Cara Hilangkan Selulit Dengan Kopi

Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Biasanya terdapat pada paha, punggung dan tangan. Adakalanya turut kelihatan pada betis.

Lazimnya, golongan wanita lebih ramai yang mengalami masalah sesulit berbanding lelaki. Ini kerana sel lemak pada kulit lelaki agak jauh daripada lapisan atas kulit.

Menghilangkan selulit adalah perkara yang agak mustahil. Walaupun dengan menggunakan rawatan yang mahal menggunakan mesin canggih manggih mahupun krim. Sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah mengurangkan timbunan lemak.

Lagi satu, daripada anda membazir, ada baiknya gunakan bahan-bahan yang jauh lebih murah. Bahan yang saya maksudkan ialah serbuk kopi.


hilangkan selulit dengan serbuk kopi


Kenapa serbuk kopi??


Kandungan kafein pada kopi mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan menghaluskan kulit.

Apa yang lebih baik ia berfungsi mengurangkan timbunan lemak yang membuatkan kulit anda kelihatan agak jingga!


Baiklah, bahan-bahan yang anda perlukan;

~ 2 cawan serbuk kopi

~ 1/2 cawan gula ataupun garam laut (pilih 1)

~ 2-3 sudu besar minyak urut (massage oil)

minyak urut atau massage oil
Massage oil - BodyShop


Caranya:


1. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas.

2. Kacau sampai sebati.

3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh anda.

4. Sambil itu, urutlah secara lembut tubuh anda. Terutamanya pada bahagian yang ada selulit.

5. Urutan ini bagus untuk membebaskan sel-sel lemak yang terperangkap dan seterusnya mengurangkan selulit.

6. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.


Amalkan cara hilangkan selulit dengan kopi ini beberapa kali seminggu hingga anda berpuas hati dengan hasil yang diperoleh.


Selamat mencuba!

38 ulasan:

  1. @ Tanpa Nama: Salah satu alternatif yg boleh dicuba bg mengurangkan selulit adalah dgn menggunakan losyen selulit ini (sila klik).


    p.s: Ada sampel PERCUMA diberikan; tapi terhad.

    p.p.s: Sila "bookmark" laman tu dulu, sbb ia belum siap sepenuhnya.

    BalasPadam
  2. cam mane nie...
    sye dah putus asa dah niee.
    tolonggggggg llllaahhhhhhhh...

    BalasPadam
  3. bkesan ke guna kopi tuuuu?

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Insya-Allah berkesan. Tapi perlu diamalkan selalu & konsisten utk hasil yg memuaskan.

    BalasPadam
  5. mesti guna lavender massage oil ka?

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Tak semestinya. Gambar di atas hanya contoh saja.

    Kalau nak guna minyak urut yg lain pun boleh. :)

    BalasPadam
  7. baby oil cth mcm johnson bole jgk ke....

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Boleh juga.

    BalasPadam
  9. jika d amalkan selalu, dalam masa brp lama b0le nmpk kesannya? :)

    BalasPadam
  10. @ Chichi: Mungkin dlm 3-4 minggu.

    Saya sebenarnya kurang pasti waktu yg tepat utk mendapatkan hasilnya sbb ia bergantung kpd keadaan selulit seseorang tu juga.

    BalasPadam
  11. 0hh...sbb selulit saya cuma ada pd bahagian peha shj. papun terima kasih banyak2 ngn INFO ini. saya akan cuba. :)

    BalasPadam
  12. @ Chichi: Sama-sama Chici. Moga dpt kurangkan selulit tu.

    Tapi lebih cantik kalau Chici dapat amalkannya secara berterusan. Sebab selulit tak dapat dihilangkan sepenuhnya.

    Ia cuma boleh dikurangkan saja.

    Harap ia membantu Chici ya.

    BalasPadam
  13. Gunakan serbuk kopi yang segar ataupun hampas serbuk kopi? Perlu menggunakan sebelum atau selepas mandi?.. :)

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Jika nak jimat, awak gunakan hampasnya.

    Lakukan sebelum mandi ya. :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih ye.. Selulit saya agak serius di bahagian peha dan perut. Rasa amat sedih sebab dah guna pelbagai krim untuk membuang Selulit ini tapi tidak berkesan. Saya amat berharap petua tradisional yang diberikan mampu mengurangkan Selulit saya.. Terima kasih sekali lagi ye.. :)

    BalasPadam
  16. Hampas serbuk kopi boleh simpan dalam peti sejuk ke?..

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama:

    - Sama-sama. Mudah-mudahan masalah selulit awak dpt dikurangkan.

    - Boleh. Tapi jgn simpan terlalu lama ya.

    BalasPadam
  18. Amek kopi tu sapu pada selulit.. Sebelum mandi.. Berapa lame kene tunggu?

    BalasPadam
  19. kopi yg dgnakan 2 kopi yg blm dproses ke..

    BalasPadam
  20. @ Tanpa Nama: Awak boleh pakai lebihan serbuk atau hampas kopi yang telah digunakan.

    BalasPadam
  21. kalau minyak urut tu minyak angin boleh ke??

    BalasPadam
  22. @ AiFa: Minyak angin kurang sesuai.

    BalasPadam
  23. Bagaimana kalau guna serbuk kopi yg djual dlm botol 2,bleh ke..?sbg cntoh,kopi nescafe @ indocafe..?x pun,kopi kpal api ke..bleh ke guna kopi jenis 2..?klau minta guna kopi yg dpetik n blum dproses 2,agak ssah lha nk dpt..:(

    BalasPadam
  24. @ Tanpa Nama: Awak boleh gunakan serbuk kopi o 3 dalam 1 yg dlm bentuk uncang.

    BalasPadam
  25. sebaik-baiknya gunalah serbuk kopi yg belum jadi sisa. sekarang dlm rawatan kempiskan perut di spa pun dah gunakan serbuk kopi sebagai bahan utama. serbuk kopi cap kapal api itu pun boleh..kopi O 3 in 1 cap hang tuah @ serbuk kopi cap hang tuah senang didapati di pasaran. semasa sapu di badan biarkan ia kering sebelum dibilas. Kulit pun akan jadi halus

    BalasPadam
  26. @ Tanpa Nama: Terima kasih di atas penerangan & perkongsian awak. :)

    BalasPadam
  27. sudu besar itu apa ke...
    dan air suam tu apa awak tidak mengerti...????

    BalasPadam
  28. Kalau pkai air paip biasa xboleh ke?

    BalasPadam
  29. @ Tanpa Nama: Boleh juga kalau nak guna air paip.

    BalasPadam
  30. sy bru mencube,memang bgus untuk scrub bdn licin n lmbut kulit jdynya.dibahagian selulit 2 perlu digosok lbh.

    BalasPadam
  31. @ fisa lela: Terima kasih atas maklumbalas dan perkongsian awak.

    Saya doakan moga usaha awak membuahkan hasil. Amiin.

    BalasPadam
  32. Kalau guna minyak masak boleh ke.?

    BalasPadam
  33. @ Tanpa Nama: Boleh juga. Minyak zaitun pun boleh. :)

    BalasPadam
  34. Askum. saya nak tumpang tanya. bagaimana nak hilangkan selulit bagi kaum lelaki. Adakah sama cara atau teknik urutan atau gosokkan atau berbeza . Cara nak menyimpannya bagaimanakah ?. Terima kasih

    BalasPadam
  35. kt guardian atau watson ad x massage oil ni

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt tuan.

    Tuan boleh cuba cara di atas.

    Boleh urut dari atas ke bawah jika ia berada di bahagian paha.

    Jika ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk ya. :)


    @ petua hilangkan selulit: Terima kasih kembali ya. :)


    @ Atiqah Aziz: Saya kurang pasti pula. Tapi cik puan Atiqah boleh juga gunakan minyak zaitun sebagai ganti. :)


    Harap ia membantu.

    BalasPadam