Jumaat, 2009 Julai 03

Ubat Menghilangkan Jerawat

Dicatat oleh Oktant di Jumaat, Julai 03, 2009
Masalah jerawat di bahagian muka agak sukar dibendung. Sekiranya kulit muka anda sensitif, maka penjagaan rutin yang lebih teliti perlu dilakukan. Beberapa cara untuk mengatasi jerawat ini pernah saya bincangkan di sini.

Namun, saya faham yang masalah ini tak pernah berakhir kerana setiap hari ada saja di antara kita yang mengalaminya. Walaupun dah pernah cuba pelbagai macam ubat jerawat, kan? Untuk itu, di akhir nanti saya akan berikan semula link berkaitan supaya mudah anda rujuk kembali.

Sementara itu, saya akan terangkan satu lagi cara menghilangkan jerawat di muka anda. Kali ini, anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih.



Gambar daun teh ini diedit dari laman Wikipedia




Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.

3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.


Selamat Mencuba!


P.S: Seperti yang dijanjikan, berikut adalah link berkaitan petua lain untuk mengatasi jerawat anda - Klik di SINI dan anda pilih tajuk artikel yang dikehendaki.

5 ulasan on "Ubat Menghilangkan Jerawat"

Mat`amiT on Julai 03, 2009 3:32 PM berkata...

menarik petua jerawat tuuu

oktant on Julai 03, 2009 5:01 PM berkata...

@ Mat'amiT : Haha... kalo ade jerawat, boleh la try nanti. :)

Tanpa Nama berkata...

jerawat ada tp sy dh uwat rawatan kt ny

sue n syahren honeybunny berkata...

huhuhu tips lain xda kew?benda ni dh bt tp xmujarab mbt kulit lg cela....

oktant on November 22, 2009 4:58 PM berkata...

@ sue n syahren honeybunny : kulit sue lg cela? sy faham perasaan sue dan turut bersimpati.

Setakat ini, tips lain yg ada di blog ini adalah;

1. 1 Lagi Petua Hilangkan Jerawat Batu.

2. Petua Kecantikan: Satu Lagi Ubat Jerawat

3. Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat

Selain itu, sue boleh gak amalkan memakai bedak sejuk (amalkan pakai setiap malam) serta selalulah basuh muka dengan air bersih bila sampai di rumah dan sebelum tidur.

Sebagai tambahan, sue boleh pakai masker. Ambil sebiji telur (amik bahagian putih saja) dan sedikit tepung kastard.

Kacau kedua-dua bahan sampai rata. Sapukan ke muka sue dan biarkan hingga 20 minit. Lepas tu, cuci dengan air bersih ataupun air suam.

Akhir sekali, lapkan muka sue dgn tuala lembut yg bersih.

Buatlah dalam 1 hingga 2 kali seminggu.

Itu saje tips buat kali ini. Kalau ade tips lain, saya akan kongsi dengan sue dan anda semua, okay. :)

Catat Ulasan

Artikel Terkini @ Petua Sejagat

 

Petua Sejagat Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez