Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka?

Posted by Encik Oktant at Jumaat, Julai 24, 2009
Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP).

gambar kulit telur

Gambar hiasan kulit telur



Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.


1. Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.

2. Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak.


kulit telur yang telah ditumbuk

Contoh kulit telur yang telah ditumbuk



3. Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.

4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.

5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.


Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?


Selamat Mencuba!

40 komen on "Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka?"

Tanpa Nama berkata...

bedak sejuk tu jenis yang cair punya ke?

apa cmpuran yg bleh d'cmpurkan selain bdak sejuk?

oktant on Disember 18, 2009 12:16 PG berkata...

Dua-dua jenis pun boleh. Kalau awak guna bedak sejuk yang jenis cecair, tak perlulah ditambah dengan air suam. Begitulah sebaliknya. :)

Untuk petua ni mmg bahannya adalah beduk sejuk dan kulit telur. Tapi kalau nak pakai bedak sejuk aje pun boleh.

AISHAH lovalova on April 22, 2010 3:21 PTG berkata...

thanks , sya akn cuba

Tanpa Nama berkata...

bedak sejuk tu ape khasiat nye eh???
saye dah lame jgk pakai...every nite sye bt tp x nampak ade kesan sgt pon...lg pon nak dapat kat kdai pon murah...
biase nye lg mahal produk tu lg efektif la...
tp yg ni mcm ne plak ek??

oktant on Julai 14, 2010 3:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya pakai bedak sejuk ni masa zaman sekolah. Bertahun-tahun juga saya amalkan.

Kesannya pada saya = kulit muka cerah sikit, halus dan jerawat serta kesannya pun hilang.

Tapi serius, kalau pakai sekejap memang tak nampak hasil. Awak kena rajin pakai dan amalkan. Barulah nampak hasilnya nanti.

Sebab ia murah kerana bedak sejuk ni produk tradisional kot. Tapi tak semua produk murah tu tak berkesan tau.

Tanpa Nama berkata...

Salam...sekadar kongsi pengalaman..beduk sejuk kalau diamalkan mmg mencerah,meghaluskan kulit n memudarkan parut2 jerawat dimuka...saya amalkan sejak sek rendah sb terikut2 kakak sy yg jaga kecantikan masa tu dia dah sek menengah...bila saya blajar di universiti saya masih pakai bedak sejuk cuma bezanya saya pakai bedak sejuk susu kambing la aroma...botol putih n label kuning...hasil lbh memuaskan n ramai yg memuji...:)

oktant on November 02, 2010 9:35 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Terima kasih sebab awak sudi kongsi pengalaman.

Kalau nak bedak sejuk yang murah dan asli, harganya tak silap cuma RM3 sebotol. Ianya dalam bentuk ketulan kecil. Jenamanya saya tak berapa ingat.

Tapi awak boleh tanya kat tuan kedai, bedak sejuk apa yg mmg dah digunakan sejak sekian lama. Kalau peniaga yg dah lama jual, diorang mesti tau. :)

Tanpa Nama berkata...

bedak sejuk yg mcmmana yg sesuai.. sya takut nk cba sebarangan sbb kulit sya nie sensitif... sya cma nk hilangkn htm bwh mta n parut d wajah sya........ pllliiiiiiizzzzzzzzzz help meeeeeeeee...........

oktant on November 21, 2010 12:10 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Bedak sejuk yg biasa aje. Sama ada dalam bentuk ketul ataupun cecair. Tapi awak mesti amalkan setiap hari dan dlm jangkamasa yg lama.

Untuk hilangkan hitam bawah mata, cuba awak lihat senarai dan baca petua berkaitan di SINI

Tanpa Nama berkata...

askum..
boleh sy tahu berapa lame sy kena pakai bedak sejuk kulit telur nie?(berapa minit atau 1 malam?) dan sy menggunakan moisturizer jd perlu ke sy ketepikan pelembap tu dan hny memakai bdak sejuk shj?
thanx..

oktant on Januari 06, 2011 9:08 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Pakai semalaman lebih baik. Jika awak pakai bedak sejuk, tak perlulah pakai pelembap.

Sama-sama. :)

Tanpa Nama berkata...

sy pkai bdak sjuk..n mmg bksn..mse form5 mke sy naek jrwt dgn bnyak n ma suh try ..sy ikt lam mse beberapa bln jrwt sy smkn kurng n skunk dah xde..cube r try sbb klit sy pon jnis snstif p kne hti2 la tkt ade sstgh klit xbleh pkai

oktant on Januari 19, 2011 9:28 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Alhamdulillah... baguslah kalo camtu. :D

Tanpa Nama berkata...

chelz: btul tu.. ckap sal bedak sejuk ni, mmg berkesan.. sye dah amalkan dr form2 smpai form4.. hasilny mmg t'baik.. kulit jd cerah n lembut.. lg baik guna semalaman..

oktant on Jun 10, 2011 12:26 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Sokong. Sy pun pakai bedak sejuk setiap malam masa sekolah dulu. :D

Tanpa Nama berkata...

kalau pakai bedak muka yg biasa tu gantikan dgn bdak sjuk blh x???

oktant on Jun 18, 2011 2:42 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Hasilnya mungkin tak sama kot. Tapi, saya pun tak berapa pasti.

Saya sarankan lebih baik awak pakai bedak sejuk aje. ;)

Tanpa Nama berkata...

salam...
sy nk tanya la, sy pernah cuba buat mask muke hanya pakai telur je tapi sy hanya gunakan telur putih. telur kuning tu boleh ke klu nk sapu skali ek?

oktant on Ogos 26, 2011 3:30 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Selalunya kita pakai sama ada bahagian putih ataupun kuning saja. Sebab kedua-duanya bagus untuk kulit.

Selalunya kalau saya pakai putih telur, bhgn yg kuning sy asingkan & simpan aje dlm peti ais dulu. Begitulah sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

sy nk tnye kulit telur ini untk kencantikn muke yg cmne ea?lbh kpd yg bagaimana?cthnye utk awek muda 0r utk ilangkn jerawat atau yg lain?

che ta berkata...

kpd tanpa nama:
kat mana awk beli bedak sejuk susu kambing la aroma tu..dh byk tempat sy cari tp xde pun..kalo area kl or s'ngor kat mana ye??

Tanpa Nama berkata...

Bedak sejuk mmg bagus..saya prnah amalkan setiap hari..hasilnya,kulit muka saya lebih licin..tapi kene rajin amalkan la..
Selamat mencuba,. :-)

oktant on Februari 06, 2012 4:42 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Kedua-duanya boleh. Insya-Allah. :)

- Betul. Saya setuju. Rajin amalkan baru dpt rasai kesannya.

Tanpa Nama berkata...

masa belasan tahun kulit muka masih okay, senang jaga. skang dah meningkat dewasa ne masih berkesan ka kalo pakai bedak sejuk?? muka saya diserang jerawat pada umur 18thn smpi la skg.. smbuh 50% la tapi bekas jerawat tu byk.. masih berkesan ka tu kalo pakai bedak sejuk??

oktant on Februari 23, 2012 5:37 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh. Selain itu, awak boleh juga gunakan lendir lidah buaya jika nak hilangkan bekas ataupun parut jerawat.

Tanpa Nama berkata...

askom... kalau x pakai bedak sjuk x pe ke ???

Tanpa Nama berkata...

aq pn nk cba la..mna la tw pas aq cba muka aq jdi putih kn..

oktant on April 09, 2012 7:54 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Waalaikumussalam. Utk petua ni, awak perlu gunakan bedak sejuk.

- Slakan. Mudah-mudahan kulit muka awak makin cerah.

karipap donat on April 13, 2012 9:44 PTG berkata...

kulit telur bila tumbuk mesti busuk hehehe

oktant on April 13, 2012 11:59 PTG berkata...

@ karipap donat: Bergantung pd orang juga kot. Ada yg tahan baunya & begitulah sebaliknya. :)

Tanpa Nama berkata...

cm na nk tau bedak sejuk yg ori atau yg tiruan

oktant on Mei 28, 2012 10:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Soalan yg baik. :)

Tapi mohon maaf bebanyak. Saya kurang pasti. :(

Tanpa Nama berkata...

salam , sye kdang2 pkai bdk sjuk, nuteen, putih telor, pencuci muke gne safi. bleh ke buat cam 2? because slalu ade kesan, tpi kdang2 x de kesan. mne yg lbih bgus untuk sye gunekn? or ade cra lain? please... sye btol2 nk thu... rmai dh tegur jrawat n bintik itam sye. tmbhn pula muke sye nie berminyak.. please tlong sye...

oktant on Jun 11, 2012 10:27 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Begini, awak boleh pakai bedak sejuk setiap malam sebelum tidur.

Cuci muka awak 2 kali sehari dgn pencuci muka safi tu. Pagi sekali dan semasa mandi petang sekali.

Untuk putih telur, amalkan hanya sebulan sekali.

Sekiranya awak rasa kurang selesa dengan keadaan kulit muka semasa belajar @ bekerja, cuci muka dengan air bersih dan lap dgn kain lembut.

Mengenai nuteen, saya kurang pasti. Boleh saya tahu, ia untuk apa sebenarnya?

-FaRaHiShAk- on September 01, 2012 11:53 PTG berkata...

Assalamualaikum..
saya nak tanya,selepas cuci muka je..
di celah-celah hidung saya mengalami kemerahan dan mengelupas.selepas dah kering celah hidung saya menjadi spt ruping...kenapa jadi mcm itu ek???
tolong lah bagi tahu apa sbbnya....

Tanpa Nama berkata...

tapi saya sebagai ahli gastronomi dan sbg ahli sains makanan tidakla menyarankan kaedah seperti ini.
Hal ini kerana telur membawa virus salmonella yg sgt merbahaya.. adakah dgn mencuci telur itu suda mencukupi menghilangkn virus yg ada? suda tentu tdk bukan.. guna cara lain,byk lgi alternatif yg lain..

oktant on Disember 19, 2012 1:19 PTG berkata...

@ -FaRaHiShAk-: Waalaikumussalam wbt.

Kalau kulit mengelupas sedikit, ia merupakan proses biasa untuk merawat kulit Farah. Dalam beberapa hari atau minggu ia akan beransur pulih. InsyaAllah.

Tetapi kalau mengelupas agak teruk, mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan Farah.

Farah boleh bertukar ke produk lain ataupun berjumpa dengan doktor jerawat untuk dapatkan pandangan dan nasihat.


@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas maklumat awak. Ini sesuatu info yang baru untuk saya.

Jika begitu, para peniaga makanan perlu ambil berat akan hal ini. Sebab apa yang saya lihat sendiri, kebanyakannya langsung tidak membasuh telur yang digunakan.

Tanpa Nama berkata...

hehee.. nak cuba laaa... ^.^

Tanpa Nama berkata...

um, tp sbnarnya brapa jam patut biarkan bedak sejuk tue kat muka kita?

oktant on April 25, 2013 6:58 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Silakan. Moga berjaya ya.

- Biarkan sampai ia kering. Biasanya dalam anggaran 20 - 30 minit.

Kalau nak pakai masa tidur malam pun boleh. Keesokan paginya baru cuci.

Terpulang kepada keselesaan awak ya. Moga berjaya mendapat hasil yang terbaik.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2013 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez