Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Kopi

Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin.

Risau?? Tentulah risau, kan?

Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.

Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)  


serbuk kopi
Serbuk kopi


Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.


Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;

~ 1/2 kg biji kopi

~ Sedikit minyak zaitun

~ Sedikit tepung sengkuang


Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!

53 ulasan:

  1. salam.... kalo pakai serbuk kopi jek trus boleh tak? sebab susah la nk dari biji kopi...

    BalasPadam
  2. tepung sengkuang tu tepung ape?

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama: Tepung sengkuang atau tepung bengkuang. Kalau dilihat produk ni diperbuat serta banyak digunakan oleh orang Indonesia.

    BalasPadam
  4. kat kedai mane nak cari tepung sengkuang???

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Cuba cari kat kedai yg ade jual jamu dll produk kecantikan tradisional.

    BalasPadam
  6. nak tanya sikit ni. Ada orang kata biji kopi ni pon akan mengurangkan lemak yg ada pada badan. Betul ke?

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Ia mampu mengurangkan timbunan lemak.

    Awak boleh rujuk artikel bertajuk Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi. ;)

    BalasPadam
  8. kalau xpkai tepung sengkuang xpew kew??

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Boleh juga. Cuma kesannya agak berbeza sikit.

    BalasPadam
  10. saya ada mslh parut jerawat kt muka dn parut kudis kat bdn mcm na nk hilgkn cpt?

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Sapu dgn lendir lidah buaya setiap malam sebelum tidur. ;)

    BalasPadam
  12. biji kopi sama ke gn serbuk kopi yg kta dok bt air tu

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Kalau nak guna serbuk kopi yg dlm uncang putih tu pun boleh.

    BalasPadam
  14. kalau guna safi minyak zaitun? boleh ker?

    BalasPadam
  15. @ misz shaden: Rasanya jenama apa pun boleh. Janji minyak zaitun. :)

    BalasPadam
  16. Boleh tak kalau baru masuk remaja gunakan petua-petua macam ni ?

    BalasPadam
  17. @ Fatin: InsyaAllah boleh. Tiada masalah. Lebih elok jika Fatin mula menjaga penampilan diri seawal usia remaja.

    Tapi, lakukannya mengikut aturan yg dicadangkan yea.

    BalasPadam
  18. bley kew klu gne serbuk kopi jew????mcm ssah jew nk cri brang2 semue 2

    BalasPadam
  19. klew gune tanpa tpung sengkuang ?? ble ker ??

    BalasPadam
  20. law guna kopi n mnyak zaitun jak ?? bole ?

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama & lieya: Awak boleh cuba tanpa tepung sengkuang. Mgkn sbb agak sukar utk mendapatkannya, kan?

    Cuma hasilnya mgkn agak berbeza sikit drpd mereka yg amalkannya dgn campuran ketiga-tiga bahan tersebut.

    Harap maklum yea.

    BalasPadam
  22. kalau umur macam saya ni 13 tahu boleh tak

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama: Boleh saja dik. ;)

    BalasPadam
  24. setahu saya tepung sengkuang memang susah nak di dapati

    BalasPadam
  25. tapi di mna di semu kedai di semu soping tiada tepung yang bernama tepung sengkuang kalu tpung beras ade la

    BalasPadam
  26. kalu guna kan tepung beras tak boleh ke

    BalasPadam
  27. @ Tanpa Nama: Awak boleh gunakan 2 bahan tu saja jika mahu. Sbb tepung sengkuang tu susah nak cari.

    Saya kurang pasti dgn penggunaan tepung beras. Harap maaf ya.

    BalasPadam
  28. KALAW KTE WAt stiap ary ley ke?

    BalasPadam
  29. @ Tanpa Nama: Amal seminggu sekali saja. Tak perlu lakukan terlalu kerap ya.

    BalasPadam
  30. kenape kena bilas dengan air garam? boleh tolong terangkan...

    BalasPadam
  31. ader tak petua menghilangkan lubang kat muka bekas demam campak?

    BalasPadam
  32. adoi mcm soalan la korang ni hihi

    BalasPadam
  33. minyak zaitun yg minyak rambut tu boleh jugak ke?

    BalasPadam
  34. @ Tanpa Nama: Minyak zaitun ni sebenarnya banyak kegunaan. Selain untuk rambut, ia baik untuk kesihatan kulit kita.

    Malah, sering juga digunakan untuk masakan dan penyediaan salad.

    Jadi, jawapannya "boleh". :)

    BalasPadam
  35. beli saja bh produk kecantikan di kedai... susah-susah lg mencari.. bgus klu terus putih..

    BalasPadam
  36. tepung sengkuang itu apa yah karena aku kurang tau tepung sengkunag,...selain dengan tepung sengkuang apakah ada alternatif atau cara yang lain,..terima kasih.

    BalasPadam
  37. @ Tanpa Nama: Jika awak ke kedai jamu, tanyakan saja pada penjualnya mengenai tepung sengkuang.

    BalasPadam
  38. kalau lelaki boleh ke ?

    BalasPadam
  39. tepung sekuang x thu.klu tepung gandum bleh tak

    BalasPadam
  40. @ Tanpa Nama: Mungkin awak boleh cuba gantikannya sama ada dengan tepung gandum ataupun tepung beras.

    BalasPadam
  41. @ people: Alhamdulillah. Thanks for your feedback.

    BalasPadam
  42. lama mana makan masa kalau guna kopi dengan tpung beras..

    BalasPadam
  43. Alhamdulillah..jadi..walau tak byk..hehe..thx

    BalasPadam
  44. @ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Tahniah dan teruskan amalan tersebut dengan konsisten ya.

    Insya Allah hasilnya pasti lebih baik nanti.

    BalasPadam
  45. pening lah nak ambil mana tepung sengkuang......dan saye x pernah dengar lahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Nur Aida: Kalau tiada tepung sengkuang, Aida boleh gunakan serbuk kopi dengan minyak zaitun saja ya.

      Padam
  46. kalau kulit kita ada jerawat boleh ke?

    BalasPadam