Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!
Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Gambar hiasan
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.
Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.
Sebagai contoh:
Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,
Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),
Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)
Minum petang (3.30 - 4.00 petang)
Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Semoga 10 tip kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!
p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?
p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Jika anda serius nak kuruskan badan, saya syorkan anda ikuti panduan kuruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan ni betul-betul yea.
295 komen on "10 Tips Ringkas Kuruskan Badan"
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 295 daripada 295 Terbaru› Baru»@ Tanpa Nama: Di samping diet, awak jangan lupakan senaman gak. Kedua-dua faktor ni mesti seiring dan sejalan. Barulah lengkap rutin kita. :D
Saya tgh diet ni kak.....brat saya 85 tggi saya 154kg...sy mmg xd kyakinan untk brhdpn dgn smua org......skrg saya tekad untk kawal pmakanan sy......sy mkn oat dan ambik teh herba org kg...rasa ok x cra sya ni?
@ Tanpa Nama: Pada saya diet awak mmg ok. Tapi, jangan abaikan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pelbagaikan menu supaya kita tak bosan memakan benda yg sama setiap hari.
Lagi satu, lakukan juga senaman yea. Mudah-mudahan usaha awak dipermudahkan-Nya. Amin.
kNaPA PeRtaMa SeKALI mERaNcaNg UnTUk mKaN SiKIt pAdA makaN TEnGaH hArI buT klAu dah MKaN....uiSh..TeRlEBiH2 X bLeH daH dTaHAn HaWa NAfSu 2....
@ Tanpa Nama: Bagi saya, tiada masalah kalau nak makan lebih sikit pd waktu tengah hari. Sbb kita masih bergerak aktif slps itu.
Tapi kalau nak makan sikit juga, cuba biasakan makan buah-buahan dulu sblm mengambil hidangan berat. Cthnya macam epal, lai, pear dll.
Pada waktu petang/malam, barulah awak kurangkan kuantiti makanan & kalori yg diambil.
yes!tips yg hebat untuk turunkan berat badan..,tambah pulak bila pakai Corset Terapi Premium Beautiful untuk mencepatkan lg untuk penurunan berat badan menjadi ideal dan menjadikan bentuk tubuh badan yang menarik dan anggun dengan serta merta.. untuk info lebih lanjut layari web saya http://www.salwacorset.com
@ CORSET TERAPI NO.1 DI MALAYSIA: Terima kasih. ;)
sy ade bace komen atas3 tu , dia ckp dia skip x makan nasik, cuma mkn syur dan ikan, byk minum air kosong , bykkn makan sayur n buah je, sy masih belajar lagi di universiti, kalau sy skip mkn nasi, rasa mcm letih sgt . mcm mana nk buat ye ??sedihla semua kenalan rapat, kawan2 dan keluarga ckp sy gemuk , sy memang dilahirkan dengan size yg sederhana besar tp sejak masuk universiti berat badan sy naik hampir 70 kg dengn ketinggian 156cm. mase umur 14 tahun, berat sy 60 kg, tp naik umur 16-18 tahun sy dapat turunkan berat smp 50kg disebabkan aktif main di sekolah, sekarang dah masuk U dekat 70 kg. sedih sgt :( kadang2 sy menangis seorang diri memikirkan masalah berat badan ni, di universiti saya cuba juga merajinkan diri kebelakangan ini petang2 naik basikal dan berjoging, tp sy rasa berat sy tak turun pun?? lg satu, perut pun buncit, susah nak cari baju lawa-lawa sbb size limit. :(
@ yann: Saya tak pernah tinggalkan nasi. Cuma kawal pengambilannya saja.
Tapi, kekadang terlebih ambil gak. Cuma bila dah ambil banyak, aktiviti fizikal pun mesti dilipatgandakan gak. Cthnya mcm lebihkan aktiviti yg yann selalu buat spt berbasikal & joging.
Kalau duduk di kolej kediaman, bolehlah naik tangga & turun tangga beberapa kali sehari.
Seperkara lagi, yann boleh minum teh o limau suam @ panas semasa makan tengah hari & makan malam sekiranya perut buncit. Kalau boleh yg tanpa gula tau. Lepas tu, air suam pun mesti diambil gak.
Perkara ni mmg memakan masa. Jadi, yann mesti teruskan usaha & jgn pedulikan apa yg orang lain kata. Bila dah slim esok, mesti ramai yg akan tanya....Ehh yann, macam mana ko boleh kurus ni ek? Ce citer...
Ok yann, semoga kurus dah sihat yea. Jangan berputus asa & yakin dgn usaha anda. :D
bdan makin lama makin naik..perut buncit..punggong besar..mcm mna nk kuruskan bdan nie..ada sape2 leh bg tips tak..?
salam....kenape yek...diawal diet saye lose 5 kg,..then tak turun2...ape sebab yek>>>
tinggi saya 158.berat asal 49kg.cuti spm, jadi 70kg..huhuhuu..pastu kawan-kawan ejek. saya nampak lagi tua dari usia sebenar.bila umor saya 24, saya sendiri tak perasan yang berat saya dah turun jadi 53kg..tapi apa yang pasti, air masak sentiasa ada dgn saya.nak tido, bangun tido mesti kena minum air..saya memang sejak dulu tak suka minum manis-manis tapi bab makan, saya hentam je..saya rasa sebab utama saya hilang berat badan, adalah minum air masak secukupnya dan saya sgt suka berjalan..kgd2, tgk tv pun berdiri.makan saya xkawal sgt tapi plg2 lewat saya makan, jam 8 mlm..kerja saya sebagai Penolong Peg. Peubatan memerlukan saya banyak berjalan, berfikir dan sentiasa dahaga..percayalah, dengan minum air masak, berat badan mampu turun..
ramai cakap gemuk itu comel tapi ada juga ketawakan orang gemuk..orang ketawakan orang gemuk sebab mereka cemburu tidak jadi seperti orang gemuk itu.
@ Tanpa Nama:
- Perut buncit = lebihkan senaman di bhgn perut, elak makan sambil minum, amal minum teh o limau atau air limau tanpa gula slps mkn tengah hari & malam (jika tiada sbrg penyakit la).
Punggung besar = berbasikal sekerap yg boleh atau lebihkan senaman pd bhgn tersebut.
Alternatif lain? - pakai korset pembentukan badan aje setiap hari.
- Waalaikumussalam wbt. Terus amalkan pemakanan yg sihat & lebihkan senaman.
Tinggalkan minuman berais, bergas dan yg manis-manis. Beralihlah kpd minuman suam, panas & kurang gula.
- Terima kasih sudi kongsi pengalaman. Harap awak dpt teruskan semua yg baik & perbaiki mana yg kurang ya.
- Apa yg penting ialah kita miliki berat badan yg normal dan sihat sejahtera, kan?
Sbb ada orang, ada yg kelihatan gempal sikit tp bmi dia normal.
shaloom .
saya reny, n m`punyai ketinggian 159 tapi berat badan 57kg.. OMG ! umur baru 18thn , ayoo.. apa patut saya lakukan ..takut gemuk laaa.. saya cuba diet tapi kekadang miss.. tak ape ke kalo takk makan nasi dalam 1bulan ke atau setrusnya? bagi nasihat sikit ..:(
shaloom .
saya reny, n m`punyai ketinggian 159 tapi berat badan 57kg.. OMG ! umur baru 18thn , ayoo.. apa patut saya lakukan ..takut gemuk laaa.. saya cuba diet tapi kekadang miss.. tak ape ke kalo takk makan nasi dalam 1bulan ke atau setrusnya? bagi nasihat sikit ..:(
@ reny: Waalaikumussalam wbt.
Rasanya bmi awak ni normal. Awak cuma perlu kekalkan rutin harian yg aktif & sihat.
Pada saya, boleh saja ambil nasi setiap hari. Cuma ambil dlm kuantiti yg sederhana mengikut kesesuaian dgn aktiviti yg dilakukan setiap hari.
Sebagai pilihan, boleh ambil beras perang sebagai ganti.
salam..
saya bee...sye tnsion sgt2 skang...berat sye 55kg tggi plak 153...dlu mse study at ipt brat sye juz 47kg jew..tp skang naek mdadak 7kg..sye dlu mmg owg yg bsukan,tp start keje saya tak de mase untuk smue tu..sye de tpk nk diet juz mkan oat jew tanpa mkn nasi..tp btul ke cra sye tu..boleh sape2 bg idea untk diet yg tepat untuk owg mcm sye tak...sye malu org ramai tgur saye tembam..
@ bee: Waalaikumussalam wbt.
Bagi saya, bee boleh ambil nasi jika mahu. Boleh gantikan beras biasa dengan beras perang.
Apa yang penting ambil nasi dalam kuantiti yg bersesuaian dgn aktiviti seharian bee.
Kemudiannya, jika teringin makan nasi pada waktu malam, cuba usahakan memakannya sebelum jam 8 malam.
Untuk minuman, minumlah teh o limau suam tanpa gula ataupun air limau suam tanpa gula sebagai pilihan ketika makan tengah hari mahupun malam.
Sebagai alternatif lain, bee boleh ambil nasi selang 2 atau 3 hari sekali.
Oat tu pula boleh diambil ketika sarapan pagi. Boleh campurkan dgn buah-buahan lain spt pisang, kiwi dan seumpamanya bagi membuatkannya lebih menarik.
Lagi satu, selain menjaga pemakanan, aktiviti fizikal pun mesti dilakukan. Jika tidak, mmg agak sukar utk menurunkan berat badan.
Harap ia membantu bee.
saya berumur 17 . berat saya 85 . tinggi saya 167sm , macam mana pula hendak turunkan badan ke berat badan yang ideal .berapa pula hendak diturunkan dalam masa yang ditetap kan . tetapi saya adabentuk badan cuma ada tempat yang bermasalah kegemukan.
blh sy copy x article nih ??
@ Yoshikuni Sachiyo: Boleh. Silakan Yoshikuni-san. ;)
hmmm susah btl nk kurus kan bdn...dh kurangkan makan tapi senaman kurang buat :)..besela tak da masa..canner ek..
@ siti: Saya harap Siti luangkan sedikit masa utk bersenam. Mulakan dgn perkara yg mudah dulu. Cthnya spt berjalan kaki, mengemas rumah & berbasikal.
Elakkan berikan alasan tiada masa sbb masa itu ada, cuma rasa malas yg membantutkan usaha kita.
Harap Siti memahaminya ya.
Moga Siti berjaya kurus & langsing ya. Amin.
wanna reduce weight?
wanna gain weight
add me at facebook.
keray alis.
adoi umur 35 tahun matabolisma dah makin turun....berat dh nak masuk 95 kg...tgh diet sekarang tapi tak nak urun2 juga...naik ada la..tinggi 160 cm jer>>
sy nk tny mknn mcm mn nk krs bdn .klu mknn msm mcm limau blh ah
nok kurus badan tapi tok jadi.pade muko dia
hahahahahaha
wina tolo
@ Tanpa Nama: Lepas makan tengah hari dan makan malam, boleh amalkan minum teh o limau suam tanpa gula. Ataupun air limau suam tanpa gula.
Tapi jgn terus minum lepas makan. Tunggulah beberapa minit. Paling elok, tunggulah 30 minit.
Kalau tak tahan pd permulaannya, sekurang-kurangnya tunggu 2 minit lepas makan baru minum.
Mengenai makanan yg masam-masam pula, sebenarnya ia tidak begitu elok diamalkan selalu. Ia boleh menyebabkan gout di kemudian hari.
Tak semua limau masam. Limau mandarin ada yg manis. :)
salam..kalau saya yg tgl di asrama susa mau amalkan makan mlam jam 6.30-7.30 kerana makan mlam mengikut jadual jam 8 malam. .adakah masa itu saya masi boleh makan malam????
@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.
Boleh juga. Tiada masalah.
Cuma pastikan awak makan mengikut keperluan tubuh.
Maksudnya, jika awak agak aktif waktu malam, boleh makan lebih sedikit drpd biasa.
Sebaliknya, jika awak kurang aktif, makanlah pd kuantiti yg sedikit ataupun sederhana.
Harap ia membantu ya.
p.s: Usah risau sangat jika tak dpt makan awal. Apa yg penting, kuantiti makanan yg diambil mestilah digunakan sepenuhnya oleh tubuh awak. Ini bg mengelakkan ia bertukar menjadi lemak.
dulu sy suka bersenam kat luar, sbb dulu x bertudung so senang sket nak exercise kat luar. Tapi skang nie, sekalipun semangat berkobar2 nak bersenam fikir 2 3 kali dulu, leceh nak pkai tudung bagai. So skang sy juz bersenam dlm umah je. Dulu waktu kuruskan badan sy ilangkan 10kg dlm 3bln tapi bukan mudah.. Sy hentikan pengambilan nasi hanya ratah lauk, mkn buah2an, n minum air bnyk. Senaman plak, sbbkan sy xreti nak berenang sy gantikan dgn berbasikal wlupun ketika itu sy xtau nak berbasikal, ada lah 2 3kali jatuh tergolek, tpi kurus punya pasal redah je dan alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Kuruskan badan nie sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri, yg penting semangat. Skang nie sjak da tutup kepala sepenuhnya( no escape), sy cuma bersenam kat rumah.. Klu xdak peralatan senaman, bersenamlah sprti korang guna peralatan tue.. Sebagai cth, berbasikal dgn cara berbaring( mudah je). Klu payah sgt pun cuba bukak tv LIFE INSPIRED, dari kul 6.00am hingga 8am mcm2 senaman yg ditunjukkan juz ikut je. Air kosong jgn tinggalkan sama sekali. Ada fakta mengatakan air kosong dpt membantu menghilangkan rasa lapar, kLU xcaye cuba buat. Setiap kali korang rasa lapar antara tempoh waktu mkn tue mkn buah2an ( tpi mcm sy x mampu sgt nak slalu beli buah gantikan ngan air kosong) insyaAllah berjaya. Lagi satu, cuba pampang kat bilik korang baju yg korang nk sgt pkai time kurus, catatkan pemakanan anda sepanjang hari. TIPS NIE CUBA DULU SELAMA 3BULAN, PERCAYALAH PASTI BERJAYA. INSYAALLAH :)
@ Tanpa Nama: Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan atas kejayaan puan.
Kagum dgn semangat puan. Teruskan amalan meminum air masak, makan buah-buahan di samping senaman yg berterusan.
Moga puan dapat mengekalkan rentak dan berjaya memiliki berat serta bentuk badan yg ideal. Amin.
tips yg senang dan mudah diikuti..sy ada perkongsian juga tentang pemakaian set premium beautiful dapat memberikan bentuk tubuh badan yang ideal. pembakaran lemak dengan sinaran FIR yng dapat membantu..dan sekali gus dapat memberikan kesihatan sepanjang hayat InsyaAllah kerana pemakaian premium beautiful adalah 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan. untuk mengetahui kehebatan dan keajaiban premium beautiful sila layari siticorset.blogspot.com atau add fb saya Ct Twins
Betul tu. Sudah tiba masanya kita susun jadual makan kita. Mula2 memang susah skit. Lama2 nanti dah biasa.
@ Ct Twins: Terima kasih. :)
@ zaidi: Saya setuju dgn zaidi. Sebenarnya dlm apa jua perkara sekali pun, perkara yg paling sukar ialah "memulakan". Ataupun langkah pertama.
Lama-kelamaan ia pasti menjadi kebiasaan. :)
macam mana nak turunkan berat badan yang melampau
berat badan saya 58, tggi dalam 162 mcm tu. perut ok je. tk buncit sgt. mslhnya, paha n pinggul brisi. pkai suar dlm saiz pinggang 28 mcm tu, pinggang ok tp bile dkt paha n pinggul bsar. aduhh,, any idea? tq. (:
@ Tanpa Nama:
- Saya syorkan awak amalkan pemakanan seimbang dan bersenam.
Mulakan langkah pertama sekarang juga. Lepas itu, teruskannya secara konsisten.
Saya yakin berat badan boleh turun sedikit demi sedikit. Paling penting, kita mesti bersabar melalui detik tersebut.
Di samping itu, kita mesti yakin & bersikap positif dgn usaha yg dilakukan. Jauhi sikap negatif dlm diri mahupun orang sekeliling.
- Cuba lebihkan senaman pada bahagian paha dan pinggul.
Antara pilihan yg mudah ialah menaiki tangga ataupun berbasikal.
- Terima kasih & saya gembira jika ia benar-benar membantu Jijah. :)
Just nk kongsi....dulu tahun 2009 my weight 72kg dgn tggi 151..hehe domok gilos... but then bl da smpai msuk 'u'realise...ya rabbi gemoknya aku....sbb apa??bkn sbb kwn2 kutuk or what tp bl jln jauh ckit...mengah...duh..xlarat nk naik tangga lama2..cungap....bl da realise bdn gemok..ms cuti sem...pk..'girl..if u gemok,u xsihat n cepat mengah..nanti ssh nk bt aktiviti...hurm...then trus amik inisiatif nk kuruskn bdn..tpula kalo kate xterpk nk amik ubat..tp pk blk..mkn modal r plk kalo pkai ubat... apa lg..jdkn permainan PS2 sbgai pendorong...eheh..k..ni nk share cr aku plak kuruskn bdn...
7@8am...
Bgun n slow jogg...sejam
Tepat pkl11 tiap2 hari..
Sarap: yogurt anlene(sgt baik utk kuruskn bdn)
Pukul 1...
Main game ps2..game dance(sejam)
(trust me..game ni kuar peluh kaw2 tanpa perlu berpanas kn matahari...)
Pkul3...
Mknla fitness!!n susu anlene...pergh syiok...
Pkul 5.30
Aerobik...gl best..sejam xtrase lnsg...
7.00
Mandi...n mknla semangkuk buah2 cmpur or sayur2 cmpur...or ape2 yg rebus n bakar..
Tula care i kuruskn bdn..n yes i xmkn nasik lansung...sbb i pnye gemok obes..so sgt2 kn jg..n yes i senam seari 3 jam maknanya..sbb...byk yg kite nk trunkan bykla yg u kn usaha..guys..no pain no gain..n guess what??beautiful is pain....huhuhu
n utk pengetahuan...i da 49kg... Dlm masa sebulan....mmg ekstrem..tp tu nekad..heheh..
P/s..mmh standard pd fasa pertama kt pnye penurunan sgt cpat..smpai satu tahap bert kita akn stay kat situ je....tp that tine jgn give up..sbb dia nk pcahkan ke kg berikutnya mmgamik masa..time tu kuatkan azam..n buat je apa yg da dibt..sbb apa???bl da 21 ari korang jalankn rutin yg sma haro2 then korg da terbiasa but if u stop walaupn seari..huhu..then u owt..thats all..slamat berkurus...
Just nk kongsi....dulu tahun 2009 my weight 72kg dgn tggi 151..hehe domok gilos... but then bl da smpai msuk 'u'realise...ya rabbi gemoknya aku....sbb apa??bkn sbb kwn2 kutuk or what tp bl jln jauh ckit...mengah...duh..xlarat nk naik tangga lama2..cungap....bl da realise bdn gemok..ms cuti sem...pk..'girl..if u gemok,u xsihat n cepat mengah..nanti ssh nk bt aktiviti...hurm...then trus amik inisiatif nk kuruskn bdn..tpula kalo kate xterpk nk amik ubat..tp pk blk..mkn modal r plk kalo pkai ubat... apa lg..jdkn permainan PS2 sbgai pendorong...eheh..k..ni nk share cr aku plak kuruskn bdn...
7@8am...
Bgun n slow jogg...sejam
Tepat pkl11 tiap2 hari..
Sarap: yogurt anlene(sgt baik utk kuruskn bdn)
Pukul 1...
Main game ps2..game dance(sejam)
(trust me..game ni kuar peluh kaw2 tanpa perlu berpanas kn matahari...)
Pkul3...
Mknla fitness!!n susu anlene...pergh syiok...
Pkul 5.30
Aerobik...gl best..sejam xtrase lnsg...
7.00
Mandi...n mknla semangkuk buah2 cmpur or sayur2 cmpur...or ape2 yg rebus n bakar..
Tula care i kuruskn bdn..n yes i xmkn nasik lansung...sbb i pnye gemok obes..so sgt2 kn jg..n yes i senam seari 3 jam maknanya..sbb...byk yg kite nk trunkan bykla yg u kn usaha..guys..no pain no gain..n guess what??beautiful is pain....huhuhu
n utk pengetahuan...i da 49kg... Dlm masa sebulan....mmg ekstrem..tp tu nekad..heheh..
P/s..mmh standard pd fasa pertama kt pnye penurunan sgt cpat..smpai satu tahap bert kita akn stay kat situ je....tp that tine jgn give up..sbb dia nk pcahkan ke kg berikutnya mmgamik masa..time tu kuatkan azam..n buat je apa yg da dibt..sbb apa???bl da 21 ari korang jalankn rutin yg sma haro2 then korg da terbiasa but if u stop walaupn seari..huhu..then u owt..thats all..slamat berkurus...
Just nk kongsi....dulu tahun 2009 my weight 72kg dgn tggi 151..hehe domok gilos... but then bl da smpai msuk 'u'realise...ya rabbi gemoknya aku....sbb apa??bkn sbb kwn2 kutuk or what tp bl jln jauh ckit...mengah...duh..xlarat nk naik tangga lama2..cungap....bl da realise bdn gemok..ms cuti sem...pk..'girl..if u gemok,u xsihat n cepat mengah..nanti ssh nk bt aktiviti...hurm...then trus amik inisiatif nk kuruskn bdn..tpula kalo kate xterpk nk amik ubat..tp pk blk..mkn modal r plk kalo pkai ubat... apa lg..jdkn permainan PS2 sbgai pendorong...eheh..k..ni nk share cr aku plak kuruskn bdn...
7@8am...
Bgun n slow jogg...sejam
Tepat pkl11 tiap2 hari..
Sarap: yogurt anlene(sgt baik utk kuruskn bdn)
Pukul 1...
Main game ps2..game dance(sejam)
(trust me..game ni kuar peluh kaw2 tanpa perlu berpanas kn matahari...)
Pkul3...
Mknla fitness!!n susu anlene...pergh syiok...
Pkul 5.30
Aerobik...gl best..sejam xtrase lnsg...
7.00
Mandi...n mknla semangkuk buah2 cmpur or sayur2 cmpur...or ape2 yg rebus n bakar..
Tula care i kuruskn bdn..n yes i xmkn nasik lansung...sbb i pnye gemok obes..so sgt2 kn jg..n yes i senam seari 3 jam maknanya..sbb...byk yg kite nk trunkan bykla yg u kn usaha..guys..no pain no gain..n guess what??beautiful is pain....huhuhu
n utk pengetahuan...i da 49kg... Dlm masa sebulan....mmg ekstrem..tp tu nekad..heheh..
P/s..mmh standard pd fasa pertama kt pnye penurunan sgt cpat..smpai satu tahap bert kita akn stay kat situ je....tp that tine jgn give up..sbb dia nk pcahkan ke kg berikutnya mmgamik masa..time tu kuatkan azam..n buat je apa yg da dibt..sbb apa???bl da 21 ari korang jalankn rutin yg sma haro2 then korg da terbiasa but if u stop walaupn seari..huhu..then u owt..thats all..slamat berkurus...
@ marsitah: Wow, tahniah di atas usaha gigih & kejayaan awak. Moga ia menjadi pendorong kepada kengkawan lain.
skdr nk share...
slain diet seimbang :cara mudah utk mreka yg bkerja n malu untuk brsenam d hadapan orng ramai:
***treadmill 40 minit ( jogging )
***magnetic bike 30 minit
***slim belt 2 kali shari
*** sit up 20 set tiap kli bgun n nak tdo..
erm..bkn nk promote, tp ni cra sya n so far ok le stkat ni...coz sy ni pmalu n bz ckit..xde msa nk bsenam kt gym or kat luar..
sharing is caring :-)
@ Indra- Mardina: Terima kasih di atas perkongsian awak ya. :)
skrg saya sedangkan jalani diet tidak mkn nasi , hanya makan sayur,telur,daging,ayam. . tidak sentuh biskut apapun. . .no quacker oat. . tak minum air bergula. .kentang,bawang,pun x boleh. . .buahpun x mkn. dan amalkan minum air kosong 3liter. . senam seminggu 5 kali utk 15 minit. . dan dlm sebulan turun 3kg :-)
sya bru form 3. since 2008 berat saya 50 kg waktu darjah 5, tinggi 150cm. org dok kata sy gemuk time tu wt sy stress smpai ke hari brt sya naik mencecah 8okg dgn tinggi 160. awal tahun tu brt sya 85 pastu turun 5kg sbb sy buat diet,skipping tiap hari tp sy dah xbuat lg tu sbb tu dh xturun, smangat dh hilang...lg satu, sy sgt malu nk ckp kt mak sy yg sy nk diet!!!...sy nk jd sihat n boleh bersukan coz sy mmg suka bersukan,,disebabkan bdn gemuk sya malu nk jogging sesorang..
Satu artikel yang bagus. Paling penting adalah kita mesti mempunyai target yang jelas, rutin yang konsisten dan paling penting kena sabar. saya dah cuba turunkan berat dengan mengawal pemakanan dan exercise yang simple. Walaupun x laju tapi at least konsisten turun 300g-700g setiap minggu. Until now already 6kg slowly.... sabar tu ada ganjarannya.
@ Anonymous:
- Terima kasih atas perkongsian awak.
Pun begitu, saya cadangkan awak berdiet secara seimbang. Pengambilan karbohidrat, protein, vitamin, bijirin dan lemak pada kadar berpatutan adalah perlu bagi memastikan awak sentiasa sihat dan bertenaga utk menjalani rutin harian.
- Sebenarnya, awak tak perlu malu jika nak diet. Lebih-lebih lagi dengan emak sendiri.
Saya yakin, mak awak pasti menyokong usaha murni tersebut. Jika tidak, awak sebaliknya lebih bersemangat untuk berdiet. Cuba buktikan bahawa awak mampu turunkan berat badan walaupun tiada sesiapa pun yang percaya.
Apa yang lebih penting, awak mesti percaya pada diri sendiri. Kemudian, berdiet & bersenam secara berkala.
Mulakan dengan senaman yang ringan dahulu. Tambah tahap senaman kepada yang lebih berat secara beransur-ansur. Di samping bersenam, pemakanan juga perlu dijaga. Makan ikut keperluan tubuh.
Jika ada hari-hari tertentu yang awak sukar mengawal pemakanan, lakukanlah senaman beberapa jam selepas itu.
@ NuA: Terima kasih NuA. Saya setuju dengan awak. Terbaikkk. :)
Apa produk tu ina?
Belasah
TQ sbb ikut tip ini berat badan turun 20 kg dr (80kg trn 60kg) lps ini nk ada otot pulak
@ mohd izhwan: Wow, tahniah Izhwan. Teruskan momentum.
Ok, moga berjaya membina otot pula. Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu sebelum melangkah lebih jauh.
sy pun tringin nk kurus....sy tnggi 157cm dan berat 45 kg...mcm mna nk jd 30 lbih ek?? lepas tu, ni kn bulan puasa...
@ Tanpa Nama: Saya cadangkan awak buat latihan kardio.
Sempena bulan puasa ni, awak pastikan pemilihan makanan semasa berbuka dan bersahur adalah sihat dan seimbang.
Kemudian, waktu malamnya bersolat terawih dan witir. InsyaAllah berat boleh turun dlm beberapa kilogram.
tanpa nama:saya mengalamai berat badan 99 tinggi saya 163..berapakah berat badan saya kena turun??
best
Oktant ad fb x. Saya perlukan nasihat oktant melalui fb. Sbb sye slalu bkk fb
Tuan boleh add fb saya - Petua Sejagat.
waahh mksh yaa artkelnya.ni dia artikel yang saya cari. kalau ad wktu mmpir di blog saya yaa ^^
@ Fachri: Sama-sama. Ok, InsyaAllah. :)
umur 14 tahun,berat 48kg,tinggi 115, agak2 obes x
@ Tanpa Nama: Saya baru kira indeks jisim tubuh (BMI) adik tadi.
Hasilnya, BMI adik ialah 36.3. Maknanya adiknya memang obes.
Saya sarankan adik kurangkan berat badan sedikit demi sedikit ya. Dalam umur remaja ni, masih mudah untuk diturunkan.
Elak minum minuman berais, bergas dan yang terlalu manis. Gantikan dengan air masak dan jus buah-buahan ya.
terima kasih tips bro ni. Saya boleh tambah lagi isi artikel saya di blog saya akan datang.
mohon share di blog bro ya:
Kuruskan Badan Sambil Makan McD Logik ke?
@ Ikhwan Reyes: Sama-sama Ikhwan. Tiada masalah. Silalah "share" jika ia dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan lain. :)
gud luck to me n u all...To dare Is To Do
@ Tanpa Nama: Good Luck! Do It Now or Never. :)
saya umo 13 tahun.berat bdan saya 85kg.bleh ke buat kuruskan badan ni.
@ Tanpa Nama: Boleh.
banyak nye petua-petua dekat dalam blog nei terima kasih saya ucapan kepada sesiapa yangmengikut petua nie
@ Tanpa Nama: :)
@ KHai & @ Noor Azreen Ben Abon: Terima kasih di atas kunjungan tuan berdua. :D
umo sy 13 thu.brat bdan sy 86 kg.bleh ke sy buat semua ni...tlong..kdang2 kwan sy pggil sy big show.sy buat tak dgar je lh... :P
@ Tanpa Nama: Oleh sebab adik tak beritahu sekali ketinggian, jadi saya tidak pasti sama ada indeks jisim tubuh (bmi) adik ideal ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, adik boleh ikuti petua di atas. Tiada masalah. Baik remaja mahupun orang dewasa. Boleh ikuti panduan di atas.
Apa yang penting, adik pilih makanan yang sihat dan buat senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Itu saja formula untuk turunkan berat badan secara sihat.
Senaman tak semestinya yang berat atau susah. Mulakan dengan yang ringan dan adik "enjoy" untuk lakukannya.
Setelah beberapa minggu, tambahkan sikit tahap kesukaran senaman tersebut. Buat perlahan-lahan dan berikan tubuh adik masa untuk sesuai dengan sesuatu tahap senaman.
Ikut pemerhatian dan pengamatan saya sejak kecil, umumnya ubat-ubatan dan produk pelansingan hanya memberi kesan sementara. Ia tidak berkekalan dan mungkin memudaratkan di kemudian hari.
Harap ia membantu adik memulakan usaha menurunkan berat badan.
UMUR SAYA 13 TAHUN...BERAT 71..TAPI MACAM MANE SAYA NAK TURUN KAN BERAT BADAN KALO DAH MACAM NIE?
SAYA NAK BERKAWAN PON SEGAN?
UMUR SAYA 13 TAHUN...BERAT 71..TAPI MACAM MANE SAYA NAK TURUN KAN BERAT BADAN KALO DAH MACAM NIE?
SAYA NAK BERKAWAN PON SEGAN?
@ Tanpa Nama: Adik, konsepnya mudah saja. Makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman 3 kali seminggu.
salam sume, dulu brt sya79 kg skg da trn 11kg dgn produk herbalife hepi sgt ape pn pmakanan n senaman kena jg jgk
asal nk kurus susah ??? nk gemuk senang jer !!
cara kuruskan badan yang bagus pernah saya baca! :-)
kalo turun naik tangga capat kurus ka..?sabab saya tiada masa bah mau essecise nie...tulung bha sa...
@ idah: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas perkongsian cik puan.
@ Tanpa Nama: Mungkin ia bergantung kepada gaya hidup seseorang. Ataupun beberapa faktor lain.
Cuma paling penting, mesti ada matlamat yang jelas untuk kuruskan badan.
Kemudian awak tulis matlamat tersebut pada kertas dan baca matlamat tersebut 3 kali sehari.
Bila awak selalu baca matlamat tersebut, ia pasti memberi "signal" kepada diri sendiri tentang apa yang patut dibuat bagi merealisasikan matlamat untuk menguruskan badan.
@ Ben Abon: Terima kasih banyak. Harap ia dapat memberi manfaat pada rakan-rakan yang memerlukan.
@ Tanpa Nama: Naik tangga turun tangga pun salah satu senaman yang baik.
Dalam sehari, saya sarankan awak buat 4 kali ulangan untuk sekurang-kurangnya naik tangga bangunan setinggi 5 tingkat.
Apa yang penting, sesuatu senaman tu senang untuk awak buat setiap hari. Ataupun sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Bila dah biasa, awak boleh tambahkan bilangan ulangan ataupun jumlah tingkat yang dinaiki.
Harap ia membantu anda yang bertanya. :)
saya brat 45 n tnggi 150cm..bpew sy prlu krangkn?
@ Tanpa Nama: Tahniah, indeks jisim tubuh awak 20. Ia normal. :)
asalam..brt sy 64 tnggi 161..sy kne trun kn brat bdan sdikit dlm mse 5 ari..sbab sy nk p ltihan askar..ape yg ptot sy buat..??tlong bntu sy..please
asalam..brat sy 64kg tggi 161, sy kne trun kn brat bdan sdikit dlm mse 5 hri..sbb sy nk p lthan askar...bntu sy..please...
@ piqa: Waalaikumussalam wbt piqa.
Pertamanya, 5 hari tu terlalu singkat untuk awak turunkan berat badan. Kalau setakat 0.5kg mungkin boleh diusahakan.
Apa yang boleh saya sarankan ialah piqa ambil sayur-sayuran dan protein saja.
Puasa nasi atau sebarang jenis karbohidrat sekejap. Lepas 15-20 hari barulah boleh ambil nasi.
Kalau piqa tak boleh tahan juga, gantikan beras biasa dengan beras perang.
Harap ia membantu piqa turunkan berat badan dalam masa terdekat ni. Aamiin. :)
p.s: Kalau piqa perlukan bantuan yang lebih khusus, sekali lagi saya syorkan piqa dapatkan bimbingan diet Mr. B ini.
tips yg bagos..i like it..my sister was beutiful now...you should have award...
Perkongsian yang sangat menarik. Sebenarnya, untuk kurus yang lebih berkesan, kena ikut tiga langkah yang sangat penting di samping pengamalan senaman yang sesuai. Tiga langkah yang penting itu adalah: Singkir toksin dari badan, Bakar lemak yang tak perlu & Keperluan otot untuk percepatkan proses metabolisme.
Nak tahu lebih lanjut & banyak lagi tips kurus, boleh hubungi saya. 😊
Tip yg berguna. Seronok baca komen2. Inshaallah akan diamalkan. Dalam proses nak turunkan berat badan juga ;)
Assalamualaikum.
Sy tinggi 163
Berat 65
Sy ingin utk kuruskn bdn sy.. Berat sy turun xbwh dri 55 pun xpe.. Y pnting dpt kuruskn bdn... Walaupun nmpk ideal ja, kita prmpuan msti nk kurussss y cntik kn....
Mcmna ya sy nk buat? Tips2 y sy perlu buat? Tlgg sy...
Kenapa exicise xperlu buat....boleh jelaskan x
Dapat hilang kan perut buncit ni pun dah ckup. Hahhaa
Catat Ulasan