Rabu, 2009 Julai 08

Cara Menghaluskan Kulit Muka Anda

Dicatat oleh Oktant di Rabu, Julai 08, 2009
Kulit muka yang bersih dan halus tentunya menjadi idaman anda semua. Begitu juga dengan masalah tompok hitam di muka. Pasti anda seboleh-boleh nak mengelakkannya daripada berlaku, kan?

Baiklah, di sini ada satu petua yang berfungsi untuk kedua-dua tujuan di atas. Iaitu menghaluskan kulit dan mengelakkan masalah tompok hitam pada wajah. Anda cuma sediakan sesudu susu pekat manis, sedikit air panas dan kapas.


Cara melakukannya;


1. Ambil satu sudu besar susu pekat manis.

gambar susu pekat manis

Gambar susu pekat manis ini diambil dari David Chin-Flickr



2. Campurkan susu tersebut dengan sedikit air panas.

3. Kacau campuran tu sehingga ia cair.

4. Kemudian, ambil kapas dan gunakannya untuk meratakan campuran susu dan air tadi ke seluruh muka anda.

gambar kapas muka

Gambar hiasan kapas muka



5. Biarkan ia kering selama beberapa minit.

6. Akhir sekali, bilaslah wajah anda dengan air bersih.

Amalkanlah 2 atau 3 kali seminggu agar hasrat anda untuk memiliki kulit muka yang cantik serta mengelakkan masalah tompok hitam tercapai.


Selamat Mencuba!


p.s: Beberapa petua lain untuk memelihara dan penjagaan kulit muka anda akan menyusul kemudian. Nantikannya yer. :)

3 ulasan on "Cara Menghaluskan Kulit Muka Anda"

Tanpa Nama berkata...

GINI.CARO DIO MU KIKIS MUKA MU DENGAN PISA.AKU SERO GERENTI HILE.....YUSRAI CHAWAS

Tanpa Nama berkata...

kepada yusrai chawas.....awk wtlh g2 lu kt muka awk..gerenti ramai org nk tgk hsilnyer.....

oktant on Disember 20, 2009 11:32 AM berkata...

huhu... dia ni mmg tak sayang muka agaknya.

Catat Ulasan

Artikel Terkini @ Petua Sejagat

 

Petua Sejagat Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez