Petua atau Ubat Demam Panas?

Posted by Encik Oktant at Rabu, September 01, 2010
Ada tak di antara anda yang kena demam panas dalam bulan puasa ni? Jikalau ada, saya nak tambah satu lagi petua demam panas. Bahan yang anda perlukan ialah keman air. Ataupun mungkin ada sesetengah anda yang mengenalinya sebagai setangki. Nama saintifiknya ialah Neptunia Oleracea.



Keman Air- andromeda.cavehill.uwi.edu




Sekarang, ikutilah petua di bawah bagi merawat demam panas tersebut;


1. Ambil beberapa batang pokok keman air termasuk daunnya sekali. :)

2. Bersihkan ia dulu dan rebus sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam sekejap.

4. Kemudian, tapis dan tuangkan air rebusan keman air tadi ke dalam gelas.

5. Minumlah secara perlahan-lahan ya.


Anda boleh teruskan amalan ini sehingga demam panas yang dialami berkurangan dan beransur sembuh.


Selamat Mencuba!


p.s: Selain demam panas, keman air ni turut berkhasiat dalam merawat sakit telinga. Itu akan saya ceritakan kemudian ya. :)

2 komen on "Petua atau Ubat Demam Panas?"

Ietams on September 01, 2010 1:44 PTG berkata...

oh.. pokok ni boleh buat ubat demam panas eh

oktant on September 02, 2010 1:55 PG berkata...

@ Ietams: Saya pun dapat tahu petua melalui pembacaan saja. Belum pernah cuba lagi.

Kalau mengikut pengamal perubatan tradisional, begitulah khasiatnya. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez