Nah... Ini Dia Ubat Lemah Syahwat

Posted by Unknown at Khamis, September 23, 2010
Setelah sekian lama tak sentuh mengenai petua suami isteri, ini dia satu lagi petua mengatasi dilema lemah syahwat. Tentu sekali ia ditujukan khas buat para suami yang bermasalah untuk bertahan lebih lama ketika bersama isteri.


Jadi, apakah petua untuk tahan lama tu?



Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


Bahan untuk amalan petua tahan lama


i. 3 biji telur ayam kampung

ii. 5 ulas bawang merah

iii. 5 ulas bawang putih




Seterusnya, langkah-langkah membuatnya;


1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.

2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.

3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.

4. Kemudian, masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata.

5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.

6. Apabila campuran tadi dah sebati, kukus ia sampai setengah masak.

7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.


Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan. Lakukan secara berturut-turut ya. Jika diizinkanNya, anda pasti mampu bertahan lebih lama semasa bersama. Paling penting, anda dapat membahagiakan isteri tersayang.


Selamat Mencuba!

13 komen on "Nah... Ini Dia Ubat Lemah Syahwat"

kelhome on September 24, 2010 1:10 PTG berkata...

masukkan air perahan bawang tadi ke dalam telur yang telah dipukul rata? hak3

fairus on September 24, 2010 2:08 PTG berkata...

Kukus?

oktant on September 24, 2010 6:44 PTG berkata...

@ kelhome: :)

@ fairus: ya.

Tanpa Nama berkata...

kalau goreng x boleh? lagi sedap..

Tanpa Nama berkata...

goreng pon sodap!hehehe..

Tanpa Nama berkata...

betoi ka hampa ni...

Tanpa Nama berkata...

betul ke memjadi ubat ni encik

oktant on Februari 02, 2012 10:05 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Tuan boleh mencubanya utk kepastian. Insya-Allah.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih. petua yang baik untuk dikongsi. tetapi andaikata lemah syahwat itu disebabkan ilmu hitam atau sihir kena jumpa pakar perubatan traditional sebagai usaha ikhtiar. untuk mengelakkan penipuan dukun/bomoh palsu, saya ingin mencadangkan (melalui pengalaman yg pernah saya alami) supaya menemui ustaz ini: adi wijaya, kg seri belahan, rengit, batu pahat, johor.

oktant on Julai 24, 2012 11:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih kembali di atas perkongsian tuan. :)

Tanpa Nama berkata...

ada tak tempat rawatan lemah syahwat yang tulen dan berkesan mengikut kaedah islam?

Tanpa Nama berkata...

suami je ke kena buat petua ni atau dua2 sekali

oktant on Oktober 30, 2012 6:10 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Saya kurang pasti. Maaf ya.

- Pihak suami saja.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez