3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan?

Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.


Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)


#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus.

2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu.

3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi.

4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas.



#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.


i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.


ini bukan keembung putih, tapi keembung ungu. carilah daun keembung putih yer

Gambar hiasan - Wikipedia



ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi.

iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik.

iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi.

v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.



#3 Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh.

Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim.

Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik.

Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda.


Caranya begini;


a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda.

b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu.

c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam.

d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje.

Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal.


Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.


Selamat Mencuba!

183 ulasan:

  1. ade lagi peyua la untuk menghilangkan cagu.rendam cagu ke dalam air panas.lepas tu cucuk menggunakan jarum.ia akan keluar benda kehijau-hijauan,,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk suruh rmdam kki dlm air pns mmg x lerr nk wt..pstu nk cocok..dh bngkak dh ni..x thn lau nk ccok lg..seriau rasa

      Padam
    2. Saya cagu xdelah lama sangat tapi kawan sya ada yang tersiku .. berdarah2

      Padam
  2. memang ada petua lain. tapi saya tak pernah "test". walau apa2 pun, terima kasih sebab sudi kongsi petua di atas.

    saya harap awak teruskan berkongsi petua lain yang untuk kebaikan semua di ruangan komen pada bila-bila masa saja. saya amat menghargainya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,law nk letak ubat sensei yg dinyatakan seperti diatas kuku kaki yg kena cagu 2 perlu dipotong terlebih dahulu x??saya ni dh menderita sangat dngn penyakit cagu ni...tolong lah jawap persoalan saya ni...

      Padam
  3. ohh! saya masih menderita kuku cengkam ni.. dah menderita 15tahun..

    tolonglaa, ada petua tak untuk cabut je kuku ni?

    pakai playar? sakit
    jumpa doktor? last option.. takut arr

    BalasPadam
    Balasan
    1. 15?lmanya!
      pergi la cbut dkt hospital
      saya da buat dah :)
      lpas hbis ubat bius x la skit sgt cma brdyut2 ja
      tpi bla kuku tu nk naik..jgn kcau sbb klu x nnti jdi blik
      sya sbb gtal tgn kacau..jdi blik dah mnderita blik sadisnya
      dah la still skolah lgi pas2 kwn2 plak ada yg ska kcau main acah2
      sakit hti!
      ada yg ckp bgi pacat hisap darah kaki yg ckam tu
      try la
      sya pon nk try gak

      Padam
    2. Lama kot...xkan lama sampai belasan thn

      Padam
    3. Kalau dh gi hospital pstu jadi blik mcm mana nk sembuh

      Padam
  4. Saya pernah cabut kuku 2 kali kalo tak silap. Tapi lepas tu masalah kuku cengkam tu berulang semula.

    Cuba awak pegi kat kedai ubat-ubatan cina (sensei) dan tanya ada tak ubatnya? Biasanya diorang akan tanya awak sama ada nak ubat sapu ataupun ubat cecair.

    Saya dulu pilih ubat cecair. Pastu titiskan kat kawasan cagu 2-3 kali sehari. Beberapa minggu @ bulan (saya tak ingat jangkamasa sebenar) lepas tu, cagu saya pulih. Tak rasa sakit sangat pun masa letak ubat tue. :)

    Cuma kesannya kuku tu dah tak berapa cantik sikit la. Warna kuku awak nanti kurang menarik berbanding yang asal.

    BalasPadam
  5. ohh terima kasih kawan.. minta2 ubat dari kedai sensei ini berjaya.. (dari Ijakstory, keramat kl)

    BalasPadam
  6. Sama2 Ijakstory. Saya doakan masalah kuku cengkam awak tu lekas sembuh. :)

    BalasPadam
  7. Sekadar untuk berkongsi; Biasanya saya guna titisan air limau nipis untuk meredakan keakitan cagu.

    BalasPadam
  8. Terima kasih ya atas perkongsian awak tu. :)

    BalasPadam
  9. slm,..
    ala celop je cagu ke dalm air panas....saye penah buat...
    lepas tu cucok cagu tu guna pin...nnti keluar air bewane hijau....berkesan....

    BalasPadam
  10. @ Tanpa Nama: Rasanya untuk cagu yang masih baru, mungkin boleh gunakan cara awak tu.

    Namun untuk cagu yang dah tahap kritikal, ia mungkin tak memadai.

    Walau apa pun, saya tetap menghargai perkongsian awak. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  11. slm..

    skg ni saya pun tgh menderita pasal kuku cengkam ni.adui sakitnya tuhan je la yg tau...kat ibu jari kiri & kanan,blah kanan ni da lama da.kira nak masuk setahun da,x pndi baik2...yg blah kiri ni plak ada dlm sebulan lebih da...klu anak saya terpijak ke,tertendang ke...mak ooii punya la sakit sgt....saya nak cuba la beli ubat cagu 2...mana tau berkesan...klu nak cabut kuku 2...x mo la...adik saya ckp sakit,sakit masa kena jarum 2 gan bila da hilang ubat bius 2....x nak la saya...

    BalasPadam
  12. @ Mama G: Waalaikumussalam. Cuba akak gi kat kedai ubat cina (sensei). Tanya ada tak ubat cagu atau cekam. Biasanya dia tanya nak ubat sapu atau ubat titis.

    Saya dulu pakai ubat titis. Saya beli dalam 3-4 botol. Botolnya kecil je. Macam botol ubat mata yg doktor kasi.

    Alhamdulillah dalam masa beberapa bulan cagu tu beransur pulih. Lama gak (bertahun-tahun) saya menderita cagu ni dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maskud sembuh tu macam mana ? Kuku yg cengkam tu jadi apa ?

      Padam
  13. sy pon kena cagu dah nak masuk 2 tahun.mcm2 ubat dah pakai tapi x jalan gak.sampai ke hari ni malu nak tunjuk jari dkt org.mcm jari alien dah.

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Cuba la awak ke kedai ubat cina (sensei). Tanya ada tak ubat cagu yang dalam bentuk cecair. Nanti awak titiskan 3 kali sehari. Atau tanya tokei tu macam mana cara penggunaannya.

    Saya pun dulu kena cagu bertahun-tahun lamanya. Tapi Alhamdulillah, lepas guna ubat titis tu beberapa bulan, cagu saya beransur pulih dgn izin-Nya.

    Cuma warna kuku je kurang cantik. Tak seperti warna asal.

    Harap membantu. :)

    BalasPadam
  15. wrne pew ek jd nye?

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Warna kuku akan tukar kpd coklat cair sikit. Terutamanya kat kawasan yg selalu dititiskan dgn ubat tu.

    BalasPadam
  17. terima kasih semua kerana telah memberi tahu cara mengubati cagu ....
    skrg bola saya akan meniti maut

    BalasPadam
  18. hey. saya daa kene cagu ny dlm setahun pernah cabut jugax tetapi makin menjadi . .kali ini ibu jari kanan dan kiri pulax . ujung taon ini mybe ge cabut . . kalau ader mmber pjak ker tertendang ker mmg sakit . .yallahhh . . laen kali kaki ini perlu dijage dan jangan memakai kasut yux ketat2 . .saya mmg daa taa tahan da dgn cagu ny ..susah utk kiter bergerak atau melakukan aktiviti yux lasak .saya ingad saya jer yux kener cagu ny .padahal ramai lagi .bersabar laaa . . lagi satu kalau nux pilih kasut mesti kener tutup ibu jari yelaa da taa lawoo nanty org tgk kter pyer jari kater kite taa reti jger . . betul taaa , . .

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Sy memang faham benar situasi awak ni. Sy pun pernah alaminya dulu.

    BalasPadam
  20. ubat cagu yg jenis cecair & krim bila da pakai blh bw solat ke?

    BalasPadam
  21. tapi kalau kaki tu dah bernanah boleh ke pakai ubat kat kedai sesei tu.. sbb ibu jari kaki saya yang sebelah kanan dah menanah disebabkan kena cagu... g pharmasi beli ubat titis pun tak jalan... pas tu g klinik ambik antibotik pun tak jalan... dah tak tahan.. sakit sesangat terutama bila anak kecik tertendang masa tukarkan pampers dia...

    BalasPadam
  22. Terime kasih,sy dh x thn ngan kuku cengkam nie,moge2 berkesan la

    BalasPadam
  23. salam,saya p0wm sekarang nie tengah mengalami kesakitan tentang penyakit cekam nie...memang sakit...ya allah hanya tuhan saja yang taw...satu lagi kalau nak berjalan tu mesti kena jalan ngan hati2...takut nnty terlanggar dengan benda2 keras...kalau kene tu memeng sakit arrr....saya harap sangat kalau ada cara2 utk mengubati cekam nie...

    BalasPadam
  24. ubat titisan tu nama apa ye...

    BalasPadam
  25. sy ni,,dah 3 taon kne cagu..mcm2 cara dh try tp x smbuh2 lg..yg x thn 2 kalau de org terpijak/terlanggar benda keras,kaki yg kne cagu ni mesti berdarah..sakit plak 2..tolong la kongsi tip yg berkesan dgn sy..

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Ubat titis tu tiada jenama. Dia dalam botol kecil macam botol ubat mata. Cuma warna cecair tu lebih kurang coklat gelap.

    BalasPadam
  27. sy kne cagu mase sek rendah drjah 6..skrg da umur 20 lbh nih ade lg tp tk cm dulu..mak sy pun cekam die da tkde..lame2 hlg sndr...sy pun pnh rase cagu yg nanah2 tu smua..mmg sakit...sebelah kanan,ibu jari tu mmg pyh nk potong kuku tu...byk kali try..stu hr tu tekad jgk nk buang cekam tu...selawat2 skt..minta doa allah mudahkn kite nk cabut kuku tu..alhmdulillah berjaya jg sy cabut kuku tu...skrg ni cekam da kurg..agk nk pnjg skt kuku,sy cpt2 potong...mmg la kuku da tak lawa skt kan..senget skt tp kite kene tetap bersyukur..org lain kaki pun tak ade.

    BalasPadam
  28. @ suraya: Fuh... hanya Tuhan jer yang tahu perasaan orang yg kena cagu ni, kan? Saya mula kena masa ting. 1. Macam-macam petua dah cuba tp memang kurang mujarab.

    Lepas 2-3 tahun barulah baik. Tapi selang beberapa bulan, kena balik. Proses ni berulang dalam 2-3 kot.

    Lepas pakai ubat titis daripada kedai sensei ni, barulah ia betul-betul pulih sampai sekarang. Alhamdulillah.

    Cuma warna kuku dah tak secantik dulu. Tapi syukur sebab cagu dah baik. Yeyye. =D

    BalasPadam
  29. skang sy umo 20..sy pon tgh kne cagu gak...da mcm2 sy wat..ltak ubt macm2..smpai pnah cabut smue kuku kat ibu jari kiri sy ni...klu mcm skang mang xtwok sgt tp...sy xley pkai kasut bertutp...mslhnyer pasni sy nk smbung blja smule..da terang2 kne pkai bertutup..tolonglah sy...adakah ubat sensei itu akan berkesan skiranya sy mggunakanyer dan berapakah harga sebotol ubat tersebut...sy xksah lah kuku sy buruk ker...yg pnting kaki sy bek...mlu thu nk kua date ble pkwe thu sy kne cagu...
    hehhehehe...

    BalasPadam
  30. @ Tanpa Nama: InsyaAllah boleh. Harga sebotol (saiz lbh krg cam ubat mata) dlm 3 ringgit.

    Alhamdullah, saya pakai dlm 9 botol utk cagu tu betul2 sembuh.

    BalasPadam
  31. lpas kaki awak bek...kuku awak lak mcmner??
    twok x...bek nyer twos kering ker n awak tak kne ag ker cgu 2 sleps awak pkai ubt tu untk 9 btol...

    BalasPadam
  32. saya pernah cube cara 1 yg pakai inai tu
    mase tu pakai serbuk inai mekah
    pakai 3 malam berturut-turut.terus elok..

    BalasPadam
  33. @ Tanpa Nama:

    - Kuku tu dah agak kurang cantik. Cagu tu terus baik. Sampailah sekarang. Alhamdulillah.

    - Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Terima kasih gak sebab sudi kongsi pengalaman. ;D

    BalasPadam
  34. ubat paling senang.. letak minyak tanah@turpentin.. mmg bkesan!!

    BalasPadam
  35. @ ldj: Wow! Pertama kali sy diberitahu mengenai cara ni. Terima kasih sudi berkongsi.

    BalasPadam
  36. Petua merawat cengkam plg cpt dgn kos murah bg saya adalah dengan menahan rasa sakit dan korek bhgian tepi kuku yg sakit dan potong serpihan yang menusuk kulit tsebut. dlm msa 1 hari saje bengkak2 akan hilang n smbuh cepat. last pilihan, pegi klinik n doktor akn potong buang serpihan tu. Ini adalah berdasarkan pengalaman sdiri. pakai inai or ubat, mostly x jadi or take very long time nk sembuh dari kesakitan skrg. sy nk kongsi tips bagaimane nk elak cagu dari b'ulang sbb ianya akan tetap berulang skiranya ada mlakukan kesilapan iaitu semasa memotong kuku. jgn potong kuku terlampau pendek d bahagian yg kerap berlaku cagu skiranya ada gemar memotong kuku stiap mggu. salah satu cara lagi yg saya amalkan skrg adalah, dgn mnyimpan kuku yg berisiko agak pjg dr kuku2 lain sblm memotongnya (slalunya after 3 mggu baru potong). ini memberi lebih byk masa utk bhgian tepi yg slalu blaku cagu, membentuk alur kuku (kulit tepi) yg keras berbanding anda memotong kuku stiap mggu. setelah itu, anda boleh memotongnya pendek sepeti kuku2 lain, dan kembali tggu ~3 mggu sblm memotongnya kembali. pcayalah.. ianya xkn berlaku lg krn telah 6 thn sy m'amalknnya sejak last blaku cagu.

    from: yiey hkl

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy ni da hmpir 9 taon lbh duk.mndrta mslh kuku cekam nih. mcm3 sy ikhtiar tp x jgk elok. kdg2 sdeh tgk ble kuku kte cmni an. agk ny pnykit ni ktrunan kot.

      Padam
    2. Btl tu bos....korek atau potong bahagian tepi ibu jari tu lebih sesuai utk jangka masa yg panjang...bg bahagian kuku tu panjang ckt...kalo da rase panjang bru amik gunting dan potong bahagian tepi tu...sakit sekejap ke nk sakit lame...hahahaa...try kalo x caye

      Padam
  37. @ yiey hkl: Terima kasih atas petua awak dlm merawat cengkam ni.

    BalasPadam
  38. saye dua2 kene ....sebelah dah kene cabut dah..tapi yg sebelah lg x tau nk mcm mane nk cabut dgn ke?atau berikan petua anda?*SUHA NAME

    BalasPadam
  39. sy pun tgh kene cagu kt ibu jari kanan saya..aduh sktnye Tuhan je yg tau..bila sembahyang,nk sujud ngan bgn punya lah seksa..ari 2 kene kt ibu jari kaki kanan gak tp sebelah tepi pas2 suami tolong korekkan..sampai menangis2..dh ok tp skang ni kene kaki yg sama tp sebelah dlm plak(dekat ngan jari no 2)cuba korek ari 2 x berjaya gak sampai berdarah2..suami nk korekkan tp sy x nk sbb skt..skrg ni sy nk cuba beli ubat kt senseh 2..harap2 lah berjaya dan x kene lg cagu ni...tobat dh..terima kasih sbb bg info pasal ubat cagu ni..

    BalasPadam
  40. @ Tanpa Nama:

    - Cer pakai ubat titis yg boleh didapati kat kedai ubat sensei

    - Saya amat memahami keadaan puan. Saya pun pernah mengalaminya dulu.

    Harap penggunaan ubat sensei tu dapat menyembuhkan cagu yg puan alami. Sama-sama. :)

    BalasPadam
  41. sya dh mngalmi cgu ni agk lma dh..cgu pda kki knn pda ibu jri sya agk trk jgk,bngkk mlbhi sz asl n brnnh..ibu jri pda kki kri x brpa trk,krg bngkk n krg skt..klau nk pkai kst mmg ssh n kna brhti2..ak klau org pjk n trlnggr apa2 mmg sktn,lps dh bka kst kna cci dlu cgu tu gna ptk kps n antsptc lqd atau antsptc ltn ddtl klau x brbau bsk..thn lps thp plg krtkl smpi klr drh kt tmpt cgu tu..ade kmn yg dkt sni rndm kki dlm ar pns n cck mcm mna? n klau nk cba gna ubt kt kdai snsei yg ubt spu tu mcm mna,brpe hrga die?...

    BalasPadam
  42. saya ada petua nak kasi tau kau orang.petua saya dah pada pelajar2 saya semua ok.masukan minyak masak dalam cili kring dan panaskan cili td kat api lilin lpas tu titik kat jari yang sakit td.walau sakit tp cpat sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedih tak guna cara tu ?? Kene potong dlu ke

      Padam
  43. saya mmg mengalami masalah ni dari skolah rendah lagi bagi saya org yg ada masalah cagu ni biasanya mempunyai jenis kuku yg mencengkam.senang je bila mula dah terasa sakit sikit2 tu belek2 le kuku tu lepas tu apalagi korek sampai dapat disepit atau buang serpih tajam kuku tu maka x kan jadi cagu tu.dia mcam duri dlm daging slagi x buang akan membengkak menanah.lagi satu klu dah pi main tanah atau pasir tu cpat2 bersihkan celah2 kuku tu.kotoran tu akan menyebabkan cagu tu menjadi.buktinya saya x penah kena cagu..cegah sebelum parah

    BalasPadam
  44. @ Tanpa Nama:

    - Ubat sensei tu dulu RM3 sebotol. Tapi sekarang tak pasti. Mgkn dah naik sikit harganya kot.

    - Terima kasih kpd anda berdua kerna sudi berkongsi petua.

    Mudah-mudahan ia memberi alternatif lain kpd rakan-rakan yg mengalami cagu. :D

    BalasPadam
  45. salam..huhu pls tlg kt cni sy dh 9thn kena cagu...dh byk ubt beli dh cabut kuku 2,2 jari skt tuhan je taw kne korek,bius keliling jari n kerat dgng yg tmbuh kt tepi ngn gunting..ae2 bdrah n bnanah klo kne air lg trk..skt dh xtrtngung ingt nk cabut lg sb dh xlrt nk cuci ae2 kerat kuku xdpt2..mkin trk.bngkak n tembus dpn jari..lg 2bln nk kawen..tlg sape yg blh bgtaw name ubt cina tu?
    dh merata sy cari xjumpa...sape blh belikan sy byrkan pos n hrga ubt tu...huhuhu tlg la yer...tq..

    BalasPadam
  46. @ ~Nur~: Ubat tu takde nama. Saya dulu pun cuma tanya ubat utk cengkam kuku kat kedai ubat cina tu.

    Lepas tu dia tanya sama ada nak ubat cecair atau krim. Saya pilih yg cecair.

    Ce tanya betul2 yea. ;)

    BalasPadam
  47. huhu ok sy dh cuba cr kedai cina tp die bg yg serbuk ok jugak bila cagu kena air mkin trk daging tumbuh besar kiri knan kuku..lgsg xdpt ptg kuku yg dlm dgng,ae2 hiris dgn pisau tajam tpp tunggul kuku kt tepi xdpt..skt sgt2..tu nk cari ubt yg cecair tu xjumpa2...huhu

    BalasPadam
  48. cube titis kan air limau nipis...insyaallah hilang sakit yg bernyut2 tu...sbb saye sadang mngalami cagu ni..mcm2 ubat dah cube tp xjalan..hanye titisan limau nipis ni je yg membantu..klu terlanggar or anak terpijak pon dh x rase sakit mcm sebelom ni..silap2 sape langgar kene trajang...sakit nye au'zubillah..cubelah kwn2...sekurang2 nye membantu..insyaallah.=)

    BalasPadam
  49. @ fyza: Terima kasih fyza atas petua di atas.


    p.s: sy pun pernah rasa apa yg fyza pernah rasa dulu. mmg faham sgt bagaimana rasanya bila mengalami cagu.

    BalasPadam
  50. Kalau keliling kuku jari tangan bengkak tu cagu jugak ke?

    BalasPadam
  51. hehehe...ingat kan aku je surg yg kene rupenye rmai lg...sakit sgt..bedenyut pale ble tesepak o telanggar bnda..tp trima kasih kerana bgtau petua..aku akn cube.. :)

    BalasPadam
  52. @ Tanpa Nama: Fuhhh... mmg sakit. Tuhan saja yg tahu, kan?

    Sama-sama. ;)

    BalasPadam
  53. kita serupa..itu yang boleh saya katakan..hanya yang merasainya sahaj yang tahu sakitnya kaki cagu ni kan?saya kena pun mungkin sebab keturunan..my mom pun kuku cengkam.dan fakta paling menrik lagi,my baby yang baru 6 bulan tu pun kuku kakinya dah nampak mencengkam..sian kat dia...apa nak buat kan?nasib baik suami ok bole accept.hehehe tapi information untuk kuku cengkam ni,saya dah 5 kali dok buang kuku kat spital,doc kata memang kuku tu tumbuh secara melengkung sbb tu jadi cengkam daging tu...so kali ni saya nak try pulak ubat sensei tu,mana tau jadi kan..biarlah kuku tak lawa sangat asal tak sakit nak jalan..tq for that petua..

    BalasPadam
  54. @ Tanpa Nama: Ya, betul tu puan. Harap ubat cecair yg kat kedai sensei tu dpt membantu.

    BalasPadam
  55. nk tny ckit,ubt sensei 2 hargenye berape??tq

    BalasPadam
  56. @ Tanpa Nama: Sebotol RM3.50. Kalau beli 3, blh dpt dlm RM3/btl.

    Tapi skrg mgkn harganya dah naik kot...

    BalasPadam
  57. salam, saya pn slalu dh kne cagu ni.....sakitnya, allah je yg tau.penah skali cagu sy ni dh tahap kronik, benanah + bedarah......sampai susah n potong kuku kt tepi 2.lebih parah lg ble mummy trsepak jari kaki yg ade cagu 2.....mak aih!!!! sedap jer rse die....tolong la, spe2 ade obat tuk cagu ni......

    BalasPadam
  58. salam,saya dah mengalami penyakit cagu nih dari darjah 5.Sekarang dh 15 thun.Until skg xlega2 lagi.Hari tu ade la cabut kuku ibu jari nih..Allhamdulillah ok je..Bila dh elok,yg sebelahnye pulak yg jadi...aduiyai seksa gila rasanya..Macam mna nk stop Penyakit nih..??.

    BalasPadam
  59. ya allah cagu ni memanglah sangat menyakitkan...klau kita letak ubat cecair tu apakah kuku kita akan menjadi hitam

    BalasPadam
  60. @ Tanpa Nama: Kuku tu tak hitam. Cuma agak keperangan sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..kalau sya pergi ke klinik..dan srh dr tu cbut kn..adakah dia akn pulih..

      Padam
  61. Salam..Saya ada petua yg pernah mama dan saya cuba adalah pergi ke institut latihan veterinar / Animal Husbandry Centre..kemudian pergi ke kawasan lembu..anda akan melihat air sprti longkang kecil dimana lembu akan lalu di laluan itu untuk membasuh kakinya.rendamkan saja kaki anda disitu..memang berbau tp x lama berbanding kesakitan yg dialami bertahun2..setelah rendam serta merta kesakitan itu hilang..alhamdulillah,mama saya yg syorkan kt sy dan sy da cuba..sebab mama saya pon ada cagu juga masa anak dara tp stlh rendam kuku terus tak sakit2 lg smpi skarang alhamdulillah.So selamat mencuba

    BalasPadam
  62. saya baru kena ...baru 2-3 bulan lepas ...nak buat cam ne ehh?

    BalasPadam
  63. @ ω α η ι™: Waalaikumussalam. Terima kasih banyak atau perkongsian Wanny. Satu ilmu baru yg berharga utk saya.

    @ Tanpa Nama: Awak boleh cuba salah satu petua di atas.

    Ataupun baca pd bahagian ulasan. Sbb ada rakan-rakan yg baik hati turut berkongsi pengalaman mereka.

    Cagu ni susah nak kata. Sbb ada kalanya ia sesuai dgn sy, tp tidak utk org lain.

    Ada baiknya awak cuba satu-persatu petua yg ada. Kalau tak jalan, cuba petua yg seterusnya.

    Harap awak tabah & tak berbelah bagi utk mencuba petua yg dikongsikan.

    Moga lekas sembuh yea.

    BalasPadam
  64. saya hampir setahun mengalami cagu ... mcm2 cara da buat nak bagi sembuh ... kdg2 tuh bile da nk elok ade yg tersepak la terpijak lar .. adoiyai..
    petua yg bagus ....
    harap2 berkesan ... terima kasih kepada admin blog ni.. kerana sudi berkongsi petua..

    BalasPadam
  65. kaki sy baru terhempap barang seminggu lepas, darah beku kat bawah kuku dan bengkak...ubat sengsei tu nak sapu kat tepi kuku atau di kuku?

    BalasPadam
  66. hmmm. t saya cuba pakai ubat cecair plak.. sebab sblum ni ada gak beli ubat kat sensei tapi krim la..rm9

    BalasPadam
  67. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama. Sy pun dulu pernah kena cagu. Memang lama. Bertahun-tahun. Lepas sembuh kejap, jadi balik.

    Sampailah guna ubat cecair tu. Alhamdulillah... sembuh dgn izin-Nya.

    Terima kasih kembali. Sy doakan awak pun cepat sembuh.


    - Sy sapu kat bhgn tepi kuku dgn jari. Tempat yg kena cekam tu.


    - Ubat jenis krim pun mmg ada gak. Tapi sy suka pakai cecair sbb lebih mudah ia serap.

    Tapi terpulanglah. Apa yg penting ia lekas surut & sembuh, kan? :)

    BalasPadam
  68. pergi farmasi, minta ubac cagu. nanti dia bagi cecair warna putih yg ada tarikh lupus.hidarkan kena air selalu.Kalau nak solat sapu atas sarung kaki.selepas 24 jam kena basuh kaki dan pakai sarung kaki ....ini saya yakin diharuskan dlm islam.
    Bila potong kuku bentukan ke dlm spt ini V. insyallah cpt sembuh tapi kuku akan kelihatan tebal tidak spt yg normal.

    BalasPadam
  69. @ isha: Terima kasih banyak di atas perkongsian isha. ;D

    BalasPadam
  70. kalau kuku susah nak potong...dsbabkn cagu gk pd mulanya....skrg kuku sy keras dan tebal...pyah nk potong...boleh sembuh x guna ubt titis 2??

    BalasPadam
  71. @ nunukangku..: Ubat titis tu akan surutkan daging yg bengkak. Insya-Allah mmg boleh sembuh.

    BalasPadam
  72. ubat titis 2 botol kecik kan??kalo titis dye rasa berangin kan??

    BalasPadam
  73. @ Tanpa Nama: Botolnya mmg kecil aje.

    Tapi sy dah lupa sama ada ia berangin atau tak. Sbb dah lama. Tak berapa ingat. Maaf ya.

    BalasPadam
  74. Ape name ubat titis tu?
    Sape yg tahu boLe share x?
    ToLong Laa~
    Terima kasih~

    BalasPadam
  75. @ Tanpa Nama: Ubat tu takde jenama. Dulu, saya cuma pergi ke kedai sensei tu dah tanya ada tak ubat utk cagu atau cengkam kaki.

    Lepas tu, dia bagi 2 pilihan; nak yg krim atau cecair? Jadi, saya pilih jenis cecair. Itu saja.

    BalasPadam
  76. owhh.ok thanks.
    tp semaLam saye g sensei tu dia bg ubat,,pstu ade tuLis untuk kurap dan sakit kuLit dan ade jgk tuLis kuman ceLah kuku.itu ke ek?
    ubt dy memg mcm ubat mate tapi cecair dy xpasti puLak wrne ape.harge dia brpe?

    BalasPadam
  77. @ Tanpa Nama: Ok, sesama.

    Kalau tak pasti, tunjukkan saja cagu tu. Nanti diorang akan tunjukkan ubat yg sebenar. Sbb ia bkn utk kurap mahupun sakit kulit.

    Kalau tersalah pilih, takut lain pula yg jadi, kan?

    Warna lebih kurang coklat gelap. Harganya dlm RM3 atau RM3.5. Tapi itu harga beberapa tahun lepas. Skrg mgkn dah naik kot.

    BalasPadam
  78. ok terima kasih La byk2.
    Nti saye cube tnye.nk dkt stahun gk La kne cagu nie.sabo je La.
    bLog nie sentiase aktif kan?boLe La tnye kLau ade sebarang kemushkiLan.

    oktant > ade fb x?boLe La add kLau ade.

    BalasPadam
  79. @ Tanpa Nama: Sesama. Ok, pastikan pilih cecair/ubat titis yg betul tau.

    Boleh. Insya-Allah. Jika saya boleh bantu, sy akan cuba jawab sebaik mungkin.

    FB - http://facebook.com/petua.sejagat

    BalasPadam
  80. salam...sya nk tnya ckit..klau kita dh pkai ubat yg dibeli drpd kedai cine tu....adakah kuku yg tumbuh yg terkena dgn isi itu juga akan hilang??..

    BalasPadam
  81. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Kuku tu bukan hilang, tapi ia akan mudah utk diketip.

    Lepas tu, daging kat kuku tu akan surut sikit bagi memudahkan kita ketip kuku yg terkena padanya.

    BalasPadam
  82. saya pun sedang mengalami cagu..skrg saya berumur 26tahun..pertama kali kena cagu ketika berumur 15tahun..agghh sa peduli apa masa tu suda 6bulan kena cagu last2 sa rendam kaki dlm ais dan sy potong kuku tu..d bahagian tepi trusss 1 2 hari smbuh..kena main psycho bla mau buka kuku ni..

    BalasPadam
  83. @ Tanpa Nama: Saya faham apa yg awak sdg lalui. Mmg ada betulnya apa yg awak katakan.

    Moga cepat sembuh cagu tu yea.

    BalasPadam
  84. Ni paling mujarab,pakai kunyit idup dlm2 inci,tumbuk smpi lumat kemudian campur dgn kapur sirih mkn tu dlm stgh sudu je,dh gaul br tepekkan kat ibu jari kaki tu,pastu balut ngan kain perca,biarkn semalaman,esk cagu ilang,bengkak suruh,nanah tu pun tk de dah,dia kecut,

    BalasPadam
  85. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas petua yg awak kongsikan. Moga ia dpt membantu rakan-rakan lain yg kena cagu.

    BalasPadam
  86. ya ampun...sy pn ngah menderita sakitnye cagu skang nih...br pas bersalin,so xtaula ape puncanya,maybe sbb xsampai tgn nk ptg kuku kaki(yela,ngah preggy pewut boyot,dh bsalin mmg xleh nk duk lasak lg) @ pn husband telebey potong kuku (die mmg suka potong kuku pendek2 sgt2,aritu mntk tlg die ptgkan)..adoooi seksanye,3jari plak 2 tp bkn dkt ibu jari,kt anak2 jari kaki 2....adoooiii xthn,dkt nk masuk 2bln dh xbaik2..emm nk cuba petua kunyit n kapur 2 la,huhu thanks yea...

    BalasPadam
  87. @ Tanpa Nama: Baiklah. Selamat mencuba & moga lekas sembuh ya.

    BalasPadam
  88. Pukimak anjing! Kaki aku dah kena cagu! Tolong!

    BalasPadam
  89. nk tanya la,ubat cina sensei 2 lps letak biarkan jeke? so kuku y mencengkam kt tepi 2 xyah potong ke,dia akn baik sendri?

    BalasPadam
  90. @ Tanpa Nama: Lepas titiskan ubat tersebut, biarkan ia kering.

    Ia akan menyurutkan bengkak dan kuku lebih mudah dipotong.

    BalasPadam
  91. saya ingatkan tak ramai yg sakit cam ni..rupa2nya ramai..
    saya kena cengkam masa mengandung,sekarangg anak dah setahun..duk ulang alik spital,sbulan lepas dah wat minor ot..tp xbjaya,coz mash sakit dan daging mbengkak..em..minta slip keje ringan nak bg majikan sbb xmau naik turun tangga..bln 7 kna wat 1 lg mnor ot..sakit..memang sakit..

    BalasPadam
  92. sye da lme da kene cagu nie.. daripada form 1 kalau xsalah sampaila skarang da 23thn.. malunye bile org tgok kuku kaki xcantik.. huhu kuku sye nie kene cagu sampai dagingnye da xmlekat dgn kuku (ade ruang antara kuku n daging.. siap bole masukkan korek telinga lgi utk buang kulit2 yg da mati..) sye ingt nak cabut je kuku nie, tpi kos nak cabut tu pun dah berapa.. so, sye nak try dlula petua2 yg dbagi oleh oktant nie.. huhu tq

    BalasPadam
  93. @ Tanpa Nama: Betul. Memang sakit. Tak dapat nak digambarkan bagaimana rasanya.

    Mudah-mudahan permohonan puan segera diluluskan oleh majikan.


    @ ieda: Kes awak lebih kurang macam saya. Jadi, saya faham benar bagaimana rasanya.


    Jadi, cadangan saya buat puan dan juga ieda, cuba gunakan ubat titis yang ada dijual di kedai ubat-ubatan Cina (sensei).

    Ia boleh surutkan daging yg bengkak tu dalam masa yg singkat. Insya-Allah.

    BalasPadam
  94. saye pown kene jugak cagu 2. . .saye dh x thn dh nk thn saket ni. . .saye arap klaw saye dh gune ubat 2,saye yaken kuku saye dh elok. . .kurang cantek pown x pe la asalkn kuku dh x saket lg. . .

    BalasPadam
  95. saye baru kene aje. . .baru umo 13 mcm ane nk g skolah nnti . . . uh .......saketnyer. . . . . .

    BalasPadam
  96. @ Tanpa Nama:

    - Cuba guna ubat titis tu. Cari saja di kedai ubat-ubatan cina (sensei).

    Maklumkan mereka yg awak kena cagu. Lagi bagus, tunjukkan saja cagu tu pada mereka.

    Moga lekas sembuh ya.

    - Adik pun sama. Cuba cari ubat sensei tu.

    Saya pun pernah kena cagu seawal usia 12 tahun.

    BalasPadam
  97. Cagu biasanya disbbkan oleh kuku yg tumbuh di bhgian tepi ibu jari kaki.Takde ubat benar2 memastikan anda tak mengalaminya lagi.Iaakan terus berulang jika kita malas nak melakukan apa yg patut.Tak perlu susah payah cari ubat kat mana2 pun,cuma kita perlu sentiasa memastikn kebersihan dan kuku harus dipotong (terutama dibhgian tepi) seblum tumbuh memanjang atau tumbuh lebih dalam dan menekan isi ibu jari.Mereka yg suka memakai sepatu tumit tinggi mudah memgalami sakit ni klu kuku tak dipotong kerana kuku menekan isi ibu jari kaki.

    BalasPadam
  98. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian awak. :)

    BalasPadam
  99. Kuku yg cengkam tu boleh dicabut tak selepas letak ubat yg jual kat kedai sensei tu?

    BalasPadam
  100. @ Tanpa Nama: Boleh.

    Saya pun pernah cabut dulu. Cuma, bila kuku tu tumbuh balik, warnanya dah tak seperti kuku asal.

    Warnanya kurang cantik sikitlah.

    BalasPadam
  101. adus skitnye xterperi..sy mengalaminye skrg..belah kiri dh 2,3 bln kne...yg blah knan br arini kne..tp sy cpt2 korek tkut melarat...tp still dnyut ag cz luke kt dlm...

    BalasPadam
  102. 10 rgt ubt kt kdai cine tu skrg...maak aii..dh naik hrge nmpknye..

    BalasPadam
  103. @ Tanpa Nama:

    - Memang. Sebab saya pun pernah mengalami apa yang pernah awak rasakan.

    Apa yang saya boleh katakan, saya doakan awak menemui penawarnya dan lekas sembuh.

    - Wah... kalau dulu dah boleh dapat 3 botol. Tapi yang lebih penting, cagu tu boleh surut segera.

    Saya doakan awak lekas sembuh ya. Amin.

    BalasPadam
  104. saya tak sure nie apa yang saya alami nie cagu ke tak...semalam kena, picit keluar nanah, but dah korek2 tepi tu tgk takde pon serpihan kuku yg mencuck...tapi sedang bengkak...tapi tak skit sgt...kalau makan antibiotik je baik tak? please kasik opinion ...

    BalasPadam
  105. aduhai sakitnya kena cagu.. tidur x lena.. makan x lalu.. mood pon berubah.. asyik nak marah aje.. sakit kepala menahan sakitnya ibu jari bengkak.. t.kasih kpd ahli2 (PSM)persatuan cagu semalaysia" atas petua2 berguna..

    BalasPadam
  106. Cara saya ni mungkin dpt tlg..

    Rendamkn kaki dlm air garam(ikut sukaati korang nk brape lame)

    Biarkn kering dahulu

    Kemudian sapu ubat POVIDERM kt tmpt cagu(ubat poviderm ni blh dpt dkt farmasi)

    harap dpt mmbantu

    BalasPadam
  107. td bru je jmpe doktor... cabut kuku... azab gler ..sakitnye tuhan sje yg thu mse na cabut ue

    BalasPadam
  108. @ Tanpa Nama: Mungkin itu baru peringkat awal. Lebih baik awak cegah sebelum melarat.

    Keluarkan nanah yang ada dan sapu minyak gamat.


    @ mat cagu: Memang agak menyeksakan bila kena cagu. Moga awak dapat mengubati secepat mungkin.

    Sama-sama. :)


    @ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak. Harap ia membantu rakan-rakan yang masih tercari-cari jalan penyelesaian mengubati cagu.


    @ arif othman: Fuhh... memang sakit tu. Saya dulu, doktor cuma potong bahagian tepi kuku tu.

    Lepas ni Arif hati-hati dengan pertumbuhan kuku. Elakkan daripada ia kena @ cekam di bahagian tepi.

    Sebab kalau kena, berkemungkinan besar ia akan jadi cagu semula.


    @ Tanpa Nama: Masa saya dulu, doktor memang bagi ubat bius. Kalau tidak, lagi sakit la jawabnya.

    BalasPadam
  109. cuba ikhtiar guna produk sne...www.produksne.com.my....insyaallah....

    BalasPadam
  110. sy dh kena ms darjah 3 lg (now 31yso)...ms tuh selalu nangis sbb kengkawan selalu terpijak kaki...sakit sngt sbb bernanah...bila dh besar kita malu sngt nk pakai sandal yg terbuka kan sbb malu kt sape2 yg tengok...suatu hari sy letak minyak delima...kira cntk la sikit,,sbb tk mau nampak kering...lepas tuh sejak dr zaman u...saya amalkan sapu johnson oil...n lani safi oil..yg khas tuk kulit...sapu semua kuku termasuk ibu jari kaki yg cagu tuh...pas tu, tiap kali potong kuku pon kena sapu...jgn biarkan kuku masuk dlm kulit..asal aser sakit jer korek la sikit...mmg sakit tp kejap jer...ps tu spu myak..mmg la tak cantik..tp tak la hodoh...dan yg penting tak sakit...kuku kena pastikan lembab ngan minyak..leh sapu kat tumit, buku lali....selain tuh jgn lupa makan vit tuk kuku sm...

    BalasPadam
  111. @ Tanpa Nama: Saya pun alami situasi yang sama dengan awak. Masa kawan terpijak kaki, memang sakit sangat.

    Sepatutnya memang perlu pakai sandal yang terbuka. Tapi disebabkan keadaan kuku sebegitu, saya pun memilih untuk memakai sandal bertutup ataupun kasut.

    Terima kasih banyak di atas tip dan petua yang telah awak berikan ya. :)

    BalasPadam
  112. Cik oktant kenapa sy tngk komen ramai yg ckp ubt cair lagi bagus dari krim...sy pon kne cengkam nie dh lame..pnah cabut kuku tpi x baek2 jgak...

    BalasPadam
  113. @ Faeizah Zainudin: Saya pun pakai ubat cecair dulu. Barulah daging yang cengkam tu surut dan kuku pun mudah diketip.

    Masa titiskan ubat pada tempat cengkam atau cagu tu pun tak rasa sakit.

    Kesimpulannya, saya pun syorkan cik puan pakai ubat titis (ubat cecair).

    InsyaAllah akan lekas sembuh walaupun dah bertahun-tahun kena cengkam.

    BalasPadam
  114. takutnya baca sume ulasan...hubby dok suh cabut kuku coz lps bsalin anak ke2 cengkam ibu jari kaki kanan smp ada daging lebih ngan bnanah.nk bjalan pn payah...ikt hati takut yg amat sgt.dh bc ulasan rs nk try sinsei dulu la...hhuhuhhh

    BalasPadam
  115. @ Tanpa Nama: Puan, ubat di sinsei tu ada 2 jenis. Jenis cecair dan krim.

    Saya pakai yg cecair. InsyaAllah ia akan kecut & kuku lebih mudah dipotong.

    Memang alternatif yg baik jika tak tahan nak cabut kuku.

    Saya doakan puan lekas sembuh & lebih mudah lakukan rutin harian.

    BalasPadam
  116. ermmm.. blh x sape2 tlg sy blikan ubt cecair 2 sbb dh lma sy cri tp xpnah jmpa kt kdai sensei...huhu.. skit sgt kna cagu nie... tlg ye sape2 yg sudi.. nti sy bankin kn...

    BalasPadam
  117. sakittt beb kena cagu..ni saya tgh kena ! xlarat lah madah nk cabut kuku je..bila ubt bius abes...meraung mlm2 menahan kesan kena cabut tu...

    BalasPadam
  118. ramai jugak yang kena cangu ni..
    saya da 8 tahun kena cangu ni..
    mak dulu pun kena jugak tapi lepas kawen da ok.. macam2 da sya buat.. operatelh, pkai inai, limau nipis, ubat sensei pun da tp xd effect pape pun..
    takut jugak sebab fmily ada ktrunan kncing manis..
    nak tny, yg ubat sensei tu dy rasa sjuk x bila ltak kat jari?

    BalasPadam
  119. @ Tanpa Nama:

    - Ada sesetengah tokei dia kurang faham bila kita cakap cagu atau cekam kuku.

    Saya dulu, lepas dah tunjukkan keadaan ibu jari kaki barulah tokei tu faham apa yang saya katakan.

    - Lebih kurang begitulah keadaannya. Saya pernah alaminya dulu.

    @ liyana: Ubat sensei tu ada dua jenis. Jenis krim dan cecair.

    Saya guna jenis cecair. Ada rasa sejuk sikit saja pada peringkat permulaan.

    Selepas itu, saya dah tak rasa apa-apa lagi.

    BalasPadam
  120. sye kne cagu tpi kt jari...mak sye letakkn inai...

    BalasPadam
  121. senang je..rendam dgn air suam bersama cuka epal.InsyaAllah berkesan.dptkn cuka epal di kedai spt kdai2 arab yg mnjual barangan ala runcit.

    BalasPadam
  122. @ cik kosah: Terima kasih di atas perkongsian cik kosah.

    Saya baru pertama kali dengar cara tersebut. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  123. Saya baru kena sabtu lps..bengkak + nananh keliling ibu jari kaki kiri..sakitnya Tuhan je yg tahu memula2 kena..skrg saya mkn antibotik utk kurangkan sakit kaki (sbb kaki kebas2) + painkiller (tp tak mkn pn sbb alergik)..dan doc bg ubat sapu poviderm..persoalannya skrg,perlu ke balut keliling ibu jari dan brp lame nk sembuh??tak larat nk jalan bertengkot2..

    BalasPadam
  124. @ Tanpa Nama: Saya lebih selesa biarkannya dalam keadaan terbuka. Tidak perlu balut.

    Mengikut pengalaman saya, kalau hanya bergantung dengan ubat doktor sahaja ia kurang berkesan. Saya gunakan ubat titis yang dibeli di kedai sensei (ubat-ubatan cina).

    p.s: Cuma saya ingin tekankan, yang menyembuhkannya bukanlah ubat tersebut semata-mata tetapi melalui izin-Nya. Yakinlah dengan usaha awak dan banyakkan berdoa.

    p.p.s: Saya doakan awak lekas sembuh ya. Aamiin.

    BalasPadam
  125. Ada tak gambar ubat tu? Saya dah lama kena cekam ni. Kuku dah termasuk dalam daging. Sakit sangat :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf bebanyak ya. Saya tiada gambar ubat tersebut.

      Padam
    2. ubat jenama cap senapang try dh boh kki ok dh skit..tidak dok kluar air bisa nk jdi nanah.yg mcm dok crita jnis dok dlm ubat titis mata xdak..

      Padam
    3. ubat jenama cap senapang try dh boh kki ok dh skit..tidak dok kluar air bisa nk jdi nanah.yg mcm dok crita jnis dok dlm ubat titis mata xdak..

      Padam
  126. Sy pun tengah mengalami penyakit cagu ni,kat dua2 belah ibu jari kaki lg tu,dah dekat 3tahun xpandai baik2,sy da perna cabut kuku 2kali ke 3kali pun tak baik2 juga,kalau jenis ubat ubatan dari doktor ni sikit pun xada kesan,sampai sekarang ni ibu jari kaki sy da bengkak gila,,sy rasa dah lebih dari kritikal ni.tolong lah sapa yg ada petua tentang penyakit cagu ni inform dulu,sy dah x sanggup dah,hanya tuhan ja lah yg tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sarankan anis cuba pergi kedai ubat cina. Lepas tu, tanya tauke tu ada tak jual ubat cagu @ cekam kuku. Kalau diorang kurang faham, tunjukkan terus keadaan ibu jari kaki anis.

      Nanti tauke tu tanya sama ada nak ubat krim ataupun cecair. Saya cadangkan anis guna yang cecair. InsyaAllah dalam beberapa hari bengkakan tu akan surut. Teruskan pakai ubat cecair tu sampai keadaan benar-benar memuaskan hati anis.

      Ubat tu dalam botol kecil. Saiznya macam saiz ubat mata yang kita dapat di klinik. Saya pun pakai berbotol-botol jugak lah baru keadaannya pulih.

      Cuma keadaan kuku dah kurang cantik sikit. Warna kuku jadi seakan warna gula melaka.

      Tapi, syukur Alhamdulillah. Cagu tu dah sembuh sepenuhnya.

      Padam
  127. sy pun tengah mengalami penyakit cagu ni,kat dua2 bela ibu jari kaki lagi tu,kalau tak silap sy perna cabut kuku 2kali ke 3kali.pun tak baik juga,kalau jenis ubat ubatan dari doktor or farmasi ni,sikit pun tak ada kesan,sy kena cagu ni dah ampir dekat 3tahun,dah mcm2 jenis ubat yg sy guna tapi tak baik juga,sampai skrng ni kaki sy da bengkak gila,kadang bila kuku kaki dah mula nak panjang situ lah dah mulai nak berdenyut denyut,so nak tak nak kuku kaki tu kena potong sikit sebab kalau tak sakit gila siul,,sesiapa yg ada petua tentang penyakit cagu ni inform dulu,sy da tak sanggup ni hmm;(

    BalasPadam
  128. Sy pun tengah mengalami penyakit cagu ni,kat dua2 belah ibu jari kaki lg tu,dah dekat 3tahun xpandai baik2,sy da perna cabut kuku 2kali ke 3kali pun tak baik2 juga,kalau jenis ubat ubatan dari doktor ni sikit pun xada kesan,sampai sekarang ni ibu jari kaki sy da bengkak gila,,sy rasa dah lebih dari kritikal ni.tolong lah sapa yg ada petua tentang penyakit cagu ni inform dulu,sy dah x sanggup dah,hanya tuhan ja lah yg tau

    BalasPadam
  129. Salam, kalau buang kuku . Dia elok dlm jgka masa sebulan tak?

    BalasPadam
  130. mmg sakit!nadiya dr kcik lg dh ad cengkam ni smpai ke skrg msih ad cngkam ag..cuba laa try titis mnyak gas..In Sha Allah akn bkurgan

    BalasPadam
  131. sy bru kena dlm sminggu cmtu.. td try petua yg pnaskn minyak msak yg diletakkn dlm cili kering tu huhu.. nk try ulang dlm 2 or 3 hr ni.. malu la lg sbulan lbih nk nikah kne skit cmni huhu :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. nanah da xde, sakit n bgkak pn da hilang :):) pd sesiapa yg bru alami sakit cmni, ley try petua yg sy da cuba.. alhamdulillah brkesan :) jgn lupe brdoa n selawat sblum titiskn minyak di bhagian yg sakit

      Padam
  132. Alhamdulillah cagu dikaki beransur sembuh hanya dlm 3 hr.... cuci kaki dgn dettol mkn antibiotik cloxacillin capsule 250mg dan axcel papain 10000usp 3 x sehari selama 3 hari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ shanizzzz: Syukur Alhamdulillah.

      Terima kasih atas perkongsian.

      Padam
    2. Mana nak cari ubat ubat tu semua ? Tolong saya dh xtahan dh

      Padam
    3. Saya beli di farmasi je...

      Padam
  133. A'skum,law nak letak ubat sensei seperti yg dinyatakan dlm step3,kuku kaki yg da cagu perlu x dipotong terlebih dahulu???saya ni dh 4 tahun menghidapi penyakit cagu ni seksanya xtertanggung,saya harap sangat persoalan saya ni dpt diselesaikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

      Tidak perlu potong kuku kalau awak tak tahan sakit.
      Terus titiskan saja ubat sensei tu pada bahagian cagu dan sekitarnya.

      Nanti, ia akan mengecutkan bahagian cagu tersebut. Insya Allah.

      Padam
  134. Ktmne nk bli ubt cecair tu.sy g kdai sensei xde jual..xthn la skit..

    BalasPadam
  135. Adakah penyakit cagu ini akan berlarutan sehinggakan ke keturunan yg lain

    BalasPadam
  136. Saya dh jumpa ubat cagu..jadi saya ambik cecair tapi cecair tu jernih....skank dh tak sakit sangat tapi time gi skola perghh bergesel dengan kasot

    BalasPadam
  137. assalamualaikum....saya ada sikit petua untuk cagu a.k.a cekam ni,baru tadi saya buat lepas mcm² petua saya dapat,syukur Alhamdulillah yg last ni boleh dikatakan mcm org ckp kutil ambik buangdh tak rasa sakit...
    cara dia:
    ambil kunyit hidup,
    lepas tu bakar,
    lepas bakar ketuk smpai hancur,
    ambil cili kering sebatang,
    bg hancur juga,
    lepas tu campur sekali letak minyak masak sikit,
    gaul²,
    lepas tu ambik benda td tempetkan dkt tmpat cagu a.k.a cekam tu,
    lepas tu balut...
    In Sya Allah...dalam masa sejam dua saya dh rasa kurang dh,
    tp td saya tak guna cili kering,sbb dh abis...saya guna cili padi,lepas tu saya cmpur dgn myk angin...letak dkt tempat cekam tu,lepas tu balut...
    Alhamdulillah skrg rasa selesa sikit nk jalan atau nk buat apa saja...
    In Sya Allah cubalah mana tau berkesan,saya dh cuba,alhamdulillah berkesan...
    kita hnya ikhtiar,yg menyembuhkan kita serah kepada sahaja kpd yg Maha Esa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslam..kuku yg ada dlm dging tu mcm mn ye?kne ptong dlu atau biarkan sje yer?sy tk than dh kne cagu ni..hurm..sy hrp petua ni berkesan..

      Padam
    2. Klau guna cili pedas la tu

      Padam
  138. salam...nak cuba cara paling mudah untuk ubati cagu...nak tak...saya guna kapur masak..tepek je kat tempat kena cagu tu secukupnya..balut sikit dengan bandage ke..basahkanlah bila macam kering..ulang tepek bila perlu..dalam sehari dua kuku jadi kecut la..pastu nanah keluar..sakit pun hilang..cubalah

    BalasPadam
  139. salam...senang je nak bagi baik cepat bila kena cagu ni..tepek dgn kapur sirih/masak je..nanti lepas sehari dua tu kuku kecut dan nanah keluar..dan ok..cubalah

    BalasPadam
  140. @ Rozari Rio: Waalaikumussalam wbt tuan.

    Terima kasih atas perkongsian petua di atas. Moga ia membantu rakan-rakan kita yang memerlukannya.

    BalasPadam
  141. Salam. Saya Hambalee Husin, kepakaran saya ialah membantu anda yg mempunyai masalah jangkitan kulat kuku, kuku rosak, cengkam, cagu, sebayam dn ketuat. Saya mempunyai produk jenama saya sendiri iaitu HAMBALee'S yg boleh membantu merawat jangkitan kulat kuku, kuku rosak, cengkam, cagu, sebayam dn ketuat. Produk jenis cecair yg perlu dititis pada kuku yg bermasalah. Kesannya boleh dilihat dalam masa seawal 2 minggu. Harga 1 botol rm29.90,jika berminat boleh sms saya di no 0189146947. Jadikan produk saya ini pilihan anda yang terakhir sekiranya anda ada pilihan lain yang ingin dicuba. Terima kasih.

    BalasPadam
  142. Abah sy pernah suruh letak tahi hidung dkt tmpt kuku cengkam tu. Mula2 mcm pelik, tp abah kate berkesan.. Org dulu buat mcm tu. Sy x tau berkesan ke x sbb bile ltk tahi idong tu, cpt sgt menghilang sbb melepet kat mane2 tah hahahah. Spe tau sahih ke x petua ni?

    BalasPadam
  143. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  144. saya juga pernah kena penyakit cagu, tapi saya obatnya dengan menggunakan minyak tanah yang direndang dengan menggunakan kapas yang dimasukan didalam kuku yang kena sakit sampai terbuka sendirinya... insyaallah langsung sembuh... trims

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurg jelas..apa yg terbuka tu??ssiapa yg prnh mgalami dan sudah smbuh,tlog sgt pm sya 0175749602..sya btul2 memrlukn nsihat anda..dah x sggup nk cabut kuku,dah byk kli tpi ttap jdi balik..skit sgt..hrp dpt mmbntu sya

      Padam
  145. @ sabarudin Uhi rahmat: Terima kasih atas perkongsiannya tuan. :)

    BalasPadam
  146. Ya Allah siapa bole tolong saya.saya da kena hampir setahun macam2 obat saya guna belum sembu2 juga,saya pun perna buang kukusampai skrg tak elok juga.siapa tau ad obat yg betul2 berkesan tlong telfon no saya 01128108831

    BalasPadam
  147. Assalam smue... Sy jua mengalami msalah yg sama sperti anda.. Sy dh mngalami msalah cagu nie hampir 3 tahun bermula dari tahun 2013 shingge lah skrng.. Klu nk ckp psal cabut kuku... Dekat 3@4 kali dh pergi klinik cabut... Tapi hasil nye msih sama... Kalau anda smue ad cara yg efektif bgi mngatasi msalah nie.. Tlng wasap sy 0176418026

    BalasPadam
  148. HHUHUU rsa lega bila x bersebdirian menghadapi cagu niii :(( saya harap kta smua dpt sembuhkan cpt. dah msuk 1thun lbh pyakit ni.

    BalasPadam
  149. kalau ble sesiapa carikan ubat cagu kdai cina tu utk sy. sy ni sabahan blaja kat kedah. xjumpa lg kdai cina jual ubat. kalau siapa ble bantu meh no sy wasap anda ya. bekenaan cagu ni, yg sy baca dia mmg pyakit kturunan. klu mak ayah kena, kita pun ada potensi dpt. mmg btul la mak ayah sy pena kenaa jg. sekian, harap dpt bantu sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuku awk sudh sembuh ke klau da sembuh tlong bagi tau guna ubat ap??

      Padam
  150. salah satu caranya ialah potong kuku tu,xpun cabut..keringkan nanah tu lps tu sumbat belerang mancis dan cucuh..mmg agak ekstrem tapi sgt berkesan..kuman abis mati.kena berani la.sy dh buat.dh lma okay.

    BalasPadam
  151. Lepas baca komen2 ni,saya pun rasa nk tulis jugak..haha
    Kalau saya kena kuku cengkam ni sebab main netball..maybe waktu tu kuku saya pjg kot..lepas game barulah perasan ade darah beku dalam ibu jari kaki kiri..memang peritlah nk jalan bagai..then slowly kuku tu terpisah dr daging.. Satu hari ni kuku saya basah sbb bru kluar toilet..tba2 kuku yg dah terpisah daging tu bergesel ngn kaki kanan..ape lg,trcabut semua lh hahaha..cuma part akar kuku tu je still melekat.
    Then sye gi jumpe Dr dn Dr suruh cabut kuku tu so sye pun okey je..*sbb ade pengalaman kuku cabut
    So bila Dr cabut rupenya kuku baru dah tumbuh TAPI tk sempurna sebb dye dah tumbuh tme kuku terpisah dgn daging...memang lama nak sembuh..berbulan2 kot..so masa kuku ni nk tumbuh baru tapi saya bedal je main netball so darah beku muncul balik..haha..
    So sekarang kuku tu tumbuh penuh tp tak melekat dn ade darah dlm kuku..sumenya sebb main netball tme healing process..so healing process sye tak mnjadi..huhu

    P/s:saje nak share..pjg pulk..btw ubat cina tu interesting

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fateqa, terima kasih taw sebab sudi "share" pengalaman.

      Padam
  152. Kuku dah tertanam dekat isi macam mana? Saya dah potong tapi terputus so Kira ada lebihan kuku tapi xboleh nak keluarkn potong . Huhu sakit nya nk solat duduk tahiyat akhir Tu menderita. Sampai terpikir ada ke ubat YG boleh lupus Kan kuku Dalam Tu. Tengok ibu jari kaki mmg cantik je macam xde pape tapi tuan punya badan YG tahu berdenyut dia . Mmg saya xboleh nak tarik keluar dah tepi kuku yg tertanam Tu . insyaAllah Cuba juga petua2 Cara Di atas ni cuma ubat sensei yg bagi kuku kaki berubah warna Tu mungkin X sbb syg kot huhu xnk tahap buruk .

    BalasPadam
  153. Nak tanya,kalau letak daun inai,kuku yg cucuk tu nak buang ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak tak perlu buang kuku tu. Saya pun pernah letak inai tanpa buang@cabut kuku.

      Padam