Petua Nak Elak Rambut Gugur

Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambar bahagian kulit tembikai

Gambar diedit dari home-and-garden.webshots.com




Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.

2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.

3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.

Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.

4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.


Selamat Mencuba!

42 ulasan:

  1. Kawan saya ramai yang mengalami masalah rambut gugur.Boleh lah saya bagi tahu tentang petua ini.Terima kasih..info yang sangat berguna sekali.
    Bagaimana pula dengan masalah rambut cepat beruban?Kalau ada petua, tolong cerita sikit untuk kami boleh tak?

    BalasPadam
  2. @ petuarasa: Boleh aje. Silalah kongsi dgn rakan2 anda yg lain. Sama-sama.

    Bagi masalah rambut beruban, saudara boleh rujuk di 7 langkah mengelakkan tumbuh uban [klik]

    DAN

    Untuk menghitamkan rambut, petua ada di post bertajuk Daun Turi Boleh Merawat RambutSekiranya ada sebarang petua tambahan, nanti saya update yer. :)

    BalasPadam
  3. hai buat apa tu

    BalasPadam
  4. Harap kawan2 dapat menggunakan ruangan komen sebaik mungkin. :)

    BalasPadam
  5. ialah saya pun nak cuba,rambut saya byk betul gugur.tapikan ada juga orang pakai air santan lumur kan di kulit kepala seperti bersyampu.tapi saya belum cuba lagi..:(

    BalasPadam
  6. Betul tu. Ada juga yang menggunakan santan kelapa untuk tujuan sama dan beberapa tujuan lain khususnya untuk memelihara rambut.

    Saudara/i boleh cuba mana2 petua yang diketahui. Pilih petua yang serasi dgn diri anda atau mudah mendapatkan bahan2 yang diperlukan. :)

    BalasPadam
  7. salam, asya ada satu petua untuk rambut gugur, saya dah cuba memang berkesan guna jintan hitam.
    1 1/2 cwn air 1 sudu besar jintan hitam rebus hingga tinggal 1 cwn. embun 1 mlm. esok mandi jgn basahkan rambut, dah selesai mandi pupukkan air jintan pada kepala hingga rata biar kering. malam nak mandi bilas dengan air putih janagn shampoo buat satu minggu insya allah berhasil. dulu rambut saya gugur tak tau nakcakap skrg boleh kira ngan jari.:)

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam Sarah.

    Terima kasih atas perkongsian petua rambut gugur di atas tu.

    Cuma saya nak tanya sikit berkenaan petua ni iaitu;

    Pupukkan air rebusan jintan hitam dan biarkannya kering tu jangkamasanya dari pagi ke malam ke?

    Merujuk kat ayat "malam nak mandi bilas dengan air putih".

    Itu saja yg saya nak tanya.

    Terima kasih sekali lagi. :)

    BalasPadam
  9. Salam, saya mandi pagi sebelum subuh saya guna waktu tu sebelum keluar gi kerja. malam saya balik kerja saya mandi basuh la rambut tapi tak shampoo sbb tak nak rawatan tercampur dgn kimia. harini minggu ke2 saya guna ramuan ni, pagi tadi sikat rambut alhamdllah sehelaipun tak gugur. kalau waktu mandi tu ada jugak la....
    :)

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam Sarah.

    Terima kasih atas penerangan di atas. Baru saya faham sekarang. :)

    Saya pun doakan semoga rambut Sarah terus kekal sihat selamanya. Amin.

    BalasPadam
  11. emm dpt petua nie sy nak cuba kat umah ada habtus sauda tu bleh guna .sy dah cuba daun bg raya n lidah buaya x mujarab.thks Sarah

    BalasPadam
  12. saya pown de mslh rmbut gugur yg agk tr0k jugk...
    trma ksih sarah...
    sye akn cube...
    sye dah guna pr0duk rmbut
    tp x brkesn...
    anywy thnx again...
    i try...

    BalasPadam
  13. saya ada masalah rambt gugur?? berkesan ke pakai isi putih tembikai tu?? boleh tolong saya!

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Awak boleh cuba dulu. Berikan diri awak sedikit masa utk melihat perubahannya.

    Sebab petua ni disyorkan buat 1 kali dalam seminggu.

    Saya doakan semoga awak berjaya mengatasi masalah ni ya.

    BalasPadam
  15. nak balik try la..senang jer rupenye..

    BalasPadam
  16. sarah...nak tanya awk ambl masa berapalama utuk mlihat hasilnye???

    adakah dlm semggu baru dapat lihat hasil nya???

    BalasPadam
  17. sy msih mude & mmpnyai masalah rmbot gugur
    rmbot sy oky x rosak cuma gugur.....
    makin tmbh trok apabila abis mmbuat rebonding.
    sy hrp petua ni dpt mmbantu....sedey sy tgk rmbut gugur =( ....
    terima kasih yeaaa...

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Harap-harap begitulah hendaknya. Jgn lupa cuba petua ni tau. :)

    BalasPadam
  19. sye juga mengalami masalah yang sme..rmbut gugur yang teruk..hampir nmpak kulit kepala..btul ke dgn cara ni blh berkesan...sy amat risau dengan keadaan sekarang..thanks ye...sy akan cuba..

    BalasPadam
  20. SY PON PENAH WAT WAKTU KECIK TAPI BUKAN TUK ELAK RAMBUT GUGUR TAPI NAK BAGI RAMBUT CEPAT PANJANG SEKARANG NEY RAMBUT SY DA PANJANG...HEHEHEEE...MUNGKIN PENDAPAT BERBEZA2...MAAF YER HANYA NAK BAGI TAU JER...TAK TAU LA BETOL KER X?KALO BANYAK DUET P[EGI JUMPE PAKAR RAMBUT..

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama:

    - Ya, silakan mencuba. Saya doakan ianya mampu atasi masalah rambut gugur awak tu.

    - Terima kasih atas perkongsian awak. Mungkin khasiatnya lebih drpd satu fungsi. Ok. =)

    BalasPadam
  22. mintak share yer. moga berguna untuk saya dan kawan2. terima kasih..

    BalasPadam
  23. @ nona hidayah: Boleh. Saya amat mengalu-alukannya. ;)

    BalasPadam
  24. salam ...saya dah try tapi x berhasil...rambut semakin banyak gugurnye...sedih 8=(

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Jikalau tak berhasil, cuba awak lakukan petua ini ~ 2 Kaedah Elak Rambut Gugur,

    Ataupun...

    Petua Lebatkan Rambut.

    Harap ia membantu awak.

    BalasPadam
  26. cara2 nak bg rmbut tumbuh kembali

    BalasPadam
  27. ada tak petua untuk melebatkan rambut?

    BalasPadam
  28. Salam tuan punya petua ni...

    saya pun mengalami hal yang sama juga,petua ni x berkesan untuk rambut saya...gugurnya bertambah teruk lagi....mungkin x sesuai untuk saya..

    BalasPadam
  29. @ Tanpa Nama:

    - Ini dia pautan Petua Melebatkan Rambut dan Mengelakkan Keguguran Rambut.

    - Waalaikumussalam. Maaf sekiranya petua ini kurang sesuai utk awak.

    Harap sudi mencuba petua yg lain yea.

    BalasPadam
  30. saye pon ade masalah nielately..hopefully berkesan..insyaALLAH..
    moge2..isao ..huhu

    BalasPadam
  31. @ jejarilappysiKEMBAR: Mudah-mudahan ia baik utk awak.

    BalasPadam
  32. bole pakai ker petua nie...?

    BalasPadam
  33. skrg ni rambut saya sering gugur tapi masih lebat sbb rambut saya jenis tebal dan lebat..mmng risau sngt setiap kali sikat rambut atau lpas md.bnyak sngt yg gugur..harap ada sapa2 leh bantu bg petua ni...

    BalasPadam
  34. saya mengalami masalah rambut yang kering dan gugur serta kadang2 terasa gatal kulit kepala...dah mace2 sya buat untuk melebatkan rambut tpi semakin hari.semakin banyak rambut yang gugur..hampir2 nak botak...kdg2 sya rasa malu nak berhadapan ng kawan2 ng keadaan rambut sya...sedangkan umur sya bru 20 tahun..harap ada kat sini boleh tolong bg petua yang berkesan ng masalah sya ini...

    BalasPadam
  35. tanpa nama, saya dah bertahun tahun, gugur rambut,dah macam macam saya dah guna,tapi,tak ada yang berkesan,waktu shempoo je,kat tangan saya ada banyak rambut gugur,dan waktu sikat, rambut banyak melekat pada sikat,sampailah dah hampir2.. nak botak,saya rasa malu nak berhadapan dgan kawan2 saya,saya rasa petua ini mampu atasi masaalah keguguran rambut saya,ini,terima kasih,,

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama: Saya doakan masalah keguguran rambut awak segera pulih. Amin.

    BalasPadam
  37. assalam.. rawat rambut gugur guna santan tu, xboleh kew guna santan segera yg beli kt kedai tu?

    BalasPadam
  38. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Boleh. Cuma kalau pakai santan yang diperah sendiri adalah lebih baik. :)

    BalasPadam
  39. Late nie sy pun ada masalah rambut gugur ni...makin menjadi2...myb sebab stress kot..nak cuba la petua ni..moga2 menjadi

    BalasPadam