Petua Tegangkan Kulit Muka Dengan Lidah Buaya

Pada saat ini, kita yang bakal menyambut Syawal memang tengah dalam mood "Raya", kan? Jadi, petua ini ringkas aja. Bagi yang nak menegangkan kulit muka, mungkin masih sempat lagi kalau nak buat.

Bila usia mencecah 30-an, garis-garis halus serta kedutan di muka mulalah kelihatan. Bagi melindungi kulit muka secara berterusan, gunakanlah daun lidah buaya. Ia berfungsi merawat, mengubat serta menegangkan kulit muka kita.

Oleh itu, jom kita praktikkan petua tegangkan kulit muka dengan daun lidah buaya yang telah diakui berkesan sejak zaman Mesir Kuno lagi. 


Cara mengamalkannya;

1. Ambil 1 helai daun lidah buaya dan belah dua.


daun lidah buaya dibelah dua
Daun lidah buaya - aloelf.com

2. Sapukan lendir daun lidah buaya pada keseluruhan bahagian muka dan leher.

3. Biarkan ia lebih kurang dalam 20 minit.

4. Setelah itu, basahkan sehelai kain bersih dengan air suam dan lapkan pada muka dan leher.

5. Kemudian, basahkan sehelai kain bersih dengan air sejuk dan lap pada muka dan leher.


Dah. Itu saja yang perlu kita buat. Saya percaya jika kita ada menanam pokok lidah buaya di rumah mahupun di kampung masih sempat nak melakukannya. 

Pagi Syawal esok kulit kita boleh nampak lebih segar walaupun agak penat membuat persiapan menyambut hari kemenangan. =D

Akhir kata, saya dengan rasa rendah diri menyusun 10 jari memohon ampun & maaf zahir batin kepada semua yang sudi mengunjungi blog petua sejagat. Sekiranya ada terkurang pada mana-mana bahagian harap dapat dihalalkan yea. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan.

Petua Rambut Sihat Dengan Kacang Soya

Rambut yang cantik dan sihat boleh kita miliki sekiranya ia memperoleh sumber protein yang mencukupi. Macam mana nak dapatkan protein tu? Senang saja. Iaitu melalui kacang soya. =D

Kandungan protein dalam kacang soya mampu menyihatkan serta melembutkan rambut kita. Itulah caranya. Hehe... Tapi ada syaratnya tau. Ia perlu dibuat setiap hari supaya dapat mempertahankan kecantikan dan kesihatan rambut agar sentiasa subur dan bersinar.


Sehubungan itu, saya nak kongsikanlah satu petua rambut sihat yang berkaitan dengan anda. Mari kita lihat dulu bahan yang diperlukan;

~ 1 sudu makan krim kacang soya


Krim Kacang Soya
Krim kacang soya - halalstock.com


~ 1 cawan air panas


Cara membuatnya;

1. Satukan krim kacang soya dan air panas dalam satu bekas.

2. Kacau keduanya sampai sebati.

3. Sekarang, syampu rambut anda dengan syampu yang biasa dipakai.

4. Kemudian, basuh rambut yang telah disyampu dengan air krim kacang soya tadi.

5. Biarkan ia kira-kira 10 minit.

6. Akhir sekali, barulah bilaskan rambut dengan air bersih.


Sekali lagi, saya ingatkan bahawa petua ini perlu dilakukan setiap hari. Setelah berpuashati dengan hasil yang diperolehi, barulah dijarakkan penggunaannya. Contohnya seminggu sekali atau dua minggu sekali ke. Apa yang penting ialah anda terus mengamalkannya.

Selamat mencuba yea.

Ramuan Topeng Muka Kombinasi Kulit Kering dan Normal

Bagi kita yang memiliki kombinasi kulit kering dan normal, tentu tertanya-tanya ada tak ramuan topeng muka yang sesuai? Ah-ha, sebab itulah saya buat entri ni. Khas untuk si pemilik kulit kering + kulit normal. Bolehlah mencubanya sebelum raya ni, kan?

Ramuan yang diperlukan adalah;

~ 1 biji pisang

topeng muka daripada pisang dan madu lebah
Pisang dan madu lebah - greenparenthood.com

~ 1 sudu makan madu lebah asli

~ 1 sudu makan sos masam


Cara menyediakannya;

1. Lenyek pisang dalam sebuah bekas.

2. Curahkan madu lebah dan sos masam ke atas pisang.

3. Gaulkannya hingga sebati.

4. Sapukan pada keseluruhan muka.

5. Biarkan dalam 30 minit.

Topeng Muka Berasaskan Pisang
Topeng muka daripada pisang

6. Akhir sekali, bilas muka dengan air suam hingga benar-benar bersih.

Sama seperti topeng muka yang lain, amalkan pemakaiannya sebulan sekali. Jangan lupa juga lakukannya secara teratur yea.


Selamat Mencuba!

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Normal

Ramuan topeng muka untuk kulit berminyak dah ada. Ramuan untuk kulit kering pun sudah. Sekarang saya nak kongsi ramuan untuk kita yang jenis kulit normal pula. Barulah sempurna, kan?

Keadaan liang pori-pori kita yang berkulit normal ni tidaklah sebesar mereka yang memiliki kulit jenis berminyak. Walaupun begitu, kita mestilah memelihara keadaan pori-pori daripada tersumbat. Ini kerana pori-pori tak boleh dibesarkan ataupun dikecilkan. Apa yang kita mampu buat ialah menjaganya dengan cara membersihkan muka secara teratur.

Selain membersih muka setiap hari, penjagaan tambahan untuk kecantikan muka ialah dengan memakai topeng muka. Sehubungan itu, ini dia ramuan topeng muka untuk kita yang memiliki jenis kulit normal;

~ 1 biji epal

Topeng Muka Daripada Epal
Epal - waterfootprint.org

~ 1 helai daun bunga tahi ayam

~ 2 sudu makan madu lebah asli


Cara menyediakannya;

1. Potong dadu epal tadi.

2. Kisar epal yang dipotong dadu dengan daun tahi ayam.

3. Kisar keduanya tersebut sampai halus.

4. Kemudian, barulah campurkan dengan madu lebah dan kacau hingga sebati.

5. Masukkan campuran ini ke dalam peti ais lebih kurang 10 minit.

6. Setelah itu, sapukannya ke seluruh muka anda.

7. Biarkan ia menyerap ke kulit muka dalam 30 minit.

8. Akhir sekali, bilaslah muka anda dengan air suam.

Amalkan petua ini sebulan sekali secara teratur. Insya-Allah, melalui usaha ini kita dapat memelihara kecantikan kulit muka sepanjang masa.


Selamat Mencuba!

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Kering

Sebelum ini, kita dah tahu cara menyediakan topeng muka untuk kulit muka berminyak, kan? Sekarang ni tibalah masanya untuk kulit muka yang kering pula. Berbeza dengan kulit berminyak, kita yang berkulit kering memiliki liang pori-pori yang sangat kecil. Justeru, ramuan membuat topeng muka pun perlulah menggunakan bahan yang berlainan. Barulah "kena".

Bahan yang diperlukan untuk menyediakan topeng muka jenis kulit kering;

~ 2 biji buah aprikot

iHnilah rupa buah aprikot
Buah Aprikot - wikia

~ 2 sudu makan yogurt kosong


Cara membuatnya;

1. Potong kecil buah aprikot dan campurkannya dengan yogurt.

2. Kisar campuran tadi sampai halus.

3. Sapukan pada keseluruhan muka.


topeng muka berasaskan aprikot
Topeng muka aprikot


4. Biarkan ia kering dan menyerap ke kulit lebih kurang 30 - 45 minit.

5. Akhir sekali, bilas muka hingga bersih menggunakan air suam.


Petua ini juga boleh diamalkan sebulan sekali dengan teratur. Mudah-mudahan anda yang mengalami masalah kulit kering suka dengan petua ni yea.


Selamat Mencuba!

Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak

Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


topeng muka berasaskan timun


Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.


7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.


Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!

Cara Mencegah Uban Dengan Teh

Ada di antara kita yang masih muda remaja tapi dah tumbuh uban. Ia agak membimbangkan. Maklumlah muda-muda lagi rambut dah beruban. Tak rock arr cenggini.. Bila hal ini berlaku, ia menjejaskan penampilan kita. Secara tak langsung, tahap keyakinan diri pastinya menurun. Sebab selalunya rakan-rakan yang tak sayang mulut pasti akan mengenakan kita hanya kerana masalah ini. Huhuhu... Sedih, kan?


cara mencegah uban
Muda-muda dah beruban - keyseries.us


Sebenarnya, antara faktor tumbuhnya uban di usia muda kerana gaya hidup kita yang tidak sihat ataupun disebabkan tekanan.

Tapi, tak perlulah risau sangat. Ini kerana ada caranya untuk mencegah uban ni. Percayalah ia cukup mudah untuk diikuti serta diamalkan. Kita cuma perlukan;

~ 1 cawan teh pekat

~ 1 sudu kecil garam

Kemudian;

1. Masukkan garam ke dalam secawan teh pekat.

2. Kacau hingga sebati.

3. Curahkan perlahan-lahan teh masin tadi ke seluruh rambut.

4. Urut kepala secara lembut.

5. Setelah itu, biarkannya selama 1 jam.

6. Akhir sekali, bilas rambut dengan air sejuk.


Ulangi cara di atas sebulan sekali. Dengan izin-Nya, kita boleh mencegah uban.


Selamat Mencuba!



Petua Atasi Kulit Bersisik Dengan Nanas

Masalah kulit bersisik sikit sebanyak memang membimbangkan. Kita juga kurang selesa dengan keadaan kulit bersisik ni, kan? Lebih-lebih lagi bagi yang ingin mendirikan rumahtangga lepas raya ni. Penjagaan kulit mestilah menjadi keutamaan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah kulit bersisik, kita boleh gunakan nanas. Buah nanas mengandungi bromelin. Bromelin ni sejenis enzim berkhasiat yang membantu pembentukan kolagen agar kulit sentiasa kenyal dan muda.


buah nanas petua atasi kulit bersisik


Nanas juga kaya dengan vitamin A dan C yang berguna menyingkirkan sel kulit mati, mempercepatkan proses pembentukan sel serta menghilangkan noda pada kulit muka. Paling penting, ia semestinya dapat mengatasi masalah kulit bersisik.


Petua kulit bersisik dengan nanas;


1. Sediakan 1/2 biji nanas.

2. Parut kesemua nanas tadi.

3. Gosokkan nanas yang telah diparut pada kulit yang bersisik ataupun mengelupas.

4. Kita boleh sapukannya pada waktu malam. Keesokan paginya, barulah dibasuh.

Amalkan rawatan ini setiap hari. Teruskan sehinggalah kulit bersisik tidak lagi bersisik. =)


Selamat Mencuba yea!

4 Hidangan Kempiskan Perut

Dalam bulan puasa, kebanyakan kita pastinya berazam untuk mengempiskan perut. Jika tidak bulan ini, bila lagi, kan? Tetapi dek kerana tergoda dengan juadah yang menggiurkan di bazar ramadhan, hasrat itu semakin dilupakan. Godaan banyak sangat, mana tahan beb! Huhu...

Sehubungan ini, saya ingin kongsi sedikit beberapa jenis makanan yang membantu kita mengempiskan perut. Secara umumnya, kita memerlukan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi. Ini bagi mengelakkan dehidrasi.

Dehidrasi mengakibatkan tubuh kita menyimpan lebih banyak air. Di mana masa inilah berlakunya pembengkakan dan perut kembung. Itu yang kekadang kita pelik, kenapalah perut aku ni buncit semacam jer, kan?


Justeru, sekiranya hal ini terjadi, kita perlulah minum banyak air masak. Itu salah satu caranya.


Di samping banyakkan meminum air masak, kita perlu ambil tembikai. Tembikai mengandungi diuretic semulajadi yang membuatkan kita sering buang air kecil. Secara tak langsung, perut yang buncit pun akan mengempislah.


Selain tembikai, kita boleh pilih blueberry. Buah beri biru ini memang kaya dengan anti-oksidan bagi mengurangkan lemak perut.

Kemudiannya asparagus. Sup asparagus juga merupakan diuretik semulajadi yang membantu mengurangkan berat air dalam badan.


3 jenis asparagus
3 jenis asparagus - wikipedia.org



Begitu juga dengan ikan salmon. Kalau buat sushi sedap ni Ia kaya dengan Omega 3 yang membantu melancarkan sistem pencernaan kita.


ikan salmon panggang
Ikan salmon panggang - myrecipes.com


Akhir sekali ialah buah-buahan sitrus seperti lemon, limau mandarin, limau nipis dan jenis limau yang lain. Dengan meminum minuman jenis sitrus ini pun dapat melancarkan sistem pencernaan kita.


contoh buah citrus
Contoh buah citrus - wikipedia.org


Ah-ha!! Begitulah antara hidangan yang boleh kita utamakan sekiranya mahu mengempiskan perut. Bukan hanya di bulan Ramadhan. Malah, di bulan-bulan lain juga. Moga cara dan tip kempiskan perut di atas memberi nafas baru kepada kita yang berazam mengempiskan perut. 

Semoga berjaya yea. =)

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Gula

Ramai yang mahu memutihkan kulit muka. Tapi was-was nak mencuba sesuatu petua. Betul ke ni? Confirm jadi ker? Dan pelbagai macam lagi persoalan yang menjadi tanda tanya. Saya di sini sekadar berkongsi. Menjadi atau tidak, itu di luar kemampuan saya. Apa yang sebaiknya, anda cuba dengan penuh yakin dan berdoa.

Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni. Perbanyakkanlah berdoa. Terutamanya ketika hendak berbuka. Sambil meyiapkan juadah berbuka pun boleh berdoa. Gunakan peluang yang diberikan-Nya sebaik mungkin yea. ;)

Jadi, istimewa untuk anda, saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje.


gambar gula pasir


Proses ini dinamakan pengelupasan atau "exfoliating". Di mana ia diyakini membantu mencerahkan kulit anda serta kelihatan berseri-seri. chewwahhh macam nak kawin la plak


Oke. Sekarang kita beralih ke langkah mempraktikkannya;


1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.

2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.

8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.


Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan. Mudah dan ringkas, kan?


Selamat Mencuba!


Mengapa Anda Tetap Perlukan Nasi

Sesetengah orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal? Terus terang cakap, saya tak sanggup.

Saya percaya anda semua tahu nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu?

Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk GEMUK tetap ada.


Nasi Perang
Nasi perang - thefreshfridge.com



Baiklah, di sini terdapat 3 sebab anda tetap perlukan nasi setiap hari;


1. Meningkatkan "mood"

Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.

Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah marah.


2. Mencegah lemak

Hahha. Jangan tak percaya pula. Kajian daripada Journal of Nutrition mendapati pengambilan sarapan yang mengandungi karbohidrat tidak menaikkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil karbohidrat 3 jam sebelum latihan atau melakukan sebarang aktiviti, ia membantu membakar lemak berlebihan.


3. Meningkatkan tahap ingatan

Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan daripada segi tahap daya ingatan.

Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori.


Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil beras perang sebagai ganti.

Cara Melentikkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

Bulu mata yang lentik membuatkan si pemiliknya dikagumi. Dulu masa sekolah, saya ada seorang kawan. Lelaki. Tapi bulu mata dia memang lentik. Asli. Dek kerana kelebihan itu, ramai yang memujinya. Terutamanya yang perempuan lah.

Sekarang ni, ada tak di antara anda yang teringin memiliki bulu mata yang lentik? Kalau ada, petua kali ini saya tujukan khas buat anda. Iaitu cara melentikkan bulu mata.


Memula, anda sediakan dulu bahan yang diperlukan iaitu;

~ Tangkai daun sirih

~ Lendir daun lidah buaya

lendir atau gel lidah buaya
Lendir @ gel lidah buaya


Seterusnya, apa yang perlu anda buat ialah;

1. Bersihkan dulu tangkai daun sirih tadi.

2. Celupkan tangkai tersebut pada lendir daun lidah buaya.

3. Sapukan lendir tersebut pada bulu mata anda.

4. Amalkan cara ini setiap hari sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.


[-PENTING!-] 

Tapi ada seperkara yang anda perlu tahu. Semasa mengamalkan petua ini, hentikan sementara pemakaian maskara. Tujuannya bagi menjaga kesihatan bulu mata anda. Harap anda dapat mengikuti cara melentikkan bulu mata di atas dan aturannya yea.


Selamat Mencuba!

4 Menu Cadangan Untuk Bersahur

Bagi anda yang menjalani ibadah puasa, tentulah bersahur, kan? Kalau tak, nanti ada pula yang jadikannya alasan untuk memonteng. Memang dah tak boleh pakai langsung alasan tu. Dah lapuk. Hehe...

Cuma ada kalanya agak buntu memikirkan mengenai menu sahur. Menu apa yang sesuai untuk mengelakkan lekas lapar. Kalau ada anak-anak yang baru belajar puasa, menu apa pula yang boleh menarik minat mereka untuk makan sahur. Ermmm...

Menurut pakar pemakanan chewwahh!, menu sahur yang terbaik adalah yang mampu memenuhi keperluan tubuh serta mampu mengelakkan lekas lapar.

Umumnya, anda bolehlah makanan yang tinggi kandungan serat serta protein. Dalam pada itu, makanan itu perlulah mengandungi karbohidrat dan vitamin.


Berikut adalah menu cadangan bersahur untuk anda;


1. Oat yang dibancuh sendiri. Tambahkan sedikit buah-buahan seperti aprikot, barli, kurma ataupun strawberi. 


Oat untuk Bersahur
Oat - foodchannel.com

Tapi bukan oat yang 3 dalam 1 tu yea.


2. Andainya anda tak boleh tinggalkan nasi, cuba beralih kepada beras perang.


Beras Perang untuk Bersahur
Beras perang - copywriterskitchen.com

Sebagai pelengkap, pilihlah sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan.


3. Sekiranya anda tiada selera terhadap nasi, ambillah sandwic tuna. Selain tuna, isi ayam panggang tanpa kulit pun boleh dijadikan inti.

Sandwic Tuna untuk Bersahur
Sandwic tuna - simplyrecipes.com


4. Katakanlah anda tersedar pun dah lewat, tak sempat nak siapkan salah satu menu di atas...

Anda boleh makan yogurt rendah lemak bersama pisang sebagai ganti yea.


Selain makanan, minuman pun penting. Segelas susu rendah lemak bersama 2 gelas air masak adalah pilihan terbaik. Jikalau minum air terlalu banyak, nanti perut anda tak larat nak tampung makanan lain.


Selamat Bersahur yea. ;)

Dapat Ganjaran Dengan MEMBERI?

Sementara menunggu berbuka, saya meluangkan sedikit masa dengan membaca satu ebook. Tajuknya Rahsia Magnet Duit. Bagi memudahkan pembacaan, saya pun "print" ebook tu. Sambil tu, saya rasa ada seperkara yang berguna patut dikongsikan bersama anda. Iaitu berkaitan dengan amalan MEMBERI.




Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni. Kita digalakkan bersedekah, bertukar-tukar juadah sesama jiran serta memberikan makanan kepada mereka yang berpuasa ketika berbuka, kan?

Oleh itu, saya nak kongsi petikan yang diambil dari ebook Rahsia Magnet Duit berkaitan dengan "memberi".


Memberi -

Tahukah anda dengan memberi, anda juga akan memperolehi ganjaran. Memberi adalah satu energi yang tidak hanya membantu orang lain, tetapi ianya juga mencipta lebih banyak lagi kepada yang memberi.

Wang adalah energi yang perlu mengalir. Jika anda takut untuk memberi, ego dan kedekut, itu bermakna anda telah menghentikan aliran wang tersebut.

Jika darah di dalam badan dapat mengalir dengan bebas, ini bermakna badan anda sihat dan sebaliknya jika ia terhenti bermakna kita mempunyai masalah kesihatan.

Begitu juga dengan wang, jika wang tidak mengalir dengan sepatutnya ini bermakna ekonomi anda tidak sihat. Jadi cara untuk mendapatkan aliran wang yang baik adalah dengan memberi.

Jangan takut untuk memberi dan jangan bimbang tentang kehilangannya kerana alam semesta tahu apa yang dilakukan.

Mudah-mudahan setelah membaca petikan di atas, anda dan saya dapat sesuatu yang bermanfaat tentang "memberi".


Sekian, terima kasih & Selamat Berbuka. =D


Sumber petikan dan gambar : Ebook Rahsia Magnet Duit Versi 3 Oleh LinnComel

2 Ubat Menyembuhkan Gelegata

Badan anda gatal-gatal, miang ataupun berbintil-bintil ke? Kalau ya, berkemungkinan anda terkena gelegata nie.

Apa benda gelegata tu??

Gelegata = sejenis penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintil-bintil pada badan kerana panas dll


Eee... Jadi, apa yang harus saya buat??

Di sini saya kongsikan 2 pilihan untuk anda. Pertama, anda berubat dengan daun sirih. Keduanya dengan berganggang.


Apa pula berganggang tu??

Ada banyak maksud. Antaranya = sedang disalai (dengan api) atau berdiang



Cara #1


1. Ambil beberapa helai daun sirih dan layurkan.

2. Kemudian, letakkan saja daun tersebut pada bahagian yang terlibat.

3. Ulangi cara ini dengan daun sirih yang baru sehinggalah anda benar-benar sembuh.


Cara #2


Kaedah inilah yang dinamakan berganggang. Jom ikuti langkah demi langkah berganggang.

1. Ambil beberapa sabut kelapa yang kering.


Sabut Kelapa
Sabut Kelapa - indonetwork.co.id


2. Nyalakan api pada sabut hingga menjadi bara dan berasap.

3. Kemudian, asapkan bahagian badan anda yang kena gelegata.

4. Cara ini juga perlu diulangi dengan menggunakan sabut kelapa yang baru sampai anda sembuh.


Owhh yea... sementara belum sembuh, elakkan diri anda daripada terkena angin atau sejuk. Begitu juga dengan air. Jadi, jangan mandi buat sementara waktu. Busuk pun busuklah. hehehe....


Selamat Mencuba!


p.s: Berdiang pula maksudnya dekat dengan api (unggun api, dapur) untuk memanaskan badan.

Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi

Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Biasanya terdapat pada paha, punggung dan tangan. Adakalanya turut kelihatan pada betis.

Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.

Menghilangkan selulit adalah perkara yang agak mustahil. Walaupun dengan menggunakan rawatan yang mahal menggunakan mesin canggih manggih mahupun krim. Sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengurangkan timbunan lemak.

Lagi satu, daripada anda membazir, ada baiknya gunakan bahan-bahan yang jauh lebih murah. Bahan yang saya maksudkan ialah serbuk kopi.


hilangkan selulit dengan serbuk kopi


Kenapa serbuk kopi??


Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan agak jingga!


Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan;

~ 2 cawan serbuk kopi

~ 1/2 cawan gula ataupun garam laut (pilih 1)

~ 2-3 sudu besar minyak urut (massage oil)

minyak urut atau massage oil
Massage oil - BodyShop


Caranya:


1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.

2. Kacau sampai sebati.

3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.

4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.

5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.

6. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.


Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.


Selamat mencuba!