.


    Satu lagi, mungkin saya boleh berikan satu cadangan khas untuk emma.

    Disebabkan emma pakai bedak sejuk pada waktu malam, emma buatlah begini;

    1. Malam sebelum tidur, basuh muka dengan pencuci muka ataupun sekadar air biasa. Kemudian lap dengan kain bersih.

    2. Pakai bedak sejuk.

    3. Keesokan paginya, ikuti petua di atas.


    Harap ia membantu emma. :)

    BalasPadam
  146. uhhh..faham...terima ksih yer bgi petua...

    BalasPadam
  147. ema x mtang lge bleh pkai ker ptua nie???tkut jrawat tmbuh lar palk..kt kaki nan tngn pun bleh ker???

    BalasPadam
  148. @ emma: Ok, baguslah kalau emma faham. Lega sikit rasanya. Sama-sama.


    Kalau umur emma 13 atau 14 tahun, rasanya dah boleh mula amalkan. InsyaAllah bila dah dewasa nanti kulit emma mesti cerah.

    Tangan dan kaki pun boleh cuba. Tiada masalah di situ.

    Jika emma masih remaja, usah risau sangat pasal jerawat. Sebab biasanya, sesetengah remaja memang akan tumbuh jerawat. Kalau tak silau, ia disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika usia remaja.

    Saya dulu masa remaja pun begitu.

    Adakalanya, sesetengah remaja memang akan tumbuh jerawat pada usia tertentu. Contohnya antara usia 13-16 tahun.

    Tapi usah risau. Jika emma sentiasa jaga kebersihan diri dan tidak makan makanan yang alah pada kulit emma, masalah jerawat boleh diatasi. :)

    BalasPadam
  149. ok..brulah fham trima ksih bnyk2 bgi ptua nie.....emma akan buat sedaya yang munkin..klu xmnjdi plak..hmm tkut lar plak...

    BalasPadam
  150. @ emma: Sama-sama. Saya nasihat emma berfikiran positif. Bayangkan dan hantarkan getaran positif bahawa muka emma putih melepak setiap hari.

    InsyaAllah boleh. Saya pun doakan usaha emma berjaya. Amin.


    p.s: Selain amalkan petua, kita mesti berfikiran positif. InsyaAllah apa yang dihajati akan tercapai. Lagi satu, jangan lupa berdoa kepadaNya.

    BalasPadam
  151. nak tanya, sy slalu cuci muka dgn air je. tak pakai pencuci muka pun sbb kbanyakkannya tak sesuai dgn saya. makin berjerawat adelah .habis tu camne nak amalkan petua nie utk crahkan kulit n mase yg same elakkan pkai pencuci muka eh ? hoho ^^

    BalasPadam
  152. ..trima ksih bnyk2...insyallah emma buat yng trbaik dan brdoa kpadanya...amin...

    BalasPadam
  153. @ Tanpa Nama: Saya cadangkan awak gunakan petua memutihkan muka dengan kopi.

    @ emma: Sama-sama kembali. Amin.....

    BalasPadam
  154. salam .ada tak petua utk ilangkan kurap ? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. InsyaAllah ada.

      Awak boleh rujuk petua hilangkan panau di sini.

      Ataupun klik pada tag "ubat panau".

      Padam
  155. oktant , jenis muka sy nie sensitif sngt lah .. kene jer ckit sinaran matahari timbul kesan kemerah-merahan .. ada tak petua senang hilangkn kesan sensitif nie?? i perlukn sngt =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Saya syorkan awak pakai pelembap muka ataupun "toner" bersesuaian dengan jenis kulit muka sebelum keluar rumah.

      Harap ia membantu.


      p.s: Kalau toner, mungkin awak boleh cuba produk mustika ratu. Sekadar cadangan saya saja ya.

      Padam
  156. toner and then cream face?? bleyh ker?

    BalasPadam
  157. @ Tanpa Nama: Ya, InsyaAllah boleh. :)

    BalasPadam
  158. petua nie blh dijadkan skrub muka kerr???

    BalasPadam
  159. @ Tanpa Nama: Ya. Sebab itulah ia hanya dilakukan hanya 1 kali seminggu. :)

    BalasPadam
  160. nak try jugak lah...kak ada pakai jugak ke petua nie? macam mana kesannye..hehe saja nak tahu sblm mencuba:)

    BalasPadam
  161. @ haidan: Saya pernah buat sebelum ini. Alhamdulillah ada nampak kesan positif.

    Kalau haidan inginkan kesan yg lebih baik, saya syorkan amalkannya dalam jangkamasa yang lebih lama.

    BalasPadam
  162. ada tak petua kecantikan dengan maengunakan garam?he.....he....he...

    BalasPadam
  163. Ee...byk betul si tanpa nma ni tnya itu ini....ntah buat ntah tidak...sakit hati pulak aku mmbacanya

    BalasPadam
  164. saya ika,sye ni bru drjah 6..sesuai ker dgn kulit sye ni....

    BalasPadam
  165. @ norzulaikha: InsyaAllah boleh dik.

    BalasPadam
  166. asalamualaikum, law gune kat tangan ley wat ary2 ke?

    BalasPadam
  167. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Kalau di tangan dan bahagian lain selain muka, rasanya tiada masalah untuk diamalkan setiap hari.

    BalasPadam
  168. tme kseh oktant. law d tgn kne gune ap lak tok dtmbh n gule 2? gne sbun mndian biase pon ley ke?

    BalasPadam
  169. @ Tanpa Nama: Sama-sama.

    Cuba gunakan sabun/krim mandian yang biasa digunakan ataupun yang sesuai dengan kulit awak.

    BalasPadam
  170. oktant , sy baru tahu bedak sejuk ne .. org kata bgs utk memutihkn muka , so cra nak gna nye mcm mns erk? mcm pakai bedak biasa jer ker? soryy p'tnyaan kluar topik .. hehehee

    BalasPadam
  171. @ Tanpa Nama: Iya, ia baik untuk memutihkan dan menghaluskan kulit muka.

    Bedak sejuk yang saya pernah jumpa ada 2 jenis;

    - Jenis ketul atau biji-biji kecil

    - Jenis cecair

    Jadi, kalau jenis ketul, awak campurkan sedikit dengan air kosong seningga sebati. Kemudian, sapukan ke seluruh muka dan leher setiap malam sebelum tidur.

    Manakala untuk jenis cecair, awak goncangkan dulu botolnya. Kemudian sapukan pada seluruh muka dan leher.

    Keesokan paginya barulah awak cuci muka dengan air bersih.

    Kalau boleh, amalkan setiap malam ya.

    BalasPadam
  172. wahhhhh alhamdulilah menjadi, saya selalu buat 3kali seminggu.. Kalau kulit muka yg berminyak tu bole gunakan putih telur, lumur ke muka, insya allah akn menjadi.. Thanks once again : D

    BalasPadam
  173. klu bedak sejuk jenis ketul-ketul blh pakai mcm tu jer ker? tak ya campur air .. blh ke?

    BalasPadam
  174. hahhh ! 3 kali seminggu ! biar betul ne ! tak melecet ker muka wak

    BalasPadam
  175. @ Tanpa Nama:

    - Syukur Alhamdulillah.

    Tapi saya syorkan selepas ini awak kurangkan penggunaannya kepada 1 atau 2 kali seminggu sahaja ya.

    Walaubagaimanapun, saya amat berterima kasih di atas pengalaman dan tip yang awak kongsikan.


    - Kalau bedak sejuk yang ketul, awak boleh campurkannya dengan air sampai sebati. Kemudian, barulah sapu ke seluruh muka dan leher.

    Tapi, kalau awak nak sapu terus ke muka pun boleh. Sapukan hingga rata ke seluruh muka dan leher. Tiada masalah. :)

    Pilihlah kaedah yang sesuai dengan awak.


    - Sebaik-baiknya 1 seminggu saja. Paling maksimum pun 2 kali saja.

    Harap maklum ya.

    BalasPadam
  176. oktant ~ awk ada petua mengecilkan pori@liang roma kat muka? =) share ckit

    BalasPadam
  177. salam,kak yang pencuci muka tu jumlah yg patut digunakan brape bnyk???

    BalasPadam
  178. @ Tanpa Nama:

    - Sebenarnya, liang pori tidak boleh dikecilkan ataupun dibesarkan. Sebab ia bergantung kepada jenis kulit seseorang.

    Jika kulit berminyak, pori-pori kelihatan lebih besar. Terutamanya di bahagian pipi.

    Manakala jika kulit kering, pori-pori agak kecil.

    Jadi, apa yang patut awak lakukan hanyalah menjaga liang pori-pori tersebut agak tidak tersumbat.

    Macam mana nak pastikan ia tak tersumbat?

    Cucilah muka awak dengan pencuci muka bersesuaian 2 kali sehari. Sekali waktu pagi. Sekali lagi waktu petang atau malam.


    - Waalaikumussalam wbt.

    Kuantiti pencuci muka yg digunakan sama seperti ketika awak mencuci muka. Macam biasa. Cuma perlu tambahkan gula saja.

    BalasPadam
  179. jka sy gnekan scrub+gula bleh erkk??

    BalasPadam
  180. @ Tanpa Nama: Saya tak galakkan. Sebab pencuci muka + gula dah berfungsi umpama skrub.

    Jadi, jika awak guna skrub + gula, umpama awak memudaratkan kulit muka.

    Justeru itu, saya syorkan awak gunakan pencuci muka saja.

    Apa yang lebih penting, awak amalkannya setiap minggu dengan konsisten.

    BalasPadam
  181. ada petua utk mengatasi kulit muka yg kering?? ini ain baru 14 tahun ..

    BalasPadam
  182. @ Tanpa Nama: Ada. Cuba ain klik pada pautan di bawah:

    1. Masalah Kulit Kering

    2. Kulit Kering


    Harap ain amalkan mana-mana petua yang sesuai dan mudah untuk dibuat.

    BalasPadam
  183. ok thanks kak .. klau ain gune susu lembu penuh krim bwat brpa kli erk? 1 hari 1 kali ker?

    BalasPadam
  184. 5 - 10 mnt? Kalau 50 saat boleh kah??

    BalasPadam
  185. @ ain: Susu lembu tu, ain rujuk petua yg mana satu ya? Boleh tak bagi link atau tajuk petua yg dirujuk.

    Takut tersalah jawab pula nanti.

    @ Tanpa Nama: Boleh juga.

    Jika tidak silap, dalam 30 saat saja pun mencukupi.

    BalasPadam
  186. ini kak http://petuasejagat.blogspot.com/2012/02/3-petua-hilangkan-kulit-kering.html .. nak bwat brpa kali erk? 1 kali satu hari ker? n cth susu lembu pnuh krim tu mcm susu dutch lady ker? -ain

    BalasPadam
  187. Ain: Seminggu sekali dah mencukupi. Apa yang lebih penting, Ain mesti lakukannya secara konsisten tau.

    InsyaAllah, hasilnya akan dapat dilihat dalam 2-3 bulan selepas mengamalkannya.

    BalasPadam
  188. oke akak .. n thx .. akak susu lembu penuh krim susu dutch lady ker? akak blm jwb soalan ain =( -ain ..

    BalasPadam
  189. @ ain: Sebarang jenama susu kotak. Asalkan ia susu lembu dan halal. :)


    p.s: Maaf ya sebab tak jawab penuh soalan ain tadi.

    BalasPadam
  190. takpe kak .. thx again kak =)

    BalasPadam
  191. kalau x de pencuci muke boleh x....??kalau boleh macam mane cara nye????

    BalasPadam