Sakit Telinga? Ini Dia Ubatnya.

Posted by Encik Oktant at Sabtu, September 18, 2010
Ada tak sesiapa yang sakit telinga kat sini? Kalau ada, anda bolehlah cuba salah satu daripada dua ubat sakit telinga di bawah yea.


[Cara Pertama] Gunakan batang pokok keman air


1. Ambil beberapa batang pokok keman air.

2. Bersihkan batang tersebut dan kisarkannya bersama dengan sedikit air bersih.

3. Pastikan ia dikisar sampai lumat tau.

4. Bila dah agak lumat, anda titiskanlah air kisaran tadi ke dalam lubang telinga yang sakit.



[Cara Kedua] Gunakan daun dan akar pokok asam gelugor


1. Ambil beberapa helai daun asam gelugor dan bahagian akarnya sekali.

Asam Gelugor dan daunnya - fotopedia.com



Pokok Asam Gelugor - Prof KMS @ Flickr


2. Bersihkan kesemua bahan di atas.

3. Tumbukkannya sampai lumat.

4. Kemudian, perahkan untuk diambil airnya dan letakkan ke dalam sebuah bekas.

5. Akhir sekali, titikkan air perahan tersebut ke dalam lubang telinga yang sakit.


Bagi kedua-dua petua di atas, anda boleh menitikkan beberapa kali sehari air kisaran/perahan tersebut. Lakukan sampailah rasa sakit telinga berkurangan.



Selamat Mencuba!

2 komen on "Sakit Telinga? Ini Dia Ubatnya."

Tanpa Nama berkata...

SAYA NAK TAANYA..INI UNTUK SAKIT TELINGA YG BERDENYUT2 ? BALANCING KURANG DI TELINGA..

oktant on Jun 18, 2011 2:40 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Ada baiknya awak cuba dulu mana-mana petua di atas. Harap maklum yea. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez